omniture

Pendaftaran FAN ID bagi 2018 FIFA World Cup Russia™ Kini Dibuka

Ministry of Telecom and Mass Communications of the Russian Federation
2017-11-04 02:33 788

MOSCOW, 4 November 2017 /PRNewswire/ --

Pendaftaran FAN ID bagi 2018 FIFA World Cup Russia™ kini dibuka. Borang pendaftaran dan maklumat rujukan tersedia di laman sesawang  http://www.fan-id.ru.

Untuk menonton Siaran Berita Multimedia, sila klik:  https://www.multivu.com/players/uk/8215951-fan-id-registration-2018-fifa-world-cup-russia/

FAN ID merupakan kad penonton yang diperibadikan yang menjadi sebahagian daripada sistem untuk pengenalpastian peminat bola sepak. Untuk pertama kali dalam sejarah perlawanan bola sepak FIFA, para peminat Piala Konfederasi FIFA 2017 yang diadakan di Rusia pada musim panas 2017 dibekalkan dengan FAN ID.

Kesemua penonton yang membeli tiket perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2018 mesti mendapatkan FAN ID. FAN ID hanya boleh dikeluarkan selepas FIFA mengesahkan permohonan tiket.

FAN ID melayakkan warga asing dan individu tanpa negara untuk memasuki Persekutuan Rusia tanpa visa bermula sepuluh hari sebelum tarikh perlawanan Piala Dunia FIFA 2018 yang pertama. Mereka perlu meninggalkan Rusia menggunakan FAN ID ini dalam tempoh sepuluh hari selepas tarikh perlawanan terakhir.

FAN ID merupakan borang yang dilamina yang mengandungi maklumat peribadi dan foto pengguna. Ia dikeluarkan sekali sahaja bagi setiap peminat dan ia adalah percuma.

FAN ID digabungkan dengan tiket perlawanan akan memberikan hak untuk perjalanan percuma menggunakan kereta api khusus yang menghubungkan bandar-bandar penganjur Piala Dunia FIFA 2018 dan pengangkutan awam di bandar-bandar penganjur pada hari perlawanan.

Para penonton asing perlawanan bola sepak boleh memohon FAN ID di laman sesawang http://www.fan-id.ru. FAN ID akan dihantar melalui surat ke alamat rumah peminat. FAN ID boleh juga didapati di pusat visa VFS Global atau di pejabat-pejabat perwakilan Rossotrudnichestvo yang berada di luar negara. Senarai akan dipaparkan pada laman sesawang.

     (Foto: http://mma.prnewswire.com/media/596972/Ministry_of_Telecom_FAN_ID_registration_Infographic.jpg )

 

Source: Ministry of Telecom and Mass Communications of the Russian Federation
Keywords: Sporting Events Sports