SHENZHEN, China, 13 November 2017 /PRNewswire/ -- CHTF kali ke-19, bertemakan "Pembangunan Didorong Inovasi & Peningkatan Kualiti Bekalan", bakal diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Shenzhen mulai 16 hingga 21 November.
Jumlah keluasan kawasan pameran mencecah kira-kira 120,000 meter persegi. Ia dijangka dapat menampung 3000 pempamer dengan lebih 10,000 program dari 30 negara dan wilayah serta menerima 500,000 kali kunjungan. Selain itu, pelbagai syarikat perusahaan dari lebih 80 negara dan juga 200 rakan media tempatan dan antarabangsa akan berada di tapak pameran. Industri-industri teknologi maklumat, penjimatan tenaga dan perlindungan alam sekitar, tenaga baharu, bangunan hijau, paparan optoelektronik, teknologi pengilangan canggih, bandar pintar, teknologi aeroangkasa & penerbangan dan robot pintar canggih akan meletakkan kepentingan besar, dan atas sebab itu, CHTF akan menganjurkan pelbagai aktiviti, seperti pameran, perbincangan perdagangan, forum dok peringkat tinggi, siaran maklumat dan aktiviti-aktiviti pembuat.
Apa yang penting, 27 daripada 30 negara yang mengambil bahagian adalah daripada inisiatif "Jalur dan Jalan", termasuk Argentina, Australia, Republik Czech, Jerman, Rusia, Britain, negara-negara EU dan banyak lagi. Sebanyak 200 aktiviti yang beraneka kandungan dan bentuk akan diadakan semasa pameran tersebut, contohnya, forum, salun, dan persidangan teknologi. Lebih 70 penceramah jemputan yang terdiri daripada orang-orang kenamaan luar negara, para ilmuwan tersohor dan para usahawan, penerima-penerima Hadiah Nobel akan turut hadir dan menyampaikan ucapan. CHTF akan menganjurkan aktiviti-aktiviti termasuk sesi latihan pembiayaan projek, jerayawara pembiayaan projek, pemadanan perniagaan, persidangan perolehan pembeli luar negara, aktiviti-aktiviti pembuat dan 10 aktiviti pemilihan produk terbaik.
Latar Belakang CHTF:
CHTF diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Shenzhen mulai 16 hingga 21 November setiap tahun. Dengan 18 tahun pengalaman yang membuahkan kejayaan, ia beransur-ansur meningkat maju menjadi platform perniagaan antarabangsa penting yang memberi pengaruh peringkat global terhadap industri-industri berbeza, khususnya industri berteknologi. Menurut maklum balas daripada para pempamer tahun lalu, mereka amat mengesyorkan pameran ini dengan kadar kepuasan melebihi 90%. Sebagai pameran sains dan teknologi yang terkemuka di China, CHTF menerima sokongan padu dan menarik perhatian yang memberansangkan daripada jabatan kerajaan, pempamer perniagaan dan rakan media dari dalam dan luar negara.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.chtf.com/