omniture

M1 dan VMware Bekerjasama Lancar Tawaran Awan untuk Syarikat Baharu Digital

Syarikat baharu dan SME dapat singkatkan tempoh inovasi ke pasaran dan dorong sasaran pertumbuhan dengan perkhidmatan awan baharu M1
VMware Inc.
2017-11-14 09:00 506

SINGAPURA, 14 November 2017 /PRNewswire/ -- M1 Limited (SGX: B2F) dan VMware Inc. (NYSE: VMW) hari ini mengumumkan satu tawaran awan baharu yang direka untuk memperkasa syarikat-syarikat baharu digital dan SME di Singapura. Ini akan membolehkan syarikat-syarikat tersebut membangukan dengan pesat produk berasaskan perisian dan mengembangkan perniagaan mereka tanpa perbelanjaan pendahuluan infrastruktur yang besar. M1 meningkatkan portfolio Pusat Data Tentuan Perisian (SDDC) generasi seterusnya, dikuasakan oleh program VMware Cloud Provider™ dengan sokongan bekas melalui Pivotal Container Service™ (PKS). Tawaran awan baharu ini memberikan akses kepada Kubernetes tahap-pengeluaran, dan kit instruman yang disokong secara natif, yang menawarkan pengaturan lebih pantas bagi beban kerja berbekas merentasi awan persendirian dan awam, membolehkan syarikat-syarikat baharu digital menginovasi dengan pantas dan memasarkan dengan lebih cepat, sambil menjimatkan pelaburan dalam infrastruktur di premis.

"Kami mendapat inspirasi daripada semangat keusahawanan syarikat-syarikat digital dari Singapura. Kami ingin membantu memajukan cita-cita pertumbuhan mereka dengan menawarkan mereka akses kepada instrumen tahap-perusahaan yang terbaik dalam kategori yang sukar mereka perolehi sendiri. M1 menawarkan suit bersepadu bagi perkhidmatan pengiraan, penyimpanan, perangkaian dan keselamatan atas permintaan melalui SDDC. Selain itu, ini akan ditambah dengan sokongan bekas natif dan kebolehoperasian awan, membolehkan syarikat-syarikat menginovasi menurut pengalaman pelanggan yang terbaik dalam kategorinya dan mencabar kebiasaan," kata Alex Tan, Ketua Pegawai Inovasi, M1.

Syarikat-syarikat baharu digital Singapura berhadapan dengan persaingan sengit bukan sahaja daripada kalangan rakan sejawat, tetapi juga daripada syarikat-syarikat gergasi yang tiba di persada Asia Tenggara. Pengalaman tempatan M1 yang luas serta penyelesaian awan VMware termaju, digandingkan dengan platform bekas terbuka Pivotal, akan memberikan syarikat-syarikat dengan kelebihan daya saing untuk bertindak balas terhadap peluang pasaran dan cabaran menerusi kepantasan, ketangkasan dan keluasan.

Syarikat-syarikat perusahaan dan syarikat-syarikat baharu digital daripada vertikal seperti peruncitan dan Makanan & Minuman (F&B), Teknologi Kewangan, hospitaliti dan pengangkutan kini dapat memperluas infrastruktur mereka yang mendapat permintaan dan memanfaatkan instrumen dan perkhidmatan perusahaan dengan mudah dan menjimatkan kos. SDDC M1 dapat mengurangkan beban pengurusan infrastruktur dan jumlah kos pemilikan IT, yang penting untuk syarikat-syarikat baharu digital dan SME beroperasi dengan sumber-sumber yang cekap.

"Infrastruktur awan ialah elemen penting dalam semua transformasi perniagaan, tanpa mengira saiz syarikat atau sektor. Syarikat-syarikat baharu memerlukan infrastruktur awan yang andal untuk bersaing dan menawarkan pengalaman pelanggan yang berbeza. Sebagai rakan kongsi penting SDDC generasi seterusnya M1, kami yakin rangkaian lengkap ini dan platform virtualisasi keselamatan akan menjadi infrastruktur penting bagi menyokong matlamat perniagaan pelanggan syarikat-syarikat baharu M1," kata Ron Goh, Presiden Asia Tenggara dan Korea, VMware.

Latar Belakang M1 Limited

M1 ialah syarikat komunikasi paling bersemangat dan dinamik di Singapura, menyediakan perkhidmatan mudah alih dan talian tetap kepada lebih 2 juta pelanggan. Sejak melancarkan perkhidmatan komersial pada tahun 1997, M1 menjadi perintis dalam banyak aspek, termasuk pengendali pertama yang menawarkan perkhidmatan 4G seluruh negara, selain perkhidmatan jalur lebar talian tetap berkelajuan ultra tinggi, perkhidmatan suara talian tetap dan lain-lain menerusi Rangkaian Jalur Lebar Negara Generasi Seterusnya (NGNBN). Menerusi tumpuan berterusan terhadap kualiti rangkaian, khidmat pelanggan, nilai dan inovasi, M1 menghubungkan orang ramai dan semua benda; pada bila-bila masa, di mana-mana jua. Untuk maklumat lanjut, layari www.m1.com.sg.

Latar Belakang VMware

VMware, peneraju global bagi infrastruktur awan dan mobiliti perniagaan, membantu para pelanggan merealisasikan sebarang kemungkinan dengan mempercepatkan usaha transformasi digital mereka. Dengan penyelesaian VMware, organisasi-organisasi dapat meningkatkan ketangkasan perniagaan dengan memodenkan pusat data dan menyepadukan awan awam, memacu inovasi dengan aplikasi moden, mewujudkan pengalaman luar biasa dengan memperkasa ruang kerja digital dan melindungi kepercayaan pelanggan dengan mengubah aspek keselamatan. Dengan perolehan tahun 2016 sebanyak $7.09 bilion, VMware beribu pejabat di Palo Alto, California dan mempunyai lebih 500,000 pelanggan serta 75,000 rakan kongsi seluruh dunia.

VMware, VMware Cloud dan VMware Cloud Provider ialah tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan VMware, Inc. di Amerika Syarikat dan kawasan-kawasan lain. Pivotal, Pivotal Container Service, PKS ialah tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan Pivotal Software, Inc. di Amerika Syarikat dan kawasan-kawasan lain.

Artikel ini mungkin mengandungi hiperpautan kepada laman sesawang bukan VMware yang diwujudkan dan diselenggarakan oleh pihak ketiga yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kandungan dalam laman sesawang berkenaan.  

Maklumat Perhubungan Media

Evelyn Goh
Pengurus Besar, Komunikasi Korporat, M1 Limited
Telefon: +65-8718-9908
Emel: gohgl@m1.com.sg

Mark Koh                                                                     
SEAK Communications, VMware                                   
Telefon: +65-9022-3938                                                  
Emel: mkoh@vmware.com

FleishmanHillard Singapore
Telefon: +65-6424-6366 / +65-6424-6379
Emel: sngvmware@fleishman.com                   

Source: VMware Inc.
Related Stocks:
NYSE:VMW OTC:MBOFY Singapore:B2F
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services