omniture

Ekspo CLAC Buka Tirai di Zhuhai, China

Wujudkan platform baharu untuk kerjasama antarabangsa dan tambah momentum pembangunan bersama
China-Latin America International Expo Committee
2017-11-13 14:37 597

ZHUHAI, China, 13 November 2017 /PRNewswire/ -- Ekspo Antarabangsa China-Amerika Latin dan Caribbean (Ekspo CLAC) membuka tirainya di Pusat Konvensyen & Pameran Antarabangsa Zhuhai pada sebelah pagi 9 November, bersama 523 syarikat dan organisasi daripada 24 negara Amerika Latin selain 33 negara dari luar rantau bagi mempamerkan produk-produk dalam acara tersebut.

The China-Latin America and the Caribbean International Exposition
The China-Latin America and the Caribbean International Exposition

Dalam majlis perasmian, para pegawai kerajaan serta orang-orang kenamaan dan para tetamu yang dijemput, dapat menyaksikan perasmian Taman Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Hengqin China-Amerika Latin dan penandatangan kontrak untuk beberapa projek besar yang lain. Taman berkeluasan 244,000-meter-persegi, disokong oleh pelaburan dengan agregat sebanyak 2.5 bilion yuan (kira-kira US$375 juta), ialah platform penting yang diwujudkan oleh bandar Zhuhai bagi tujuan pelaksanaan projek-projek kolaboratif antara entiti-entiti Cina dan Amerika Latin. Dalam ekspo tersebut, kontrak-kontrak untuk 73 projek mencakupi pelbagai industri, antaranya, bekalan pencetakan, logistik moden, petrokimia dan perkakas rumah, ditandatangani, dengan jumlah nilai kontrak sebanyak 3.25 bilion yuan (kira-kira US$490 juta).  

Hubungan antara China dan Amerika Latin serta negara-negara Caribbean baru-baru ini memasuki tempoh bersejarah baharu, dicirikan oleh kelebihan ekonomi yang tersendiri dan saling menguntungkan, mewujudkan potensi yang besar untuk jalinan kerjasama, kata seorang pegawai China. Bandar Zhuhai, menerusi peranannya sebagai hab utama dalam Kawasan Teluk Lebih Besar Guangdong-Hong Kong-Macau digandingkan dengan amalan-amalan berpandangan jauh Zon Perdagangan Bebas Rintis Guangdong China – Kawasan Baharu Zhuhai Hengqin, merancang untuk memupuk kerjasama ekonomi selanjutnya antara China dan Amerika Latin serta negara-negara Caribbean selain pembangunan ekonomi tempatan. Amerika Latin dan negara-negara Caribbean merupakan penyokong utama bagi inisiatif Satu Jalur, Satu Jalan kerajaan Cina, dan melihat Ekspo ini sebagai satu platform penting bagi tujuan pemupukan perkongsian perindustrian dan pelaburan yang saling menguntungkan.

HUBUNGI:

Huafa Group
+86-756-6988620
clacexpo@huafagroup.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171110/1989774-1  

Source: China-Latin America International Expo Committee
Keywords: Banking/Financial Service Outsourcing Businesses Trade show news