omniture

Pameran Canton ke-122 Hampiri Krismas: Keyakinan Penjual Pulih dengan Keupayaan Reka Bentuk Matang Pembekal Cina

Pameran Canton
2017-11-07 18:29 639

GUANGZHOU, China, 7 November 2017 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China kali ke-122 (Pameran Canton) melaporkan transaksi pantas pada fasa kedua pameran  , yang menumpu pada barangan pengguna, cenderamata dan hiasan rumah. Statistik yang disediakan oleh Tianjin Trading Delegation menunjukkan jumlah perdagangan setakat 25 Oktober meningkat sebanyak 60% berbanding tahun sebelumnya; Nanjing Trading Delegation menyaksikan jumlah perdagangan setakat 26 Oktober mencecah sehingga 12.33% berbanding sesi terdahulu. Para pempamer turut melaporkan bahawa kualiti rekaan dan pembuatan pintar merupakan kecekapan teras paling penting oleh pihak vendor yang dinilai oleh pembeli bagi segmen-segmen barangan pengguna, cenderamata dan hiasan rumah.

Canton Fair is Ready for Christmas as Retailer Confidence Recovers
Canton Fair is Ready for Christmas as Retailer Confidence Recovers

Gao Xiaolin, Pengurus Besar Graceful Arts Industrial, peneraju bagi industri hiasan rumah, menyatakan bahawa jenama tersebut menekankan untuk mencipta gayanya yang tersendiri untuk hiasan rumah sejak ditubuhkan pada tahun 1990.

"Pada peringkat awal, kebanyakan syarikat banyak bergantung kepada pembuatan, namun lebih ramai pelanggan mula menghargai dan mengiktiraf kekuatan kami dalam rekaan sejak dua tahun lalu," kata Gao. "Pameran Canton menawarkan peluang hebat buat kami untuk berhubung dengan pelanggan sambil mendapatkan maklumat berguna untuk rekaan masa depan kami."

Victor Zhou, Ketua Pegawai Eksekutif Eagle Gifts, pengeluar hadiahhari perayaan yang terkemuka, menjelaskan bahawa syarikat kini berupaya menyediakan penyelesaian sehenti yang lengkap di seluruh dunia, yang menekankan cadangan reka bentuk tersuai.

"Terdapat banyak syarikat di Eropah, seperti England, yang menggunakan rancangan rekaan kami, termasuk para penjual British terkenal. Mereka mempunyai keperluan yang amat khusus untuk produk hadiah perayaan dan kami dapat menampung keperluan mereka dari peringkat awal hinggalah peringkat akhir jualan," kata Zhou.

Menurut Zhejiang Trading Delegation, 90 peratus daripada syarikat yang mengeluarkan bekalan isi rumah, peralatan dapur dan produk kelengkapan meja meramalkan mereka akan melihat pertumbuhan eksport yang stabil atau meningkat. Meskipun masalah-masalah seperti peningkatan kos, turun naik kadar pertukaran dan peningkatan persaingan masih dihadapi oleh para pengeksport, lebih banyak syarikat mula menekankan komponen-komponen bernilai tambah dalam produk mereka, dan mereka bukan sekadar menyediakan produk untuk pelanggan, tetapi turut menyediakan data, maklumat dan juga pengurusan yang diperibadikan.

"Kami berpendapat idea-idea merupakan elemen utama produk," kata Maggie Pu, Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri Pameran Canton. "Pameran Canton menawarkan platform untuk semua bagi berkongsi inspirasi, membolehkan peniaga dan pembeli seluruh dunia bertukar-tukar dengan pembekal pada waktu yang singkat dan kos ekonomi yang minimum, di samping kekal mendepani trend-trend terkini. Kami juga amat terbuka untuk pembekal dan benar-benar berharap agar lebih ramai pempamer dan pembeli dapat mengetahui perkembangan terkini teman-teman lama mereka dan bertemu rakan-rakan baharu di Pameran Canton setiap tahun."

Latar Belakang Pameran Canton

Pameran Import dan Eksport China, turut dikenali sebagai Pameran Canton, diadakan dua kali setahun di Guangzhou sejak tahun 1957. Ia merupakan pameran terbesar dengan rangkaian produk paling luas, seleksi pembeli paling pelbagai dan mencatat pusing ganti perniagaan tertinggi di China.

Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.cantonfair.org.cn/en/index.aspx

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171106/1984324-1

Source: Pameran Canton
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news