omniture

Logistik Baharu Masa Hadapan -- Kejayaan Pelancaran Trak Elektrik JAC di Macau

China (Macau) International Automobile Exposition Organization Committee
2017-11-09 01:18 635

MACAU, 9 November 2017 /PRNewswire/ -- Semasa berlangsung Ekspo Automobil Antarabangsa China (Macau) pada tahun 2017, Logistik Baharu Masa Hadapan - Pelancaran Trak Elektrik JAC telah berjaya diadakan di reruai pameran Pertunjukan Auto Macau. Upacara ini telah mendapat penghormatan untuk menjemput Zhang Xueping, Timbalan Setiausaha Kumpulan Kepimpinan Parti dan Timbalan Pengerusi Persidangan Perundingan Politik Wilayah Anhui; Xu Chongxin, Ahli Jawatankuasa Tetap Persidangan Perundingan Politik Wilayah Anhui dan Ketua Pengarah Suruhanjaya Pemantauan dan Pentadbiran Aset Milik wilayah Anhui; Han Xiaojun, Setiausaha Kumpulan Kepimpinan Parti dan Pengurus Besar China National Machinery Industry International Co.,Ltd.; An Jin, Pengerusi JAC; She Cairong, Timbalan Pengurus Besar JAC serta tetamu-tetamu kehormat yang lain. Selain itu, lebih 40 francais luar negara, wakil-wakil media dan para pelanggan adalah antara yang turut hadir.

Apabila China berterusan menyokong polisi tenaga baharu, pembangunan kenderaan tenaga baharu sudah pasti menjadi keutamaan bagi pengilang-pengilang utama kenderaan. Dalam pada JAC menggabungkan merit teknologi baharu yang terdapat pada tenaga baharu dengan manfaat tradisional kenderaan dagangan, ia menyediakan penyelesaian pemuliharaan tenaga yang sangat efisien di sepanjang rantaian ekologi. She Cairong, Timbalan Pengurus Besar JAC, menyampaikan ucapan alu-aluan dan memperkenalkan prestasi perniagaan dan visi masa hadapan JAC. Yu Yang, Pengurus Besar JAC International, melancarkan trak elektrik JAC yang baharu menerusi pembentangan yang jelas mengenai penyelesaian tersuai. Berdasarkan pelbagai desakan perbatuan, JAC akan menyediakan penyelesaian EV dan EREV. Berdasarkan permintaan kapasiti muatan yang berbeza, JAC telah merancang platform trak elektrik I3, I5 dan I7, meliputi pola pemanduan tangan kiri dan kanan dengan julat berat muatan daripada 2.5 sehingga 12 tan. Setiap platform membenarkan sambungan fleksibel terhadap berat muatan berbeza dan jarak gandar atas kerangka kenderaan yang sama.

Sebagai kesimpulan, upacara memperkenalkan trak I5 baharu telah diadakan dengan penyertaan kehormat Zhang Xueping, Timbalan Setiausaha Kumpulan Kepimpinan Parti dan Timbalan Pengerusi Persidangan Perundingan Politik Wilayah Anhui; Xu Chongxin, Ahli Jawatankuasa Tetap Persidangan Perundingan Politik Wilayah Anhui dan Ketua Pengarah Suruhanjaya Pemantauan dan Pentadbiran Aset Milik wilayah Anhui; Han Xiaojun, Setiausaha Kumpulan Kepimpinan Parti dan Pengurus Besar China National Machinery Industry International Co.,Ltd.;  An Jin, Pengerusi JAC; dan She Cairong, Timbalan Pengurus Besar JAC.

 

Source: China (Macau) International Automobile Exposition Organization Committee
Keywords: Alternative Energies Auto Transportation Utilities New products/services Trade show news