omniture

Global Shares Menang Anugerah FinTech sempena Anugerah Deloitte Technology Fast 50 2017

Global Shares
2017-11-13 09:45 513

CORK, Ireland, 13 November 2017 /PRNewswire/ -- Global Shares - penyedia terkemuka global bagi perisian pentadbiran pelan saham, urusan saham dan pelaporan kewangan - memenangi Anugerah FinTech sempena Anugerah Deloitte Technology Fast 50 2017. Anugerah ini memberi penarafan kepada syarikat-syarikat teknologi berkembang paling pantas di Ireland dan diiktiraf sebagai barometer bagi kejayaan sesebuah syarikat, memberikannya 'lambang kehormatan' umum yang amat dihargai, dihormati dan boleh dipasarkan.

Deloitte dan Silicon Valley Bank bekerjasama dalam Kategori Anugerah FinTech baharu bagi mengiktiraf Perkhidmatan Kewangan sebagai kunci pertumbuhan masa depan Ireland dan menonjolkan syarikat-syarikat yang mempengaruhi segmen ini menerusi teknologi dan inovasi mereka. Pencapaian Global Shares dalam memenangi Anugerah bukan sekadar dapat meningkatkan profilnya, tetapi turut membantu syarikat untuk berkembang dan meningkat maju dengan memberi sokongan daripada Deloitte dan Silicon Valley Bank pada skala global. Sebahagian daripada hadiah ini termasuk lawatan ke Silicon Valley untuk Global Shares, dikhususkan agar sesuai dengan trajektori syarikat dan juga pertemuan dengan para pelabur utama, rakan-rakan strategik serta bakal rakan-rakan strategik.

Tim Houstoun, Ketua Pegawai Eksekutif Global Shares, mengulas:  

"Peluang memenangi Anugerah FinTech Deloitte dengan kerjasama Silicon Valley Bank ialah satu pengesahan penting terhadap segala yang dicapai oleh Global Shares sejak beberapa tahun ini. Global Shares menawarkan teknologi hebat disokong oleh individu-individu hebat yang menyediakan perkhidmatan cemerlang dalam arena pentadbiran pelan saham global yang amat khusus. Kami menawarkan pelanggan dengan perisian pengurusan pelan ekuiti paling moden di dunia selain pengalaman dalam talian luar biasa, fungsi yang  tiada tandingan dan penyelesaian yang tersuai sepenuhnya bagi memenuhi keperluan khusus mereka. Kami telah mengalami pertumbuhan cemerlang dalam setiap aspek perniagaan kami sejak dua tahun lalu dan selain itu menjadi MiFID & FINRA/SEC yang dikawal selia, yang bermakna kini kami dapat menawarkan pelanggan dengan penyelesaian sehenti yang lengkap. Kami berada pada titik utama dalam kitar pertumbuhan kami dan telah melaksanakan proses penstrukturan semula & perekrutan yang penting beberapa bulan kebelakangan ini bagi memenuhi keperluan perniagaan kami yang berubah-ubah. Tahun-tahun mendatang menjanjikan sesuatu yang amat menarik untuk syarikat kami dan saya amat berbangga untuk menerima Anugerah yang terkemuka ini bagi pihak semua yang berada dalam Pasukan Global Shares."

Clive Lennox, SVB Financial Group, berkata: 

"Tahniah diucapkan kepada Global Shares! Kami berasa kagum dengan pasukan dan teknologi anda dan berharap dapat menjadi tuan rumah untuk anda di Silicon Valley tahun hadapan." 

Joan O'Connor, Rakan Kongsi, Deloitte berkata: 

"Anugerah ini memberikan sekilas pandang terhadap masa depan pasaran teknologi dan menyediakan peluang yang sangat baik untuk syarikat-syarikat bagi menonjolkan pencapaian mereka, cita-cita masa depan dan aspirasi dalam pasaran global." 

http://www.globalshares.com 

Hubungi: AISLING RIORDAN | Pengurus Pemasaran, +353(0)23-8833-062 Samb 204, ariordan@globalshares.com

Sumber: Global Shares

Source: Global Shares
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Awards