omniture

Alat Penyahlaburan Baharu: NGO Urgewald Lancar Pangkalan Data Komprehensif Arang Batu "Senarai Keluar Arang Batu Global"

urgewald e.V.
2017-11-09 18:30 554

BONN, Jerman, 9 November 2017 /PRNewswire/ -- Di Sidang Kemuncak Iklim PBB di Bonn hari ini, NGO alam sekitar Jerman Urgewald dan rakan-rakan kongsinya menerbitkan "Senarai Keluar Arang Batu Global" (GCEL), satu pangkalan data komprehensif syarikat-syarikat yang terlibat dalam rantaian nilai arang batu termal. Sewaktu kebanyakan pangkalan data arang batu yang digunakan oleh industri kewangan hanya merangkumi 100 syarikat, GCEL menyediakan statistik utama terhadap lebih 770 syarikat dengan aktiviti bermula dari penerokaan dan pelombongan arang batu, perdagangan dan pengangkutan arang batu, hinggalah kepada penjanaan kuasa arang batu dan pengeluaran kilang arang batu.

generated by system

generated by system

Pangkalan data dan carta industri arang batu boleh dilihat di: www.coalexit.org 

"Kami membangunkan GCEL untuk menyediakan industri kewangan dengan senarai ringkas lagi padat syarikat-syarikat yang patut dinyahlaburkan," kata Heffa Schuecking, pengarah Urgewald. "Kajian kami menunjukkan dunia syarikat-syarikat dengan perniagaan besar berkaitan arang batu adalah lebih besar daripada yang diketahui oleh pelabur. Mengekalkan laluan 1.5°C akan menjadi suatu perkara yang mustahil melainkan bank-bank dan para pelabur keluar sepenuhnya dengan pantas daripada pelaburan dalam industri arang batu."

GCEL menyediakan statistik penting terhadap pengeluaran arang batu tahunan dan bahagian hasil arang batu syarikat, keupayaan pengapian-arang batu yang dipasang dan bahagian pengeluaran kuasa arang batu. Ia juga mengenalpasti 225 syarikat yang merancang untuk meluaskan pelombongan arang batu dan 282 syarikat yang merancang stesen kuasa pengapian-arang batu baharu.

Seperti yang dinyatakan oleh Sylvian Vanston dari Bahagian Tanggungjawab Sosial syarikat insurans AXA: "GCEL merupakan antara pangkalan data yang paling teliti yang pernah kami lihat. Ia merupakan satu alat yang hebat untuk para pelabur yang mahu mengalihkan portfolio mereka keluar daripada arang batu."

Maklumat Lanjut: 

Maklumat & Statistik Menarik sekitar Industri Arang Batu Global:
https://urgewald.org/sites/default/files/typ_download/gcel_-_facts_and_stats_2.pdf

Tinjauan Rantau dan Negara Industri Arang Batu:
https://urgewald.org/sites/default/files/typ_download/gcel_-_country_analysis_3.pdf

Hubungi:

Moritz Schroeder, Pengarah Komunikasi Urgewald:
moritz@urgewald.org atau +49-2583-30492-19

 

Source: urgewald e.V.
Keywords: Mining/Metals Oil/Energy Utilities Survey, Polls & Research