omniture

Avis Budget Group Perluas Kehadiran di Lapangan Terbang Changi, Jadikan Avis dan Budget Satu-satunya Penyedia Khidmat Kereta Sewa Tersedia di Keempat-empat Terminal

Avis Budget Group
2017-11-13 11:15 609

SINGAPURA, 13 November 2017 /PRNewswire/ -- Avis Budget Group, Inc. telah memulakan operasinya di Terminal 4 (T4) baharu di Lapangan Terbang Changi Singapura, lapangan terbang yang paling banyak menerima anugerah di dunia yang meraih lebih 550 anugerah Lapangan Terbang Terbaik setakat ini, termasuk kejayaan sebagai Lapangan Terbang Terbaik Dunia kali kelima berturut-turut oleh Skytrax. Berkhidmat untuk sembilan syarikat penerbangan1, para pelancong kini dapat melakukan penerbangan ke terminal terbaharu Lapangan Terbang Changi dan memulakan perjalanan menerusi kenderaan Avis atau Budget. Pembukaan ini menjadikan Sewa Kereta Avis dan Sewa Kereta Budget sebagai satu-satunya penyedia khidmat kereta sewa di keempat-empat terminal.

Terminal 4 Lapangan Terbang Changi
Terminal 4 Lapangan Terbang Changi

 

Para pelanggan dapat menggunakan perkhidmatan Avis dan Budget secara mudah dengan menghampiri kaunter Terminal 4 yang terletak di balai ketibaan mulai 7:00 hingga 23:00 setiap hari (termasuk hari cuti) atau menempah lebih awal melalui laman sesawang Avis dan Budget. Perkhidmatan utama yang disediakan di lokasi ini termasuk perkhidmatan sewa kereta dan pemandu.

"Kami berasa teruja untuk membawakan Avis dan Budget ke Terminal 4 dan bekerjasama dengan Changi Airport Group untuk menawarkan pelanggan dengan satu lagi lokasi bagi mengambil kereta mereka," kata Helen Lau, Pengurus Besar, Singapura, Avis Budget Group. "Sebagai satu-satunya jenama sewa kereta yang terdapat di keempat-empat terminal Lapangan Terbang Changi menunjukkan komitmen kami untuk menjadikan perjalanan pelanggan kami mudah, lancar dan lebih menyeronokkan."

Bagi meraikan pembukaannya, pelanggan boleh menjimatkan sehingga 40% apabila mereka menempah mulai sekarang hingga 15 Disember 2017 dan mengambilnya mulai hari ini hingga 31 Januari 2018. Diskaun perayaan boleh digunakan untuk mengambilnya di stesen-stesen sewa Terminal 1, 2, 3 dan 4 Lapangan Terbang Changi yang terletak di balai ketibaan. Para pelanggan perlu menempah dalam talian lebih awal bagi memanfaatkan simpanan. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat. Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan, sila layari www.avis.com.sg/T4 atau www.budget.com.sg/T4.

Latar Belakang Avis Budget Group

Avis Budget Group, Inc. ialah penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian mobiliti, kedua-duanya menerusi jenama-jenama Avis dan Budget, yang mempunyai lebih 11,000 lokasi sewa hampir di 180 negara seluruh dunia, dan menerusi jenama Zipcar, yang merupakan jaringan perkongsian kereta yang utama di dunia, serta mempunyai lebih satu juta ahli. Avis Budget Group mengendalikan kebanyakan pejabat sewa keretanya di Amerika Utara, Eropah dan Australia secara terus, dan beroperasi terutamanya melalui pemegang lesen di pelosok dunia yang lain. Avis Budget Group mempunyai kira-kira 30,000 kakitangan dan beribu pejabat di Parsippany, New Jersey.

Maklumat lanjut disediakan di www.avisbudgetgroup.com.

Nota untuk editor

1AirAsia Group (dengan empat syarikat penerbangan), Cathay Pacific, Cebu Pacific, Korean Air, Spring Airlines dan Vietnam Airlines.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171110/1989565-1
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20171110/1989565-1LOGO

Source: Avis Budget Group
Keywords: Auto Transportation Travel New products/services