JAKARTA, Indonesia, 7 November 2017 /PRNewswire/ -- Schindler, peneraju global bagi industri lif dan eskalator, dengan sukacitanya membawakan penyelesaian vertikal untuk peluasan projek Transmart Carrefour yang seterusnya di seluruh wilayah Indonesia. Projek-projek ini mewujudkan pengalaman membeli belah moden yang menghimpunkan pasar raya besar, hiburan, makanan dan fesyen, semuanya dalam satu tempat. Schindler akan menyediakan sejumlah 474 unit termasuk 118 unit Eskalator Schindler 9300, 254 units laluan pejalan kaki bergerak Schindler 9500 dan 102 unit lif pengangkut.
Sebagai satu-satunya pembekal peralatan lif dan eskalator untuk projek ini, Schindler mengakui kerumitan projek pelbagai pusat membeli belah ini. Dengan lebih 51 kedai untuk dibangunkan sepanjang tempoh dua tahun, Schindler merancang dengan teliti pemasangan produk-produk kami bagi memenuhi rancangan pembinaan bercita-cita tinggi Transmart Carrefour. Dengan bekerjasama erat bersama Transmart Carrefour, Schindler mencipta penyelesaian vertikal untuk setiap projek yang akan mengerakkan orang ramai dan produk dengan cekap dan berkesan demi menjamin pengalaman paling selesa sebaik mungkin.
"Penting untuk kami bekerjasama dengan pembekal mobiliti yang menyediakan bukan sekadar teknologi yang sempurna, tetapi pengalaman dan kebolehan untuk mengendalikan projek pembangunan yang begitu besar," kata En. Wibowo Imam, Pengarah Presiden PT Trans Retail.
"Hubungan pelanggan yang kukuh dibina berasaskan ketekalan dalam memenuhi jangkaan pelanggan kami. Kami sentiasa komited untuk membawakan produk dan perkhidmatan yang baik kualitinya, tanpa mengkompromi keselamatan terhadap pengguna. Perkongsian dengan Transmart Carrefour ini memperlihatkan kepercayaan pelanggan terhadap kami untuk semua projek mereka dan kami akan membuat penyerahan seperti yang dijanjikan bagi memenuhi jangkaan mereka," kata Willis Phua, Pengarah Presiden PT. Berca Schindler Lifts.
Latar Belakang Schindler
Ditubuhkan di Switzerland pada tahun 1874, Schindler Group ialah penyedia utama bertaraf global untuk lif, eskalator dan perkhidmatan yang berkaitan. Penyelesaian mobiliti Schindler menggerakkan lebih satu bilion orang setiap hari di seluruh dunia. Di sebalik kejayaan syarikat itu berdirinya lebih 60,000 kakitangan di lebih 100 negara.
Latar Belakang PT. Berca Schindler Lifts
PT. Berca Schindler Lifts (BSL) ditubuhkan pada tahun 2000 sebagai satu usaha sama antara Central Cipta Murdaya Group dan Jardine Schindler Group. Ibu pejabat BSL terletak di Jakarta dan syarikat ini mereka, membangun, memasang, mengekalkan dan memodenkan lif, eskalator serta laluan pejalan kaki bergerak di seluruh Indonesia.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171103/1983307-1
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141111/8521406714LOGO