omniture

Tahun fiskal kukuh sediakan asas pertumbuhan Orsam selanjutnya

Osram
2017-11-09 02:54 804

- Pendapatan untuk tahun fiskal 2017 meningkat hanya lebih 8 peratus kepada lebih EUR4 bilion

- Keuntungan operasi meningkat sebanyak EUR43 juta kepada EUR695 juta, hasilkan margin sebanyak 16.8 peratus

- Lembaga Pengurusan cadangkan dividen sebanyak EUR1.10 sesaham, peningkatan 10 peratus

- Lembaga Osram jangka pertumbuhan berterusan pada tahun fiskal 2018 dan rancang perbelanjaan modal seterusnya

- Rancangan usaha sama dengan Continental dalam peringkat persediaan

SHANGHAI, 9 November 2017 /PRNewswire/ -- "Kami membawakan satu lagi tahun kemuncak pada tahun 2017 di sebalik prestasi yang mantap, di samping turut menunjukkan perkembangan yang baik dalam usaha kami menjadi sebuah syarikat berteknologi tinggi," kata Olaf Berlien, Ketua Pegawai Eksekutif OSRAM Licht AG. "Osram kini berkedudukan mantap hasil kepakarannya dalam inovasi dan ia memberi tumpuan terhadap pasaran masa depan yang menarik. Prestasi operasi kami adalah seperti yang dirancang, dan ini dapat diperlihatkan menerusi tinjauan kami untuk tahun 2018. Dividen yang dicadangkan ialah EUR1.10 sesaham yang menekankan keberkesanan dan kekukuhan kewangan perniagaan."

Pada tahun fiskal yang lalu, Osram mendapat manfaat daripada permintaan kukuh yang berterusan terhadap produk berteknologi tinggi, dan khususnya semikonduktor-opto. Apabila dibandingkan (iaitu dilaraskan untuk portfolio dan kesan mata wang), pendapatan meningkat hanya lebih 8 peratus berbanding tahun sebelumnya bagi mencapai lebih empat bilion Euro. Margin operasi mencecah 16.8 peratus, EBITDA terlaras untuk item-item khas meningkat sebanyak lebih 6 peratus kepada EUR695 juta. Keuntungan selepas cukai adalah sebanyak EUR275 juta. Dividen sebanyak EUR1.10 sesaham bakal dicadangkan kepada lembaga penyeliaan. Ini bermakna terdapat peningkatan sebanyak sepuluh peratus. Kemajuan yang menggalakkan diperlihatkan menerusi inovasi 'Berlian' dan inisiatif pertumbuhan, dua tahun selepas dilancarkan. Strategi kami tepat mengikut perancangan. Meskipun adanya kesan mata wang negatif dan pelaburan, Osram akan terus berkembang pada tahun 2018.

Pada suku keempat tahun fiskal 2017 (berakhir 30 September) yang kukuh, syarikat memperlihatkan peningkatan ketara dalam pendapatan dan perolehan berbanding tahun sebelumnya, sambil meneruskan program perbelanjaan modal. Peralihan Osram kepada perniagaan berteknologi tinggi akan terus menunjukkan prestasi kukuh pada tahun fiskal 2018. Produk berasaskan semikonduktor optik telahpun menyumbang sebanyak dua pertiga daripada pendapatan syarikat. Bagi menyediakan asas untuk pertumbuhan menguntungkan yang berterusan, Osram melabur di seluruh dunia di lokasi-lokasi dan juga dalam teknologi-teknologi. Perbelanjaan ini berserta tekanan daripada trend mata wang akan menjadi faktor-faktor dominan bagi tahun fiskal semasa.

Ramalan untuk tahun fiskal 2018

Pada tahun fiskal 2018, Osram akan terus mengukuhkan asasnya demi masa depan. Pendapatan dijangka meningkat antara 5.5 dan 7.5 peratus. EBITDA terlaras untuk item-item khas berkemungkinan sekitar EUR700 juta dan akan dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kesan mata wang, peningkatan kos untuk Kulim dan peningkatan perbelanjaan modal untuk penyelidikan dan pembangunan yang secara keseluruhannya berjumlah tiga digit juta Euro. Kesan mata wang ini sahaja memberi kesan negatif kira-kira EUR70 juta. Pendapatan dicairkan sesaham dijangka antara EUR2.40 dan EUR2.60. Kami menjangkakan aliran tunai bersih antara negatif EUR50 juta dan negatif EUR150 juta. Lembaga Pengurusan yakin terhadap prospek jangka sederhana positif Osram, dan oleh yang demikian menyasarkan dividen sekurang-kurangnya sebanyak EUR1.10 sesaham sekali lagi pada tahun fiskal 2018.

Trend dalam segmen

Trend pertumbuhan dan kekukuhan operasi bagi segmen Semikonduktor Opto (OS) Osram masih tidak berkurangan. Kos-kos syarikat baharu berkaitan kilang Kulim, berserta kesan mata wang, akan memberi impak terhadap margin operasi pada tahun fiskal 2018. Pencahayaan Khusus (SP) bakal berkembang disebabkan oleh peningkatan penggunaan LED dalam sektor automotif. Rantau Asia memberikan kadar pertumbuhan tertinggi baru-baru ini. Prestasi bagi Penyelesaian & Sistem Pencahayaan (LSS) masih tidak memuaskan. Lembaga Pengurusan telah mengambil tindakan dan bersama pasukan pengurusan baharu, meninjau semua pilihan untuk perniagaan sistem lampu (LS). Terdapat keputusan strategik yang perlu dibuat pada tahun fiskal semasa.

Rancangan usaha sama dengan Continental pada peringkat persediaan

Osram dan Continental mengambil langkah penting menuju ke hadapan menerusi rancangan kerjasama mereka dalam sektor automotif dengan menetapkan parameter kewangan utama. Pendapatan dalam lingkungan pertengahan-digit-tiga angka juta euro ialah sasaran awal bagi usaha sama 50:50 itu, yang dikenali sebagai Osram Continental GmbH. Selepas dilancarkan pada tahun fiskal 2018, usaha sama ini akan beroperasi dalam pasaran sebagai sebuah syarikat bebas dan akan disatukan sepenuhnya dalam penyata kewangan Osram. Apa yang perlu dilakukan masa kini ialah penandatanganan kontrak muktamad dan keperluan pengesahan antitrust yang perlu dikeluarkan. 

Usaha sama ini akan menggabungkan teknologi pencahayaan inovatif dengan elektronik dan perisian, dan akan membangunkan, mengeluarkan dan memasarkan penyelesaian pencahayan pintar untuk industri automotif dan pembuat set. Hari ini, pencahayaan dan elektronik dalam pasaran automotif menjadi semakin bersepadu: Sensor, sebagai contoh, kini berupaya mengimbas lalu lintas dari arah depan dan merendahkan sedikit lampu depan agar pemandu yang menggunakan pancaran penuh tidak menyilaukan pengguna jalan raya yang lain; lampu sensor inframerah Osram juga digunakan oleh beberapa sistem bantuan pemandu.

Osram akan mengadakan sidang akhbar tahunan bersama Lembaga Pengurusan OSRAM Licht AG pada hari Selasa, 7 November, bermula pada jam 9 pagi CET. Sidang akhbar ini akan disiar secara dalam talian di www.osram-group.de/de-DE/media/download-center/media-kits/mk-2017. Rakaman akan disediakan sejurus selesai sidang akhbar.

Anda boleh mengikuti persidangan untuk penganalisis Lembaga Pengurusan, yang bermula pada jam 3 petang CET pada hari Selasa di http://services.choruscall.eu/links/osram171107ir.html

Laporan tahunan OSRAM Licht AG akan diterbitkan pada 30 November pada bahagian perhubungan pelabur menerusi laman sesawang syarikat di www.osram-group.com/en/investors/publications/2017.

Angka-angka utama yang terpilih untuk OSRAM Light Group (operasi berterusan) pada suku keempat.


Suku Keempat
2017

Suku Keempat
2016

Perubahan
 nominal

Pendapatan

1,029

909

13.2%

EBITDA

118

125

(5.5%)

...margin

11.4

13.7

(230bps)

EBITDA Terlaras1

160

131

21.8%

...margin

15.5

14.4

110bps

Keuntungan selepas cukai

40

44

(10%)

Aliran Tunai Bebas

(28)

30

n.a.

'000 Kakitangan

26.4

24.6

7%

(Angka-angka sementara, tidak diaudit. Item dinyatakan dalam EUR juta, margin pada %, kakitangan setakat 30 September. Nilai-nilai negatif dalam kurungan.)

(1Pelarasan untuk item-item khas (S.I.) termasuk cth, kos transformasi, hal ehwal undang-undang dan kawal selia yang utama, serta kos berkaitan aktiviti-aktiviti penggabungan dan pengambilalihan.

Segmen Suku Keempat


Suku Keempat
2017

Suku Keempat 
2016

perubahan
nominal

Semikonduktor Opto2




...Pendapatan

429

372

15.3%

...EBITDA

121

94

28.3%

...EBITDA terlaras

121

94

28.3%

Pencahayaan Khas2




... Pendapatan

551

495

11.4%

...EBITDA

65

55

18.6%

... EBITDA terlaras

71

58

23.5%

Penyelesaian & Sistem Pencahayaan




... Pendapatan

242

258

(5.9%)

...EBITDA

(37)

4

n.a.

... EBITDA terlaras

(7)

6

n.a.

(Angka-angka sementara, tidak diaudit. Item dinyatakan dalam EUR juta, margin pada %, kakitangan setakat 30 September. Nilai-nilai negatif dalam kurungan.)

(2 Bermula pada tahun fiskal 2017, pendapatan luaran tertentu dalam sektor automotif, yang belum dilaporkan dalam segmen OS, dilaporkan di SP. Sebaliknya, OS kini melaporkan pendapatan intersegmen (dihapuskan dalam penggabungan korporat). Angka-angka tahun sebelumnya dilaraskan sewajarnya.)

Angka-angka utama yang terpilih untuk OSRAM Light Group (operasi berterusan) pada Tahun Fiskal 2017


Tahun Fiskal
 2017

Tahun Fiskal
 2016

Perubahan
 nominal

Pendapatan

4,128

3.785

9.1%

EBITDA

621

621

0%

...Margin

15.1

16.4

(140bps)

EBITDA terlaras 

695

652

6,6%

...Margin

16.8

17.2

(40bps)

Keuntungan selepas cukai

275

532

(48.3%)

Aliran Tunai Bebas

99

24

316%

'000 Kakitangan

26.4

24.6

7%

(Angka-angka sementara, tidak diaudit. Item dinyatakan dalam EUR juta, margin pada %, kakitangan setakat 30 September. Nilai-nilai negatif dalam kurungan.)

Segmen Tahun Fiskal 2017


Tahun Fiskal
2017

Tahun Fiskal
2016

Perubahan
 nominal

Semikonduktor Opto2




Pendapatan

1,685

1,417

18.9%

...EBITDA

473

408

15.9%

...EBITDA terlaras

473

408

15.9%

Pencahayaan Khas2




Pendapatan

2,312

2,135

8.3%

...EBITDA

317

292

8.6%

... EBITDA terlaras

339

305

11.3%

Penyelesaian & Sistem Pencahayaan




Pendapatan

989

1.005

(1.5%)

...EBITDA

(72)

6

n.a.

... EBITDA terlaras

(21)

16

n.a.

(Angka-angka sementara, tidak diaudit. Item dinyatakan dalam EUR juta, margin pada %, kakitangan setakat 30 September. Nilai-nilai negatif dalam kurungan.)

(2 Bermula pada tahun fiskal 2017, pendapatan luaran tertentu dalam sektor automotif, yang belum dilaporkan dalam segmen OS, dilaporkan di SP. Sebaliknya, OS kini melaporkan pendapatan intersegmen (dihapuskan dalam penggabungan korporat). Angka-angka tahun sebelumnya dilaraskan sewajarnya.)

LATAR BELAKANG OSRAM

OSRAM, yang berpangkalan di Munich, ialah sebuah syarikat berteknologi tinggi yang terkemuka di dunia, melakar sejarah sejak lebih 110 tahun yang lalu. Menumpu khususnya terhadap teknologi-teknologi berasaskan semikonduktor, produk-produk kami digunakan dalam aplikasi yang amat pelbagai, bermula daripada realiti maya kepada pemanduan berautonomi, dan daripada telefon pintar kepada penyelesaian pencahayaan pintar dan terhubung di dalam bangunan dan juga bandar-bandar. OSRAM memanfaatkan segala kemungkinan cahaya yang tiada had demi meningkatkan kualiti hidup individu dan juga masyarakat. Hasil inovasi OSRAM membolehkan orang ramai di seluruh dunia bukan sekadar dapat melihat dengan lebih baik, tetapi juga dapat berkomunikasi, mengembara, bekerja dan menjalani kehidupan dengan lebih baik. OSRAM menggaji kira-kira 26,400 kakitangan di seluruh dunia setakat akhir tahun fiskal 2017 (30 September) dan menjana hasil sebanyak hampir EUR4.1 bilion. Syarikat juga tersenarai dalam bursa saham di Frankfurt dan Munich (ISIN: DE000LED4000; WKN: LED400; simbol dagangan: OSR). Maklumat tambahan boleh didapati di www.osram.com.

Penafian

Dokumen ini mengandungi kenyataan dan maklumat berkaitan perniagaan masa depan dan prestasi kewangan serta pembangunan akan datang yang mungkin merupakan kenyataan jangkaan – iaitu kenyataan tentang proses-proses yang berlaku pada masa depan, dan bukan pada masa lalu. Kenyataan-kenyataan berkaitan masa depan ini boleh dikenal pasti melalui ungkapan seperti "menjangka", "mengharapkan", "ingin", "merancang", "percaya", "bercita-cita", "menganggarkan", "akan", "meramalkan" atau perkataan-perkataan dengan maksud yang serupa. Kenyataan-kenyataan sedemikian adalah berdasarkan jangkaan semasa dan andaian tertentu berhubung pengurusan OSRAM. Oleh yang demikian, kenyataan-kenyataan ini tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian tertentu. Pelbagai faktor, yang kebanyakannya adalah di luar kawalan OSRAM, menjejaskan operasi, prestasi, strategi perniagaan dan keputusan OSRAM dan boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar OSRAM berbeza dengan ketara berbanding mana-mana keputusan, prestasi atau pencapaian masa depan yang mungkin dinyatakan atau dibayangkan oleh kenyataan jangkaan demikian atau dijangkakan berdasarkan trend terdahulu. Faktor-faktor ini termasuk khususnya, tetapi tidak terhad kepada, hal-hal yang dijelaskan dalam bab "Laporan tentang Risiko dan Peluang" menerusi Laporan Tahunan OSRAM Licht Group. Sekiranya satu atau lebih daripada risiko atau ketidakpastian ini berlaku, atau sekiranya andaian yang tersirat terbukti tidak benar, keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar OSRAM mungkin berbeza dengan ketara daripada yang dinyatakan dalam kenyataan jangkaan yang relevan seperti yang diharapkan, dijangkakan, dihasratkan, dirancang, dipercayai, dicari, dianggarkan atau diramalkan. OSRAM tidak bercadang, mahupun memikul apa-apa kewajipan untuk mengemas kini atau menyemak kenyataan jangkaan ini berdasarkan perkembangan yang berbeza daripada yang dijangkakan. Disebabkan oleh pembundaran, nombor-nombor yang dipaparkan dalam dokumen ini atau dokumen lain mungkin tidak memberi jumlah yang tepat berbanding jumlah yang diberikan dan peratusan mungkin tidak memperlihatkan angka mutlak yang dirujuk oleh mereka.

Source: Osram
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors Earnings Earnings projections or forecasts