omniture

Kesihatan Pengguna Merck Pimpin Debat Persiapkan Gen Z demi 100 Tahun yang Sihat

Merck
2017-11-07 17:00 656

DARMSTADT, Jerman, 7 November 2017 /PRNewswire/ --

  • Kertas putih baharu daripada perniagaan Kesihatan Pengguna memperincikan persiapan untuk generasi muda demi menjalani kehidupan selama 100 tahun yang sihat  
  • Kertas putih menumpu pada kepentingan mengamalkan tabiat kesihatan yang baik dari peringkat awal bagi mencegah keadaan kronik di kemudian hari
  • Bagi menangani cabaran masa depan memerlukan usaha kolaboratif dalam kalangan pihak berkepentingan 

generated by system

Perniagaan Kesihatan Pengguna Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka, hari ini menyiarkan satu kertas putih baharu [http://www.merckgroup.com/en/expertise/consumer-health/our-consumer-health-debate/white-paper.html] bertajuk "100 Tahun yang Sihat - Adakah Kanak-kanak Bersedia?" yang bertujuan untuk memperincikan persiapan untuk generasi muda demi era baharu bagi 100 tahun yang sihat. Hasil penerbitan ini adalah berikutan edisi tahun 2017 bagi "Perbahasan Kesihatan Pengguna Global" Kesihatan Pengguna Merck yang menghimpunkan pakar-pakar daripada PBB, UNICEF, UNAIDS, Persekutuan Obesiti Dunia, McKinsey dan lain-lain untuk membincangkan cara terbaik bagi mempersiapkan kanak-kanak untuk menjalani kehidupan selama 100 tahun yang sihat. Kertas putih baharu yang diterbitkan hari ini menekankan kepentingan mengamalkan tabiat kesihatan yang baik dari peringkat awal bagi memastikan sebarang tahun tambahan dalam jangka hayat hidup dijalani secara sihat.

Uta Kemmerich-Keil, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden perniagaan Kesihatan Pengguna Merck menjelaskan: "Memandangkan bilangan individu berusia 60 tahun atau ke atas dijangka meningkat sebanyak 56% antara tahun 2015 dan 2030 - daripada 901 juta menjadi 1.4 bilion – kertas putih ini menekankan kepentingan untuk menumpu pada tahap kesihatan kanak-kanak masa kini bagi menangani demografi masyarakat yang berubah dan memastikan kanak-kanak hari ini menghampiri usia lebih tua dengan kesihatan yang baik." Meskipun jangka hayat semakin meningkat di seluruh dunia, Kajian Beban Penyakit Dunia 2015 melaporkan penyakit-penyakit tidak berjangkit, seperti penyakit kardiovaskular, diabetes dan penyakit pernafasan kronik menyumbang sebanyak tujuh daripada sepuluh kematian di seluruh dunia[1]. Selain itu, Persekutuan Obesiti Dunia melaporkan lebih 223 juta kanak-kanak sekolah seluruh dunia mempunyai berat badan berlebihan atau obes dan bilangan ini dijangka mencecah 268 juta menjelang tahun 2025[2].

Ini bermakna tahun-tahun tambahan jangka hayat tersebut mungkin dilalui dalam keadaan berpenyakit, menunjukkan kepentingan jangka hayat yang sihat sebagai satu KPI, iaitu bilangan tahun seseorang individu dijangka hidup dalam keadaan sihat dan bebas daripada ketidakupayaan jangka panjang. Meskipun faktor-faktor biologi memainkan peranan penting dalam menentukan jangka hayat hidup yang sihat, faktor-faktor bukan biologi seperti tingkah laku, ekonomi, sosial, persekitaran dan keadaan budaya dapat dipengaruhi dan sama penting dalam menentukan kesihatan yang berpanjangan.

Untuk menyertai usaha-usaha global bagi menangani keadaan ini, kertas putih baharu Kesihatan Pengguna Merck menggesa kolaborasi yang diperbaharui antara pihak-pihak berkepentingan utama, termasuk pendidik, ibu bapa, penggubal dasar, pengamal penjagaan kesihatan dan NGO, bagi mewujudkan program-program pendidikan kesihatan untuk kanak-kanak sekolah dengan mengambil kira prospek untuk hidup selama 100 tahun yang sihat. Dengan sokongan daripada kajian yang dijalankan oleh Economist Intelligence Unit di lima negara, kertas putih Kesihatan Pengguna Merck memberikan gambaran menyeluruh tentang keadaan semasa bagi kesihatan kanak-kanak hari ini. Ia turut mengkaji dengan mendalam tentang jangka hayat yang sihat, meninjau program-program pendidikan kesihatan di pelbagai negara serta menyediakan pelan tindakan demi mencapai hasil optimum untuk kesihatan kanak-kanak dalam tempoh jangka panjang.

Kertas putih ini turut membawakan satu kajian kes melibatkan program GEN100™ yang diperkenalkan baru-baru ini oleh Kesihatan Pengguna Merck di Afrika Selatan, yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan program-program kesihatan dan pendidikan dalam kurikulum sekolah Afrika Selatan. Dengan adanya cabaran-cabaran kesihatan masa kini di negara tersebut, seperti kekurangan zat makanan, HIV/AIDS, serta penyakit berjangkit, mendidik generasi lebih muda bagi mengamalkan tabiat yang sihat dari peringkat awal merupakan satu perkara yang penting. Program GEN100™ menghimpunkan rakan-rakan kongsi awam dan persendirian, termasuk Kesihatan Pengguna Merck serta Kementerian Pendidikan Asas Afrika Selatan, untuk mendidik kanak-kanak cara untuk hidup lebih lama dan menjalani kehidupan yang lebih sihat. Program GEN100™ kini beroperasi di lebih 40 buah sekolah dan menyentuh tentang topik-topik pemakanan, obesiti, diabetes dan senaman fizikal. Elemen penting dalam program ini ialah pengukuran kuantitatif agar dapat menilai kesan-kesan jangka sederhana dan jangka panjang, serta impak program kesedaran pendidikan yang sedemikian.

Kertas putih yang disiarkan hari ini merupakan sebahagian daripada gerakan WE100® Kesihatan Pengguna Merck, yang bertujuan untuk membantu mempersiapkan masyarakat demi era baharu yang membolehkan manusia hidup selama 100 tahun yang sihat.  WE100® ialah inisiatif bebas jenama yang menyokong semua generasi dan latar belakang budaya seluruh dunia.

Nota untuk editor: 

Latar Belakang perniagaan Kesihatan Pengguna Merck 

Jenama-jenama dalam perniagaan Kesihatan Pengguna, seperti Neurobion®, Bion®, Nasivin®, Seven Seas®, Dolo-Neurobion® dan Femibion® merupakan peneraju inovatif dalam pasaran utama, disokong oleh sains dan dipercayai oleh pengguna seluruh dunia. Perniagaan Kesihatan Pengguna bergiat aktif bersama lebih 3,800 kakitangan seluruh dunia dalam lebih 40 pasaran. Portfolionya terdiri daripada jenama-jenama dengan jumlah jualan tahunan mencecah kira-kira $ 1 bilion. Kesihatan Pengguna ialah segmen perniagaan dalam sektor perniagaan Penjagaan Kesihatan Merck Group dengan ibu pejabat globalnya terletak di Darmstadt, Jerman.

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi http://www.merck-consumer-health.com atau https://twitter.com/merck_ch

Semua Siaran Berita Merck diedarkan melalui emel, selain turut tersedia di Laman Sesawang Merck. Sila layari http://www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan anda atau untuk berhenti melanggan perkhidmatan ini. 

Latar Belakang Merck 

Merck ialah sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam bidang penjagaan kesihatan, sains hayat dan juga bahan prestasi. Kira-kira 50,000 kakitangannya berusaha untuk terus memajukan teknologi yang dapat menambah baik serta mempertingkat kualiti kehidupan – bermula dengan terapi biofarmaseutikal bagi merawat kanser atau sklerosis berbilang, sistem yang canggih untuk tujuan penyelidikan saintifik dan pengeluaran, kepada kristal cecair untuk telefon pintar dan juga televisyen LCD. Pada tahun 2016, hasil jualan Merck mencecah € 15.0 bilion di 66 negara.

Ditubuhkan pada tahun 1668, Merck ialah syarikat farmaseutikal dan bahan kimia yang paling lama bertapak di dunia. Keluarga pengasasnya kekal sebagai pemilik majoriti syarikat korporat senaraian awam ini. Syarikat memegang hak global nama dan jenama Merck. Ini tidak termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, memandangkan syarikat ini beroperasi sebagai EMD Serono, MilliporeSigma dan EMD Performance Materials.

--------------------------------------------------

1. "7 daripada 10 orang maut seluruh dunia akibat penyakit tidak berjangkit." Yayasan Jantung British, Oktober 2016, https://www.bhf.org.uk/news-from-the-bhf/news-archive/2016/october/7-out-of-10-people-die-globally-of-non-communicable-diseases .

2. "Infografik hari obesiti sedunia." Persekutuan Obesiti Dunia, 2016, http://www.obesityday.worldobesity.org/infographics .

Hubungi: Lars Atorf, +49-6151-856-3114

(logo: http://mma.prnewswire.com/media/596180/MERCK_Logo.jpg)

Source: Merck
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Children-related news Survey, Polls & Research