omniture

Sidang akhbar umum Ekspo Antarabangsa China-Amerika Latin 2017 diadakan di Zhuhai, China

China-Latin America International Expo Committee
2017-11-03 05:58 724

ZHUHAI, China, 3 November 2017 /PRNewswire/ -- Sidang akhbar mengumumkan Pameran Antarabangsa China-Amerika Latin telah diadakan di Zhuhai, China pada 1 November 2017. Jawatankuasa penganjur memaklumkan bahawa ekspo ini, anjuran Dewan Perdagangan Antarabangsa China dan turut dianjurkan bersama kerajaan Perbandaran Zhuhai, Jabatan Perdagangan Wilayah Guangdong, Jawatankuasa Guangdong Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT) dan Zon Perdagangan Bebas Rintis Kawasan Baharu China (Guangdong) Zhuhai Hengqin, akan diadakan di Pusat Konvensyen & Pameran Antarabangsa Zhuhai antara 9 November dan 11 November 2017. Ekspo ini, bertemakan Teman Rapat Melenyapkan Jarak, dijangka menghimpunkan para eksekutif berpangkat tinggi daripada hampir 500 syarikat Cina dan antarabangsa yang terkemuka.

Eksposisi Antarabangsa China-Amerika Latin dan Caribbean
Eksposisi Antarabangsa China-Amerika Latin dan Caribbean

Acara tahun ini akan melibatkan satu forum utama bertajuk Forum Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China-Amerika Latin, berserta tiga forum yang berlangsung serentak: Forum China-Amerika Latin tentang Inovasi dan Pembangunan Perkhidmatan Perdagangan Antarabangsa (Penyumberan Luar) 2017, Dialog bersama Persidangan Wakil Ahli Amerika Latin dan Cina bagi Majlis Perniagaan China-Amerika Latin, dan Persidangan Pelaburan dan Pertukaran Perdagangan Ekspo Antarabangsa China-Amerika Latin. Acara ini akan turut menghimpunkan para pegawai kerajaan dari China dan beberapa negara Amerika Latin selain pakar-pakar bidang khusus, para penyelidik dan para usahawan dari kedua-dua rantau. Mereka akan membincangkan tentang trend baharu yang semakin muncul dan peluang-peluang yang timbul hasil daripada usaha-usaha kolaboratif yang dijalankan antara China dan Amerika Latin. Mereka akan turut memberi nasihat tentang cara terbaik untuk mengukuhkan kedudukan Zhuhai sebagai kawasan rintis untuk jalinan kerjasama China-Amerika Latin. Selain itu, siri acara hiburan dan sukan akan diadakan semasa ekspo ini, termasuk perlawanan bola sepak persahabatan. Acara ini dijangka menjadi satu platform baharu untuk menggalakkan kerjasama antara China dan Amerika Latin, selain bertindak sebagai langkah penting untuk memenuhi inisiatif Satu Jalur, Satu Jalan China.

Sidang akhbar ini dipengerusikan oleh timbalan pengarah Jabatan Propaganda Jawatankuasa Parti Perbandaran Zhuhai Zeng Jingqiu, serta beberapa tetamu penting daripada jawatankuasa penganjur turut hadir termasuk pengarah Biro Perdagangan Perbandaran Zhuhai Wang Xiaobin, presiden Sub-Majlis Zhuhai CCPIT Zhuang Haiqing, pengerusi Zhuhai Dahengqin Investment Company dan pengarah pelaburan industri bagi Huafa Group, Guo Jin.

HUBUNGI:

Huafa Group
+86-756-6988620
clacexpo@huafagroup.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171101/1980957-1 

Source: China-Latin America International Expo Committee
Keywords: Banking/Financial Service Trade show news