DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 11 November 2017 /PRNewswire/ --
Thuraya Telecommunications Company, hari ini mengumumkan pelancaran Thuraya Talk, perkhidmatan Suara melalui IP (VoIP) miliknya yang berkualiti tinggi. Thuraya Talk menyediakan pelanggan dengan cara yang mudah dan ringkas untuk kekal terhubung dan memberi peluang terhadap keupayaan komunikasi unik untuk kegunaan peribadi serta profesional. Semua pengguna akan mendapat nombor khusus mereka sendiri yang boleh digunakan untuk membuat dan menerima panggilan.
Fasa awal perkhidmatan ini membolehkan pemanggil membuat panggilan suara dan menghantar pesanan ringkas menggunakan aplikasi Thuraya Talk yang boleh dimuat turun daripada App Store atau Google Play mulai hari ini. Aplikasi ini dapat digunakan pada sebarang sambungan Internet dari mana-mana jua di dunia, sama ada menggunakan Wi-Fi atau data mudah alih. Para pemanggil boleh membuat panggilan telefon ke telefon satelit Thuraya atau sebarang destinasi di peringkat global. Ia sesuai untuk pengguna yang memanggil nombor Thuraya dan menawarkan mereka penjimatan sehingga 60%.
Rashid Baba, Penolong Ketua Pegawai Komersial di Thuraya berkata: "Kami di Thuraya sentiasa mencari cara untuk mengembangkan portfolio perkhidmatan kami untuk memenuhi keperluan pengguna akhir kami dengan lebih baik. Thuraya Talk merupakan satu contoh yang sempurna tentang bagaimana kami menyesuaikan diri dengan keperluan pelanggan dan menawarkan mereka perkhidmatan berkualiti tinggi menerusi satu kaedah yang mudah, menyenangkan dan berpatutan untuk membolehkan mereka kekal berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan."
Puneet Lihala, Pengurus Produk Thuraya Talk berkata: "Penyelesaian hujung ke hujung yang menyeluruh ini dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Thuraya. Ia memanfaatkan infrastruktur darat yang kukuh yang berjaya berkhidmat untuk operasi satelit kami sehingga kini. Thuraya Talk menawarkan kualiti suara yang sama dan sangat baik yang sudah menjadi satu kebiasaan kepada pelanggan kami, dan saluran suara yang selamat yang menjamin privasi."
Fasa kedua perkhidmatan ini, dengan rancangan untuk dilancarkan pada awal tahun depan akan memperkenalkan perkhidmatan suara dan data secara serentak buat kali pertama dalam rangkaian satelit Thuraya. Dioptimumkan untuk penggunaan lebar jalur yang cekap, Thuraya Talk boleh digunakan sebagai penyelesaian tambahan yang mudah untuk sebarang terminal jalur lebar Thuraya. Dengan menghubungkan penyesuai VoIP Gate kepada terminal, pelanggan akan berpeluang menggunakan mana-mana telefon analog untuk membuat dan menerima panggilan VoIP untuk tujuan operasi. Puneet menambah, "Menerusi peningkatan masa depan, kami menyasarkan untuk menjadikan Thuraya Talk aplikasi pilihan untuk kebajikan anak-anak kapal Maritim, dengan cara menggunakannya sebagai penyelesaian yang ideal bagi kakitangan di atas kapal untuk kekal berhubung dengan keluarga dan rakan-taulan."
Latar Belakang Thuraya Telecommunications Company
Thuraya Telecommunications Company ialah pengendali MSS yang meneraju industri dan penyedia telekomunikasi global yang menawarkan penyelesaian komunikasi inovatif kepada pelbagai sektor termasuk tenaga, media penyiaran, maritim, tentera dan NGO kemanusiaan. Rangkaian hebat Thuraya membolehkan komunikasi yang jelas dan liputan tanpa gangguan merentasi dua pertiga dunia menerusi satelit dan merentasi seluruh planet menerusi keupayaan perayauan GSMnya yang unik. Pelbagai rangkaian telefon satelit mudah alih yang sangat andal dan tinggi teknologi serta peranti jalur lebar syarikat memberikan kemudahan penggunaan, nilai, kualiti dan kecekapan. Thuraya kekal komited untuk berbakti kepada manusia menerusi penyediaan alatan penting untuk ketersambungan yang optimum, tanpa pernah meninggalkan sesiapapun di luar jangkauan. Lawati: www.thuraya.com