omniture

Lais Ribeiro Curi Perhatian dengan Champagne Nights Fantasy Bra Serba Baharu Victoria's Secret oleh Mouawad

Mouawad Jewelry and Watches
2017-11-06 21:29 730

DUBAI, UAE, 6 November 2017 /PRNewswire/ -- Victoria's Secret memperkenalkan Champagne Nights Fantasy Bra 2017, direka secara eksklusif oleh pembuat barang kemas mewah yang terkenal di dunia Mouawad .

generated by system

Angel Lais Ribeiro dari Brazil akan mengenakan coli tersebut dalam Pertunjukan Fesyen Victoria's Secret tahun ini, yang bakal berlangsung di Shanghai pada November ini.

Ini merupakan kali pertama Lais diberi penghormatan berprestij untuk mengenakan Fantasy Bra Victoria's Secret dan mengikuti jejak langkah Peragawati terkenal lain yang telah memperagakan Mouawad Fantasy Bra selama bertahun-tahun termasuk Lily Aldridge, Adriana Lima, Alessandra Ambrosio, Candice Swanepoel, Selita Ebanks, Gisele Bündchen, Tyra Banks, Heidi Klum, dan Karolina Kurkova.

Bagi rekaan serba baharu tahun ini, Mouawad berusaha sehabis daya untuk menggabungkan batu permata berbeza pada suit pakaian dalam yang mempesonakan dan berkilauan penuh abadi yang memberi penghormatan kepada kecantikan dan kegemilangan.

Berharga US $2 juta, coli dan tali yang sepadan memerlukan lebih 350 jam tenaga kerja untuk meletakkan hampir 6,000 berlian putih, nilam kuning dan topaz biru yang berjumlah lebih 640 karat, kesemuanya disusun pada emas kuning 18-karat dengan menggunakan tangan.

Mouawad Jewelry telah memeterai kerjasama yang kukuh dengan Victoria's Secret sejak tahun 2001, dan mereka Fantasy Bra sepuluh kali sejak itu, salah satu daripadanya ― 2003 Very Sexy Fantasy Bra ― dianugerahkan dengan Rekod Dunia Guinness sebagai coli paling mahal yang pernah dihasilkan.

Latar Belakang Mouawad 

MOUAWAD – Mempesonakan pelanggan dengan permata dan jam tangan hebat sejak tahun 1890

Diterajui oleh generasi keempat Co-Guardians, Fred, Alain, dan Pascal Mouawad, dan disokong oleh kecemerlangan lebih seabad lamanya dalam bidangnya, Mouawad kekal sebagai perniagaan keluarga yang meneruskan nilai kecemerlangan artistik, ketukangan, kepercayaan dan juga hubungan yang hebat. Mouawad mencipta, menghasilkan dan menjual barang kemas serta jam tangan eksklusif miliknya, daripada koleksi butik dan haute joaillerie kepada karya agung tempahan khas dan juga objek seni. Visi Mouawad sentiasa untuk mempesonakan dan membina hubungan seumur hidup bersama pelanggan dengan menawarkan pelbagai barang kemas dan jam tangan untuk semua majlis. 

Latar Belakang Victoria's Secret  

Victoria's Secret ialah penjual khusus yang terkemuka bagi pakaian dalam dan produk kecantikan, menguasai bidangnya menerusi koleksi diinspirasikan fesyen moden, wangian berprestij, penjagaan badan, peragawati terkemuka dan pertunjukan fesyen yang terkenal di dunia. Sebahagian daripada perniagaan Limited Brands (NYSE:LB), sebanyak lebih 1000 kedai Pakaian Dalam dan Kecantikan Victoria's Secret dan VictoriasSecret.com membolehkan pelanggan membeli belah produk jenama tersebut di mana-mana jua, pada bila-bila masa dan dari mana-mana tempat.

Source: Mouawad Jewelry and Watches
Keywords: Entertainment Fashion New products/services