omniture

Rahsia Tersimpan Paling Rapi Asia Tenggara: agoda bawakan Tempat Bersendiri Terpencil dan Mewah Tersembunyi di Asia

agoda
2017-11-10 10:32 670

KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 November 2017 /PRNewswire/ -- Seringkali para pelancong mencari lokasi-lokasi yang terbukti bagus yang sama, dan percutian bermakna berkongsi tempat tumpuan bersama ribuan pelancong yang lain. Namun, alternatifnya – memilih destinasi yang luar daripada kebiasaan – boleh menjadi suatu yang lebih mendatangkan kepuasan.

Muthi Maya Forest, Thailand
Muthi Maya Forest, Thailand

Travel and Tech Study agoda yang terkini mendapati bahawa 54% penduduk Malaysia gemar melancong ke destinasi-destinasi yang kurang dikenali.

Pengarah Global agoda untuk Jenama dan Komunikasi, Andrew Edwards, menjelaskan: "Melarikan diri daripada kesibukan bukan bermakna meninggalkan pengalaman hebat apabila melibatkan Asia Tenggara. Rantau ini mempunyai banyak lokasi terpencil dan mewah untuk pelancong yang tidak mahu berkompromi dengan perkara-perkara baik dalam kehidupan, namun masih inginkan percutian yang unik."

"Pelancong Malaysia boleh mendapatkan pengalaman mewah atau unik dengan berbekalkan hampir sebarang bajet, bergantung pada lokasi pilihan mereka. Bermula dengan Bali yang merata, sehingga pulau-pulau yang kurang dikenali di Thailand dan Filipina, terdapat permata-permata tersembunyi yang terletak di seluruh Asia Tenggara yang membolehkan pelancong tempatan untuk turut menerokainya," kata beliau.

Alishan House  - Bandar Alishan, Taiwan

Alishan House terletak secara ideal berhampiran Kawasan Indah Alishan yang begitu sempurna, dan ini bermakna para pelancong boleh memilih untuk meneroka gunung ganang yang tenang atau   meluangkan hari untuk bersantai di hadapan pemandangan berpanorama.

Tempahan: https://www.agoda.com/en-au/alishan-house/hotel/chiayi-tw.html

Six Senses Con Dao - Con Dao, Vietnam

Terletak betul-betul di garis pesisir pantai berpasir putih, dikelilingi dengan gunung ganang yang megah berdiri, pusat peranginan yang terpencil di pulau Con Dao merupakan tempat bersendirian pantai yang unggul. Bagi mendapatkan privasi yang sebenar, setiap vila mempunyai kolam sendiri.

Tempahan: https://www.agoda.com/en-au/six-senses-yao-noi/hotel/phuket-th.html

Pangkor Laut Island - Pangkor, Malaysia

Dengan hanya sebahagian kecil pulau yang dibangunkan, pulau peranginan milik persendirian ini adalah begitu sempurna untuk pasangan yang tercari-cari peluang melarikan diri daripada tekanan kehidupan. Dengan akses kepada pusat peranginan yang hanya tersedia menggunakan bot laju atau helikopter, tiada yang dapat menghalang anda daripada menikmati peluang bersantai yang unggul ini.

Tempahan: https://www.agoda.com/en-au/pangkor-laut-resort/hotel/pangkor-my.html

Muthi Maya Forest Pool Villa Resort  - Khao Yai, Thailand

Terletak di salah satu destinasi paling indah dan tenang di Thailand, pusat peranginan ini dikelilingi oleh taman-taman tropika yang membolehkan tetamu mencari kedamaian berserta pengembaraan yang dipenuhi keseronokan. Luangkan hari di kolam peribadi vila anda atau pilihlah sama ada untuk menunggang gajah, berakit di sungai, berkayak atau memanjat batu.

Tempahan: https://www.agoda.com/en-au/muthi-maya-forest-pool-villa-resort/hotel/khao-yai-th.html   

Latar Belakang agoda

agoda, sebahagian daripada kumpulan syarikat The Priceline Group (Nasdaq:PCLN), ialah salah satu platform tempahan perjalanan dalam talian yang paling pantas berkembang di dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171109/1988253-1

 

 

Source: agoda
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Survey, Polls & Research