omniture

Sterlite Tech Diiktiraf sebagai BERWAWASAN dalam Magic Quadrant Gartner Tahun Kedua Berturut-turut

Sterlite Technologies Limited
2017-11-13 13:15 387

MUMBAI, 13 November 2017 /PRNewswire/ -- Sterlite Tech (BSE: 532374) (NSE: STRTECH), peneraju global bagi penyelesaian rangkaian digital lebih pintar, mengumumkan ia telah diiktiraf sebagai 'Berwawasan' dalam Magic Quadrant (MQ) Gartner yang berprestij bagi Pengurusan Pendapatan dan Pelanggan Bersepadu (IRCM) untuk Penyedia Perkhidmatan Komunikasi CSP)* buat tahun kedua berturut-turut.

Sterlite Tech telah melabur dalam pembangunan penyelesaian perisian telekomunikasi sejak tahun 2015, dan platform pengurusan perkhidmatan luar-kotaknya digunakan dalam pelbagai projek melibatkan pelbagai syarikat perusahaan. Platform ini membolehkan pengendali yang mempunyai model pendapatan baharu, berjaya memperkenalkan perkhidmatan generasi seterusnya, menjadikan pemerolehan pelanggan yang lebih pantas dan menyokong perkhidmatan masa depan. Platform ini menyediakan keanjalan tinggi untuk pelbagai perusahaan - Penyedia Perkhidmatan Komunikasi (CSP), Pengendali/Penggerak Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO/MVNE), Pengendali Sistem Berbilang (MSO) dan Perniagaan Bersaiz Kecil dan Sederhana (SMB) - bagi mencapai kebolehoperasian yang menyokong 3G/4G/ADSL/FTTH/WI-Max/Wi-Fi dan keperluan rangkaian generasi seterusnya yang lain.

Mengulas tentang pengiktirafan ini, Dr Anand Agarwal, Ketua Pegawai Eksekutif, Sterlite Tech, berkata, "Sterlite Tech komited untuk menyediakan rangkaian lebih pintar dengan penyelesaian yang bermula daripada produk komunikasi optik dan perkhidmatan penyepaduan sistem kepada perisian bertaraf dunia. Pengiktirafan Gartner terhadap pengkhususan perisian kami merupakan satu pengesahan terhadap kedudukan kepimpinan pemikiran kami dengan keupayaan pelaksanaan yang hebat." Beliau menambah, "Pelan tindakan produk perisian mantap kami adalah selaras dengan keperluan pelanggan kami yang berubah-ubah untuk menyediakan dengan pantas dan menjana keuntungan daripada perkhidmatan generasi seterusnya dengan memanfaatkan kebolehskalaan produk kami, virtualisasi, ciri-ciri perdagangan digital dan API terbuka. Kami terus melabur secara agresif bagi menambah baik tawaran kami, dan menyediakan kelebihan daya saing kepada pelanggan kami agar dapat menguasai era pendigitan."

Setiap tahun, Gartner menilai 21 vendor Sistem Sokongan Operasi (OSS)/Sistem Sokongan Perniagaan (BSS) yang disenarai pendek untuk Magic Quadrant dari segi kesempurnaan visi dan kebolehan pelaksanaan. Sterlite Tech merupakan pesaing dalam penilaian ini, sebagai penyedia bersepadu dengan suit penuh penyelesaian IRCM, termasuk pengurusan pengebilan dan akaun, penjagaan kendiri pelanggan, penarafan/pengecasan masa sebenar, pengurusan dasar, pengurusan kitar hayat pelanggan/rakan kongsi, sokongan berbilang saluran, katalog produk, pengantaraan, pengebilan saling hubung/borong, analitik dan pelaporan, antara fungsi-fungsi lain.

Latar Belakang Sterlite Technologies: 

Sterlite Technologies Ltd. (BSE: 532374) (NSE: STRTECH), ialah peneraju teknologi bertaraf global yang mereka, membangunkan dan mengurus rangkaian digital yang lebih pintar. Sterlite Tech terlibat dengan pelanggan di lebih 100 negara, menerusi penawaran berskala web digital merangkumi produk, perkhidmatan dan perisian. Syarikat mempunyai kemudahan pengeluaran berskala global yang berkecekapan tinggi di India, China & Brazil dan dua Pusat Penyerahan Perisian di India. Menerusi portfolio mantap dengan 162 paten, Sterlite Tech merupakan tumpuan bagi satu-satunya Pusat Kecemerlangan di India untuk penyelidikan jalur lebar dan Pusat Rangkaian Lebih Pintar untuk aplikasi rangkaian generasi seterusnya. Projek-projek yang dijalankan oleh syarikat termasuk rangkaian data lebih pintar kalis-pencerobohan untuk Angkatan Bersenjata, jalur lebar luar bandar untuk BharatNet, pembangunan Bandar Pintar dan penyediaan rangkaian Gentian-untuk-Kediaman (FTTH) berkelajuan tinggi.

Untuk butiran lanjut, layari http://www.sterlitetech.com

 (*) (Sumber) Gartner Magic Quadrant untuk Pengurusan Pendapatan dan Pelanggan Bersepadu bagi CSP, 23 Oktober 2017, Norbert J. Scholz, Jouni Forsman, Amresh Nandan  

(Penafian) Gartner tidak mengesahkan mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang dinyatakan dalam bahan penerbitan penyelidikannya, dan tidak menasihati pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor yang mendapat penarafan tertinggi atau designasi lain. Bahan penerbitan penyelidikan Gartner merangkumi pandangan daripada organisasi penyelidikan Gartner dan tidak seharusnya dianggap sebagai kenyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, yang dinyatakan atau tersirat, berkenaan penyelidikan ini, termasuk apa-apa jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Sumber: Sterlite Technologies Limited

Source: Sterlite Technologies Limited
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Awards