omniture

'Beban' telah Berakhir: Aramex Lancar "Shop & Ship FLEX"

Aramex
2017-11-08 03:15 429

DUBAI, UAE, 8 November 2017 /PRNewswire/ --

Aramex, peneraju disruptif bagi pengangkutan dan logistik global, mengumumkan penambahan serba baharu kepada perkhidmatan Shop & Ship (S&S) yang inovatif dan amat berjaya, perkhidmatan yang menjadikan pengalaman membeli belah dalam talian global suatu kenyataan. Ekoran permintaan tinggi di dunia terhadap Shop & Ship, peningkatan kumpulan pelanggan dan keperluan yang terus berkembang dalam kalangan pelanggan e-dagang, Aramex melancarkan pilihan keahliannya yang baharu dan eksklusif: "Shop & Ship FLEX".

generated by system

Faedah utama keahlian "S&S FLEX" ialah pengiraan kadar, yang berdasarkan 100 gram berbanding 500 gram pemisah berat yang biasa, membolehkan pelanggan menjimatkan sehingga 90% kos penghantaran berbanding perkhidmatan yang serupa. Ia akan turut menyediakan pelanggan dengan beberapa faedah tambahan, termasuk:

  1. Perlindungan percuma terhadap kerosakan dan kehilangan bagi semua penghantaran (sehingga nilai USD 2,500)
  2. Potongan 25% bagi S&S Perfume, perkhidmatan penghantaran minyak wangi yang amat terkenal
  3. Smart Saver, perkhidmatan yang menawarkan penjimatan tambahan bagi pakej yang dihantar bersama
  4. Potongan 25% bagi S&S Select, kaedah menjimatkan untuk membeli belah dan menghantar produk kecantikan peribadi dari seluruh dunia
  5. Potongan 20% bagi Penghantaran yang berat (Pakej melebihi 3KG)
  6. Potongan 30% bagi Perkhidmatan Pemulangan

Hassan Mikail, Ketua Pegawai e-Dagang di Aramex berkata; "Kami berbesar hati dapat melancarkan program keahlian S&S FLEX baharu kami. Kami terus melihat permintaan ketara daripada pelanggan kami dan ingin menyediakan mereka dengan penyelesaian inovatif yang dapat memenuhi keperluan membeli belah dalam talian global mereka. Kami memberi perhatian khusus untuk meluaskan pengaruh global kami agar dapat menghubungkan lebih ramai pengguna seluruh dunia dengan lebih baik, dan penggunaan teknologi bersepadu kami akan terus menjadi pembeza utama buat kami. Inovasi dan pelaburan berterusan kami dalam teknologi membolehkan kami untuk memperkenalkan FLEX dengan pantas, bermula daripada cetusan idea kepada pelaksanaan. Program-program sebegini akan turut meningkatkan pengeluaran perkhidmatan dengan lebih pantas dan lebih luas, di seluruh dunia. S&S FLEX akan turut berperanan sebagai bantuan terhadap penggabungan barangan, memandangkan penjimatan kini dapat dilaksanakan dengan 100 gram pemisah berat yang lebih kecil."

Keahlian "Shop & Ship FLEX" serba baharu mempunyai harga kompetitif sebanyak US$119 setahun bagi pelanggan sedia ada dan baharu. Faedah keahlian akan memberikan ahli-ahli dengan lebih nilai dan kefleksibelan apabila membeli belah secara dalam talian di seluruh dunia. "Kami berpendapat program S&S Flex akan turut berkhidmat kepada pihak peniaga dalam industri e-dagang, membolehkan mereka menjadi lebih berdaya saing dan berada pada skala global."

Shop & Ship ialah perkhidmatan penghantaran perbatuan terakhir dalam talian daripada Aramex yang membolehkan ratusan ribu pengguna seluruh dunia menerima barangan yang dibeli daripada kedai dalam talian di AS, UK dan lebih 20 negara lain – dengan cepat dan pada kadar yang berpatutan. Perkhidmatan ini disediakan di lebih 50 negara seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.shopandshipflex.com .

Latar Belakang Aramex:
Aramex (DFM: ARMX) ialah peneraju disruptif dalam industri logistik dan pengangkutan global. Ditubuhkan pada tahun 1982 sebagai pengendali ekspres, syarikat berkembang pesat menjadi jenama yang diiktiraf di dunia menerusi perkhidmatan tersuai dan tawaran pelbagai produk yang inovatif. Didagangkan melalui NASDAQ dari tahun 1997 hingga 2002, hari ini Aramex ialah sebuah syarikat dagangan awam dalam Pasaran Kewangan Dubai, menggaji lebih 18,000 kakitangan di 567 lokasi merentasi 72 negara dan menerajui rangkaian kerjasama yang mantap dengan menyediakan kehadiran global, serta menghimpunkan 40 syarikat ekspres bebas dari seluruh dunia. Rangkaian perkhidmatan yang ditawarkan oleh Aramex termasuk penyelesaian logistik bersepadu, penyerahan ekspres antarabangsa dan domestik, penghantaran barang, penyelesaian pengurusan rekod dan pengurusan yang selamat serta e-perkhidmatan, termasuk penyelesaian e-perniagaan, serta Shop and Ship. http://www.aramex.com

Latar Belakang Shop & Ship:
Shop & Ship (S&S)ialah perkhidmatan penghantaran perbatuan terakhir antarabangsa yang terkemuka, ditubuhkan oleh Aramex pada tahun 2000 untuk menjadikan pengalaman membeli belah dalam talian global lebih mudah dan boleh diakses oleh pengguna dari serata dunia. Setelah mendaftar untuk perkhidmatan ini, ahli-ahli menerima alamat penghantaran unik di AS, UK dan lebih 20 negara lain seluruh dunia. S&S kemudiannya menghantar belian dalam talian global dengan cekap dan mudah. Perkhidmatan ini disediakan di lebih 80 bandar seluruh dunia dan dikuasakan oleh Aramex. https://www.shopandship.com/en/home

Ikuti kami melalui:

https://www.facebook.com/Aramex 
https://www.youtube.com/user/AramexTV 
https://twitter.com/aramex 
https://linkedin.com/company/aramex 
https://www.instagram.com/aramex/

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Aramex International
Mohammad Al Qassem
Pengurus Kanan Komunikasi
Talian Terus: +971-4524-6755
Emel: mohammad.alqassem@aramex.com

Source: Aramex
Keywords: Electronic Commerce Transportation New products/services