omniture

Asia Tetapkan Kadar Kemajuan dalam Penggunaan IoT

Vodafone
2017-11-03 05:40 698

Keyakinan dan Penggunaan IoT Asia melebihi Purata Global tatkala IoT digunakan Secara Meluas

SINGAPURA, 3 November 2017 /PRNewswire/ -- Syarikat-syarikat Asia menerajui dunia dalam penggunaan Internet Komunikasi Benda (IoT), dengan bilangan syarikat yang menerima peranti terhubung melonjak 200% daripada tahun 2013 kepada 36% pada tahun 2017, menurut satu laporan baharu oleh Vodafone.

Laporan ini – "Barometer IoT Vodafone 2017/18", ialah tinjauan sentimen perniagaan yang utama di dunia berkaitan pelaburan dan inovasi dalam IoT. Salah satu dapatan utama menunjukkan Asia menjadi peneraju dalam penggunaan peranti terhubung dan lebih utama – secara global, IoT telah mencapai jumlah penting untuk berkembang yang diperlukan dan kini digunakan secara meluas. Laporan ini mendapati:

  • 77% daripada syarikat Asia melihat IoT sebagai elemen yang amat penting untuk perniagaan mereka
  • 88% daripada responden Asia meningkatkan penggunaan penyelesaian IoT sejak 12 bulan lalu
  • Lebih separuh (53%) perusahaan Asia berkata IoT meningkatkan daya saing pasaran mereka
  • 42% daripada syarikat Asia mempunyai lebih 1000 peranti terhubung dan 53% menyaksikan pulangan pelaburan yang ketara

Apabila melibatkan keyakinan dan masa depan – mesej syarikat-syarikat Asia kepada dunia adalah lebih jelas:

  • 91% percaya IoT akan membawa impak yang sangat besar atau agak besar terhadap ekonomi yang lebih luas dalam tempoh 5 tahun akan datang
  • 79% percaya penggunaan IoT akan meningkat memandangkan kebimbangan keselamatan dan privasi sangat berkurangan
  • 91% percaya kolaborasi rentas industri akan menjana penyelesaian IoT bersama
  • 89% percaya AI dan pembelajaran mesin akan menjadi perkara biasa menjelang tahun 2022

Pengarah IoT Vodafone untuk APAC, Justin Nelson berkata, "Ini merupakan saat penentu buat IoT, syarikat-syarikat Asia kini melihat IoT sebagai komponen utama dalam perniagaan semasa dan masa depan mereka, dan keyakinan mereka terhadapnya untuk membawakan kelebihan berdaya saing terus meningkat."

Barometer ini menilai empat faktor utama untuk perniagaan-perniagaan moden: Keadaan Pasaran; Faedah Perniagaan; Menuju Masa Depan; dan Keyakinan Masa Depan.

Laporan ini menyatakan, selain bilangan penggunaan yang begitu tinggi, faktor paling jelas ialah IoT semakin digunakan secara meluas, dan menghasilkan peningkatan ROI. Laporan ini turut menyebutkan bahawa pelbagai faedah yang luas yang diperoleh oleh syarikat – pandangan perniagaan yang lebih hebat, kos yang berkurangan dan produktiviti kakitangan yang bertambah baik menduduki tempat teratas senarai faedah.

Apabila melibatkan faedah-faedah yang diberikan oleh perniagaan – pembezaan jenama yang lebih baik (42%) dan daya saing pasaran yang bertambah baik (53%) dilihat sebagai faedah utama, berbanding 35% di benua Amerika dan 33% di Eropah, dengan kebolehan untuk meraih keuntungan daripada IoT kekal pada paras purata berbanding seluruh pelosok dunia sebanyak 53%.

Apabila ditanyakan tentang langkah-langkah seterusnya, dapatan yang mengejutkan ialah rangka positif keselamatan IoT, di sebalik menjadi penghalang kepada penggunaan IoT, dilihat sebagai "suatu yang memberi keyakinan kepada syarikat-syarikat untuk melaksanakan lebih lagi". Sekali lagi Asia dilihat lebih positif dalam segmen ini dengan 86% responden yang memuji keselamatan sebagai penggerak berbanding 79% di seluruh dunia, manakala 83% syarikat menyatakan mereka mempunyai kemahiran yang mencukupi untuk mengurus keselamatan IoT, jauh meninggalkan Eropah dengan ketara sebanyak 70% dan benua Amerika sebanyak 65%.

Tatkala keluasan projek-projek IoT meningkat, laporan ini turut menunjukkan peningkatan dalam keperluan ketersambungan. Syarikat-syarikat mencuba untuk menggunakan gabungan teknologi daripada talian tetap kepada rangkaian kawasan luas berkuasa rendah (LP-WAN) bergantung pada kegunaan. Biasanya, projek-projek berskala luas menggunakan empat pilihan sambungan berbeza dengan perkhidmatan mudah alih dan Wi-Fi merupakan dua pilihan paling popular. Terdapat peningkatan minat terhadap teknologi-teknologi lebih baharu seperti IoT Jalur Sempit (NB-IoT), dengan 28% daripada semua syarikat kini mempertimbangkannya dan pilihan-pilihan LP-WAN yang lain, untuk projek-projek IoT baharu.

Kajian Barometer IoT 2017 menyoal selidik 1,278 responden di 13 negara, AS, Brazil, Ireland, UK, Jerman, Itali, Sepanyol, Afrika Selatan, China, India, Jepun, Australia dan New Zealand.

Latar Belakang Vodafone Group

Vodafone Group ialah salah sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di dunia dan menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk suara, pesanan, data dan komunikasi talian tetap. Vodafone Group memiliki operasi mudah alih di 26 negara, menjalin kerjasama dengan rangkaian mudah alih di lebih 49 negara dan juga memiliki operasi jalur lebar talian tetap dalam 19 pasaran. Setakat 30 Jun 2017, Vodafone Group memperoleh 523.5 juta pelanggan mudah alih dan 18.5 juta pelanggan jalur lebar talian tetap, termasuk India dan semua pelanggan dalam usaha sama dan syarikat bersekutu Vodafone. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.vodafone.com.

Source: Vodafone
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services