SHANGHAI, 7 November 2017 /PRNewswire/ -- Ekspo Perkakasan & Barangan Elektronik Dunia (AWE) 2018 bakal berlangsung mulai 8-11 Mac di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai (SNIEC).
Dianjurkan oleh Persatuan Peralatan Elektrik Rumah China, AWE ialah satu acara utama yang setanding dengan CES dan IFA, dan AWE2018 akan membuat pencapaian baharu yang bersejarah, dengan kawasan pameran diperluas kepada lebih 130,000m2 dalam sepuluh dewan.
AWE 2018 menjangkakan ia akan mengalu-alukan lebih 200,000 pengunjung, yang mana bilangan pendaftaran pengunjung luar negara dilihat melonjak. Sepuluh dewan pameran di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai akan bakal menempatkan AWE 2018 ialah dewan-dewan E1-E7, W1-W3.
Menerusi tema "Kediaman untuk Masa Depan", acara ini telah menarik begitu banyak pengusaha terbesar dalam industri: SONY, PHILIPS, AEG, XUNDA, LIFA, SANHO, MQ, WINGO, THEBAND, ERGO, IDEA KRUG+PRIESTER dan 40 ahli baharu luar negara lain yang akan menyertai AWE. AWE2018 disenaraikan sebagai acara yang membawa pengaruh Asia ke seluruh dunia.
Bahagian perkakas rumah akan menawarkan barisan jenama yang terkemuka termasuk Haier, Midea, Bosch, Siemens, Panasonic dan Hisense, dengan setiap jenama mengadakan pameran di ruang pameran berkeluasan sehingga 1,000m2.
Dari segi televisyen, jenama-jenama tradisional akan bersaing dengan jenama-jenama berasaskan Internet yang sedang meningkat naik dan bahagian ini akan melibatkan Sharp, Sony, Samsung, LG, Hisense, TCL, Skyworth dan PPTV.
Kawasan peralatan dapur akan bermegah dengan jenama-jenama isi rumah seperti Fotile, Robam, Vatti, DE&E, dan Vanward, manakala seluruh spektrum bermula daripada jenama-jenama terkemuka kepada jenama-jenama yang menguntungkan seperti Laurastar, Karcher, Tiger, Vitamix, Cuisinart, Daewoo, My Juicer, Westinghouse, Vidal Sassoon, BaByliss, Whirlpool, dan Solis akan dibawakan dalam pameran peralatan rumah kecil antarabangsa.
"Taman Gajet" terkenal yang berkeluasan 12,500m2 akan disediakan sempena AWE2018, yang akan memperkenalkan kandungan menerusi enam segmen utama; hiburan pintar, perjalanan pintar, kepintaran buatan, kehidupan pintar, sukan dan kesihatan serta pelancaran global.
Para peneraju China masing-masing bagi barangan elektronik pengguna dan perkakasan rumah, seperti Huawei dan Haier, dijangka akan berdiri teguh untuk bersaing dengan jenama-jenama tempatan dan luar negara yang mantap dalam arena ini, dan oleh kerana itu membuat keputusan untuk menghadiri AWE2018.
Permohonan reruai telah ditutup pada 1 November; Prapendaftaran Pengunjung secara dalam talian masih percuma sehingga dua bulan akan datang.
Acara Perkakasan & Barangan Elektronik utama yang tidak boleh dilepaskan!
Laman Sesawang Rasmi AWE:
http://en.awe.com.cn/
Thomas Wang
+86-10-6709-3609
info@cheea.com