omniture

JustDating: Warga Malaysia paling setia dari segi emosi di Asia

JustDating
2017-11-13 11:30 295

Hanya 20% orang dewasa tidak setia terhadap pasangan, dengan peratusan bagi kalangan lelaki adalah 10 mata peratusan lebih tinggi berbanding wanita

KUALA LUMPUR, Malaysia, 13 November 2017 /PRNewswire/ -- Aplikasi janji temu yang popular di Asia, JustDating, menjalankan tinjauan dalam kalangan pengguna Malaysia berhubung pengalaman mereka dari segi percintaan. Keputusan menunjukkan hanya 20 peratus responden mengakui tidak setia terhadap pasangan mereka, dengan peratusan bagi lelaki adalah 10 mata lebih tinggi berbanding wanita. Di Taiwan dan Singapura, 30 peratus responden berkata mereka pernah tidak setia terhadap pasangan mereka, manakala dalam kalangan warga Indonesia, kadar peratusan meningkat kepada 40 peratus. Secara kesimpulannya, pengguna Malaysia merupakan yang paling setia dari segi emosi.

Kedua-dua lelaki dan wanita mempunyai peluang untuk tidak setia. Tinjauan menunjukkan lelaki dan wanita mempunyai pemahaman yang berbeza tentang ketidaksetiaan. Lelaki di Malaysia berpendapat sebarang sentuhan tubuh boleh dianggap sebagai "pengkhianatan", manakala wanita meletakkan lebih keutamaan kepada emosi, dengan memegang pendapat bahawa sekiranya pasangan mereka tergila-gilakan wanita lain, beliau telah curang, walaupun tidak berlakunya sebarang sentuhan tubuh dengan "pihak lain". Selain definisi berbeza tentang ketidaksetiaan, lelaki dan wanita menangani ketidaksetiaan pasangan mereka dengan cara yang agak berbeza. Apabila dikhianati, 50 peratus lelaki di Malaysia bersedia untuk bertolak ansur terhadap "ketidakpatuhan", berbincang bersama pasangan mereka dan memaafkannya. Sebaliknya, 70 peratus wanita berkata mereka akan meletakkan syarat yang jelas dan sekiranya pasangan mereka tergila-gilakan wanita lain, wanita akan menamatkan hubungan dengan serta merta.

Tinjauan dalam talian, bertajuk Partner's Habits and Preferences (Tabiat dan Pilihan Pasangan), dijalankan oleh JustDating, aplikasi janji temu yang memberi tumpuan untuk membantu individu bujang mencari pasangan hidup yang sesuai. Keputusan tinjauan adalah berdasarkan 1,000 respons yang disahkan, yang mana 500 daripada responden ialah lelaki dan 500 ialah wanita.

Source: JustDating
Keywords: Mobile Entertainment Social Media Telecommunications Survey, Polls & Research