omniture

Inspur Lancar Perikatan Strategik Ekonomi Digital "B & R"

Inspur Group Co., Ltd.
2017-11-06 08:33 409

JINAN, China, 6 November 2017 / PRNewswire / - Pada 2 November, Perikatan Strategik Ekonomi Digital "B & R" yang dimulakan oleh Inspur dan diasaskan bersama oleh Cisco, IBM, Diebold Nixdorf dan Ericsson, ditubuhkan di Jinan, China. Perikatan ini akan menyepadukan produk, teknologi dan penyelesaian IT ahli-ahlinya yang bertaraf dunia untuk mempercepat pembinaan jalan sutera digital bersama-sama dengan tiga institusi kewangan kebangsaan China iaitu Bank Eksport-Import China, Bank Pembangunan China dan Perbadanan Insurans Eksport & Kredit China.

Pelancaran Perikatan Strategik Ekonomi Digital "B & R" merupakan penerokaan dan latihan bagi Inspur untuk memenuhi Inisiatif Jalur dan Jalan China dan membangunkan jalan sutera digital, serta platform bersepadu Jalur dan Jalan pertama yang diasaskan oleh gergasi-gergasi teknologi global. Perikatan ini bukan sahaja menyediakan platform yang luas untuk mempromosikan pembinaan jalan sutera digital dan untuk memperdalam kerjasama antara ahli-ahlinya, tetapi juga membolehkan kerjasama dalam kalangan syarikat teknologi tinggi di China menuju ke arah global.

Perikatan ini menggunakan mod kerjasama "1 + 4 + 3", yang membawa erti bahawa sebagai pengasas, Inspur menubuhkan perikatan bersama empat gergasi teknologi global, Cisco, IBM, Diebold Nixdorf dan Ericsson, dengan sokongan daripada tiga institusi kewangan yang berdasarkan polisi kebangsaan Cina, Bank Eksport-Import China, Bank Pembangunan China dan Perbadanan Eksport & Insurans Kredit China. Perikatan ini akan menyediakan pusat data baharu, perkhidmatan awan, kewangan pintar, rumah pintar, percukaian pintar, bandar pintar dan penyelesaian teknologi menyeluruh lain yang bertaraf dunia, dan melengkapkan penyelesaian pembiayaan untuk negara-negara di sepanjang Jalur dan Jalan. Sebagai permulaan, Perikatan akan menjalankan projek di negara-negara Asia Selatan dan Afrika termasuk Thailand, Bangladesh, Malaysia, Nigeria, Etiopia, Tunisia, Tanzania, Zambia, dan Kenya, membina satu siri projek sampel, dan kemudian mempromosikannya di negara-negara di sepanjang laluan itu.

Pada masa akan datang, perikatan ini akan menarik lebih banyak syarikat dengan produk dan teknologi pemaklumatan (informatization) dari seluruh dunia, menyediakan penyelesaian penuh pemaklumatan yang paling lengkap dan maju untuk negara-negara di sepanjang Jalur dan Jalan bersama-sama dengan banyak institusi kewangan, dan membolehkan lebih ramai orang dari negara-negara tersebut menikmati manfaat pembangunan ekonomi digital.

Source: Inspur Group Co., Ltd.
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology