omniture

BuildTech Asia 2017 catat rekod kehadiran baharu tatkala berkembang di peringkat antarabangsa

- Transformasi industri dan perkongsian serantau jadi tumpuan dalam pameran perdagangan tahun ini
Sphere Exhibits Pte Ltd
2017-11-07 18:05 704

SINGAPURA, 7 November 2017 /PRNewswire/ -- Edisi ke-7 BuildTech Asia melabuhkan tirai pada 26 Oktober dengan mencatat rekod bagi bilangan pengunjung dan penyertaan antarabangsa sejak mula ditubuhkan. Sebagai acara utama yang penting bagi Minggu Produktiviti Pembinaan Singapura, BuildTech Asia 2017 mengalu-alukan kira-kira 11,000 ahli profesional, pakar teknologi dan pengedar daripada sektor persekitaran binaan.

Dikelolakan oleh Sphere Exhibits dan dianjurkan oleh Lembaga Bangunan dan Pembinaan (BCA), BuildTech Asia 2017 membawakan pelbagai teknologi dan penyelesaian canggih di Asia. Lebih 130 pempamer mempamerkan realiti maya, dron, penyelesaian pintar dan teknologi produktif lain, selain pameran wajib seperti jentera pembinaan, peralatan, bahan binaan, penyelesaian seni bina dan kemasan berkualiti, di pameran perdagangan teknologi bangunan mulai 24 hingga 26 Oktober 2017.

Dalam majlis perasmian Minggu Produktiviti Pembinaan Singapura, En. Desmond Lee, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga serta Menteri Kedua Pembangunan Negara, melancarkan Peta Transformasi Industri Pembinaan (ITM) untuk sektor persekitaran binaan Singapura. Mengiktiraf trend global utama yang memberi impak kepada sector ini seperti revolusi digital, pembandaran pesat dan perubahan iklim, ITM mengenal pasti Penyerahan Digital Bersepadu, Reka Bentuk untuk Pengeluaran dan Pemasangan (DfMA), selain bangunan hijau sebagai elemen transformasi utama untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh sektor ini.

En. Hugh Lim, Ketua Pegawai Eksekutif BCA, berkata bahawa proses transformasi akan membawa kepada pelaburan lebih besar dalam pembangunan keupayaan dan lebih banyak kolaborasi terjalin antara firma-firma demi mendapatkan peluang perniagaan baharu. Ia akan turut menarik lebih ramai penduduk Singapura untuk menyertai sektor ini memandangkan lebih banyak tenaga kerja yang diperlukan untuk menggunakan teknologi canggih.

Selari dengan trend dalam transformasi industri, En. Chua Wee Phong, Pengerusi Sphere Exhibits Pte Ltd, berkata: "BuildTech Asia berbangga dapat membawakan pameran mantap melibatkan teknologi-teknologi canggih dan termaju untuk sektor persekitaran binaan. Kami berbesar hati dapat melihat pertumbuhan pesat dari segi kehadiran antarabangsa yang menjadi penunjuk kukuh terhadap kepentingan kolaborasi industri serantau dan kerjasama antara pihak kerajaan, industri perdagangan dan juga masyarakat. Penyepaduan sedemikian dalam pasaran-pasaran pembinaan di rantau ini dan seluruh dunia menandakan minat yang tinggi terhadap perkongsian pengetahuan antara satu sama lain yang berterusan dan mewujudkan inisiatif yang sama yang akan mendorong industri untuk maju ke hadapan."

Mengukuhkan dan meneruskan pertukaran pengetahuan serantau

Persidangan Wanita PINTAR dalam Persekitaran Binaan sulung yang diadakan bersama BuildTech Asia 2017 dihadiri oleh lebih 100 ahli profesional industri. Dianjurkan oleh Persatuan Konkrit Prategasan dan Pratuang, Kongres Dunia Kejuruteraan Struktur dan Sphere Exhibits Pte Ltd, persidangan ini menyediakan perspektif unik terhadap perkembangan semasa dan pemerkasaan golongan profesional wanita dalam sektor persekitaran binaan di rantau ini.

Cik Sim Ann, Menteri Kanan Negeri untuk Budaya, Masyarakat dan Belia, serta Perdagangan dan Industri, merupakan Tetamu Kehormat. Beliau berkata bandar-bandar seluruh dunia termasuk Singapura berhadapan dengan tekanan kekurangan sumber, perubahan iklim dan pertumbuhan populasi. Lebih lagi di masa sekarang, kita memerlukan penyelesaian yang inovatif dan mampan untuk kehidupan bandar. Sebagai bahagian penting dalam tenaga kerja, wanita mempunyai peranan penting untuk dimainkan dalam usaha transformasi ini, sebagai pemimpin, pakar dan ahli profesional.

Er. Emily Tan, Pengerusi Penganjur bagi persidangan, berkata: "Tanpa mengira amalan-amalan berbeza di setiap negara, golongan lelaki dan wanita perlulah Berkemahiran, Bermotivasi, Lantang, Pintar dan Ditransformasi untuk industri berubah dan menjadi lebih produktif. Kami berharap persidangan ini telah memberi motivasi kepada lebih ramai wanita muda untuk meneruskan, berkembang maju dan cemerlang dalam sektor persekitaran binaan yang sentiasa berubah-ubah yang tidak lagi khusus kepada jantina tertentu."

Para profesional wanita terkemuka dan wakil-wakil Kerajaan dari Australia, Malaysia, Filipina dan Singapura berkongsi cabaran yang dihadapi oleh wanita untuk menaiki tangga kerjaya dalam sektor ini, bagaimana mereka dapat menggunakan kemahiran mereka untuk cemerlang dalam bidang mereka, dan cara untuk mengekalkan dan memperkasakan wanita dalam industri. Persidangan ini turut berperanan sebagai forum untuk semua golongan profesional bagi berkongsi pengalaman mereka.

Cik Vivien Ng daripada VB+E yang menghadiri persidangan berkata: "Konsep untuk membangunkan golongan profesional wanita bagi meningkat maju dalam industri kepada peranan kepimpinan memberikan perspektif berbeza, di samping mengingatkan mereka yang telahpun berada dalam industri. Kehadiran platform sedemikian adalah suatu yang bagus untuk memberi inspirasi dan menggalakkan golongan profesional lebih muda memasuki industri dengan yakin."

Sidang Kemuncak Persekitaran Binaan baharu anjuran Singapore Contractors Association Ltd (SCAL) turut diadakan bersempena dengan BuildTech Asia 2017. Pakar-pakar industri antarabangsa dan tempatan serta para pemimpin membincangkan tentang apa yang diperlukan agar sektor persekitaran binaan kekal relevan, merebut peluang dalam pasaran pembinaan serantau yang semakin berkembang dan mengekalkan daya saing perniagaan.

Merapatkan kolaborasi industri antara Timur dan Barat

Singapura telah mengukuhkan kedudukannya sebagai hab infrastruktur Asia, dengan BuildTech Asia memudahkan perkongsian pengetahuan di rantau ini. Kira-kira 30 delegasi perdagangan mengunjungi The Wave di Nanyang Technological University of Singapore, bangunan bersaiz besar yang pertama di Asia Tenggara yang dibina menggunakan Kayu Balak Direkayasa Secara Besar-besaran. Para delegasi turut mengunjungi Nanyang Crescent Residential Hallssalah satu daripada beberapa projek bangunan tinggi pertama di Singapura yang mengguna pakai Pembinaan Volumetri Prapasang Siap dan Prasiap (PPVC).

Selain pelbagai aktiviti perdagangan yang berkaitan, lebih 30 kumpulan misi perdagangan tempatan dan luar negara mengunjungi BuildTech Asia dan menggalakkan perkongsian perniagaan melalui acara-acara perangkaian. Pameran perdagangan ini turut mewujudkan kerjasama baharu di rantau ini bersama pasaran-pasaran Eropah yang berminat untuk meninjau peluang-peluang perniagaan yang lebih bersepadu. 

Tahun ini, BuildTech Asia berjaya meraih minat yang semakin meningkat daripada para pemaju selain arkitek dan pereka dalam yang kini melihat lebih perkaitan dan peningkatan kepentingan penglibatan mereka dalam acara perdagangan.

Ar. Joan De Leon Tabinas, Pengerusi bagi Architects Working Abroad (ASEAN) dan Presiden, Singapore Chapter of the United Architects of the Philippines, berkata: "Kami gembira dapat menggalakkan perkongsian dengan BuildTech Asia tatkala kami meninjau peluang-peluang yang lebih sinergi antara rakan-rakan ASEAN kami. BuildTech Asia mengukuhkan kedudukannya sebagai pasaran pilihan serantau yang mantap untuk mereka yang terlibat dalam sektor persekitaran binaan. Kini, setelah AEC digiatkan, perkongsian topik-topik yang bersepadu seperti pembangunan infrastruktur antara negara-negara akan membawa faedah bersama kepada ekonomi-ekonomi di ASEAN serta di seluruh pelosok dunia. Ini akan bertindak sebagai peluang baik yang luas demi kemajuan industri dan profesion ke arah amalan global."

Pameran penyelesaian dan inovasi bangunan terkini

Sebagai pameran perdagangan teknologi bangunan utama rantau ini, BuildTech Asia 2017 menghimpunkan pameran yang menginspirasikan melibatkan penyelesaian dan inovasi bangunan terkini dari negara-negara seperti Austria, China, Jerman, Indonesia, Ireland, Itali, Korea, Malaysia, Singapura dan United Kingdom.

Astaka Kepimpinan Persekitaran Binaan Sektor Awam Singapura yang lebih besar mempamerkan 10 agensi awam di Singapura yang mengaplikasikan penyelesaian pintar dan teknologi produktif dalam projek-projek mereka. Para pengunjung turut menyaksikan demonstrasi langsung bagi perkhidmatan pembinaan bangunan menggunakan modul-modul Mekanikal, Elektrik dan Kerja Paip (MEP) prapasang siap dalam Demonstrasi Teknologi Produktiviti (ProTech) baharu.

Hasil inovasi oleh 10 finalis bagi Anugerah Produktiviti dan Inovasi (PIA) SCAL turut dipamerkan untuk pengundian awam di BuildTech Asia 2017. PIA ialah satu inisiatif industri bagi tujuan meningkatkan produktiviti dalam sektor pembinaan melalui pendekatan asas untuk idea-idea inovatif.

Tiga inovasi yang berjaya yang diumumkan dalam Sidang Kemuncak Persekitaran Binaan SCAL ialah:

  • Emas: Acuan Dinding Bingkai Angkat Boleh Alih oleh Koh Brothers Building and Civil Engineering Contractor (Pte) Ltd
  • Perak: Mesin Pengendali Cerucuk Konkrit Bertetulang oleh CS Construction & Geotechnic Pte Ltd
  • Bronze: Straits Construction Singapore Pte Ltd's Easy Safe Adjustable Riser Platform
  • Gangsa: Platform Penaik Boleh Laras Selamat Mudah oleh Straits Construction Singapore Pte Ltd

En. Kenneth Loo, Presiden Singapore Contractors Association Limited (SCAL), berkata: "SCAL akan terus memperjuangkan penggunaan teknologi yang mengubah industri, proses inovatif dan pembangunan keupayaan untuk meningkatkan produktiviti pembinaan tatkala kontraktor bersiap sedia untuk ekonomi masa depan. Anugerah Produktiviti dan Inovasi ialah contoh usaha sedemikian dalam usaha berterusan kami untuk memperluas asas pembangunan penyelesaian yang inovatif dan praktikal. BuildTech Asia terbukti menjadi platform ideal untuk mempamerkan dan menyampaikan idea-idea ini serta prototaip dalam industri, sejajar dengan kolaborasi kerajaan dalam sektor ini. Kami gembira dapat terus mengesan usaha-usaha sedemikian bersama BuildTech dan lebih utama, menggalakkan firma-firma dalam sektor ini untuk mewujudkan budaya kerja yang produktif tatkala kami berusaha merealisasikan dan membawakan ITM Pembinaan bagi mencapai visi yang sama dalam mendorong produktiviti dan inovasi."

BuildTech Asia akan kembali ke Ekspo Singapura pada bulan Oktober 2018. Organisasi-organisasi yang berminat untuk mengadakan pameran dalam BuildTech Asia 2018 dialu-alukan untuk menempah awal ruang pameran mereka. Mereka yang berminat untuk membentuk kumpulan delegasi perdagangan digalakkan untuk menghantar emel berkaitan pertanyaan mereka kepada buildtechasia@sph.com.sg.

Untuk maklumat lanjut, layari www.buildtechasia.com

Foto: http://www.buildtechasia.com/photo-gallery  

Dikeluarkan oleh Singapore Press Holdings Limited  

Nombor Pendaftaran Syarikat 198402868E

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Sphere Exhibits Pte Ltd


Rabita Jamal

Vanni Cheong

Pengurus Kanan, Pemasaran Perdagangan

Penolong Pengurus, Komunikasi Korporat & Tanggungjawab Sosial Korporat

Sphere Exhibits Pte Ltd

Singapore Press Holdings

DID: +65 6319 1675

DID: +65 6319 1553

Emel: rabitaj@sph.com.sg

Emel: cvanni@sph.com.sg

Gambaran umum pihak penganjur boleh dilihat di sini.

Source: Sphere Exhibits Pte Ltd
Keywords: Construction/Building Machinery Real Estate Trade show news