omniture

Hilton Kuala Lumpur teruskan kemenangan berturut-turut pada 2017

Anugerah setiap bulan dalam setahun
Hilton Kuala Lumpur
2017-11-09 18:31 796

KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 November 2017 /PRNewswire/ -- Hilton Kuala Lumpur, hotel mewah 5-bintang Malaysia, baru-baru ini menerima anugerah Hotel Perniagaan Terbaik dan Hotel Gaya Hidup Terbaik di Malaysia sempena Anugerah Hotel Global Haute Grandeur yang berlangsung sepanjang hujung minggu lalu, selain Anugerah-anugerah Hotel tersebut, Hilton Kuala Lumpur's Spa & Gym selanjutnya meraih anugerah Spa Kecantikan Terbaik di Malaysia.

Jamie Mead, pengurus besar serantau, Malaysia di Anugerah Hotel Global Haute Grandeur
Jamie Mead, pengurus besar serantau, Malaysia di Anugerah Hotel Global Haute Grandeur

Anugerah Hotel Global Haute Grandeur ialah satu inisiatif anugerah berprestij yang dipercayai di seluruh dunia dan merupakan salah satu acara tahunan paling penting dalam kalendar hospitaliti. Anugerah ini menjadikan Hilton Kuala Lumpur meraih sejumlah 11 anugerah bagi tahun 2017, menjadikannya penetap penanda aras untuk segmen hospitaliti di Malaysia dan juga Asia Tenggara.

Jamie Mead, pengurus besar serantau, Malaysia berkata, "Memenangi anugerah-anugerah termasuk Hotel Perniagaan Terbaik dan Hotel Gaya Hidup Terbaik di Malaysia sempena Anugerah Hotel Global Haute Grandeur ialah berita hebat buat kami semua di Hilton Kuala Lumpur! Pencapaian berturut-turut kami menerusi 11 anugerah tahun ini menjadi bukti minat dan dedikasi Ahli-ahli Pasukan kami dalam memainkan peranan mereka, sambil membawakan pengalaman luar biasa untuk para tetamu kami saban hari."

Hilton Kuala Lumpur menempatkan Chambers Bar & Grill, GRAZE dan Vasco's, berserta restoran-restoran Cina dan Jepun di Hilton KL yang memenangi anugerah, Chynna dan Iketeru.

Setakat ini, anugerah-anugerah yang dimenangi tahun ini ialah:

  • World Travel Awards 2017; pemenang tiga tahun berturut-turut

a)    Hotel Perniagaan Utama Malaysia-- Hilton Kuala Lumpur 
b)    Suit Hotel Utama Malaysia – Suit Presiden di Hilton Kuala Lumpur

  • Anugerah Hotel Global Haute Grandeur 2017

a)    Hotel Perniagaan Terbaik di Malaysia
b)    Hotel Gaya Hidup Terbaik di Malaysia

  • Anugerah Spa Global Haute Grandeur 2017

a)    Spa Kecantikan Terbaik di Malaysia
b)    Spa Destinasi Terbaik di Malaysia

  • Business Traveller Awards 2017 bagi Hotel Perniagaan Terbaik; yang pertama untuk Hotel ini

Latar Belakang Hilton Kuala Lumpur

Tersergam setinggi 154 meter di atas paras jalan dengan pemandangan Taman Tasik Perdana serta latar langit bandar yang menakjubkan, Hilton Kuala Lumpur memberikan kemewahan 5-bintang di lokasi yang tiada tandingan – 28 minit dengan menaiki keretapi berkelajuan tinggi terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan 33 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2). Hotel ini juga mudah diakses dari kawasan beli belah utama dan hiburan, yang terletak hanya beberapa langkah dari Nu Sentral, sebuah pusat membeli belah setinggi 9 tingkat dan ke Menara Berkembar Petronas di pusat bandar.

Hilton Kuala Lumpur pernah merangkul lebih 100 anugerah sejak hotel ini dibuka pada tahun 2005. Beberapa anugerah yang diraih termasuk World Travel Awards bagi Hotel Perniagaan Utama Malaysia 2015, Smart Travel Award 2016 – 25 Hotel Perniagaan Terhebat, Anugerah Pilihan Pembaca Going Place 2016 – Hotel 5 Bintang Terbaik, Anugerah Hotel Global Haute Grandeur 2017, Business Traveller Awards 2017 – Hotel Perniagaan Terbaik.

Semua 499 bilik tamu dilengkapi dengan tingkap-tingkap dari lantai-ke-siling bagi memberikan pemandangan panoramik, TV skrin rata bersaiz besar, kemudahan dan teknologi moden yang canggih berserta bilik mandi berkonsep terbuka yang lengkap dengan TV LCD dan pancuran mandian hujan. Sepuluh pilihan luar biasa bagi menjamu selera dan berhibur daripada gabungan masakan yang memenangi anugerah kepada restoran-restoran Cina dan Jepun kami yang terkenal, makan tepi kolam secara santai dengan pilihan café, bar dan bilik istirehat yang hebat. Menerusi 14 bilik mesyuarat mewah termasuk Dewan Tari Utama yang mengagumkan, Dewan Tari Tengah bersaiz sederhana dan leveL7even sofistikated untuk pelbagai acara, mesyuarat, acara dan perkhidmatan katering luar kami disediakan agar dapat memenuhi keperluan setiap acara.

Hilton

Hilton (NYSE: HLT) ialah syarikat hospitaliti bertaraf global yang terkemuka, dengan portfolio yang terdiri daripada 14 jenama bertaraf dunia merangkumi lebih 5,100 hartanah dengan hampir 838,000 bilik di 103 negara dan wilayah. Hilton berdedikasi untuk memenuhi misinya bagi menjadi syarikat paling mesra di dunia dengan membawakan pengalaman yang luar biasa – setiap hotel, setiap tetamu, setiap masa. Portfolio syarikat melibatkan Hilton Hotels & Resorts, Waldorf Astoria Hotels & Resorts, Conrad Hotels & Resorts, Canopy by Hilton, Curio Collection by Hilton, DoubleTree by Hilton, Tapestry Collection by Hilton, Embassy Suites by Hilton, Hilton Garden Inn, Hampton by Hilton, Tru by Hilton, Homewood Suites by Hilton, Home2 Suites by Hilton dan Hilton Grand Vacations. Syarikat turut mengurus program kesetiaan pelanggan yang memenangi anugerah, Hilton Honors. Ahli-ahli Hilton Honors yang membuat tempahan terus melalui saluran Hilton pilihan boleh mendapat akses kepada faedah segera, termasuk lungsur bayaran fleksibel yang membolehkan ahli-ahli memilih dengan tepat Mata untuk digabungkan dengan wang, diskaun ahli eksklusif yang tidak boleh ditemui di tempat lain serta Wi-Fi standard percuma.

Layari newsroom.hilton.com untuk maklumat lanjut dan berhubung dengan Hilton melalui Facebook, Twitter, LinkedIn, Instagram dan YouTube.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171031/1979559-1

Source: Hilton Kuala Lumpur
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Awards