omniture

Chow Tai Fook, Shanghai Diamond Exchange sebagai Rakan Kongsi Utama Anugerah JNA 2018

JNA
2017-11-14 11:51 659

HONG KONG, 14 November 2017 / PRNewswire / - Chow Tai Fook Jewellery Group dan Shanghai Diamond Exchange (SDE) terus menjadi Rakan-rakan Kongsi Utama kebanggaan Anugerah JNA 2018 yang berprestij. Sementara itu KGK Group, Guangdong Gems & Jade Exchange dan Guangdong Land Holdings Limited (GDLAND) kembali sebagai Rakan Kongsi Kehormat untuk 2018.

Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini: http://www.prnasia.com/mnr/jna_20171026en.shtml

 

Anugerah JNA diiktiraf sebagai salah satu program anugerah yang paling dihormati dalam industri barang kemas. Upacara menandatangan pembaharuan perkongsian berlangsung pada majlis makan malam gala Anugerah di Hong Kong pada 14 September, yang dihadiri oleh lebih daripada 500 penggiat industri yang paling berpengaruh dan terkenal.

Pictured from left: Zhao Chunxiao, CEO of Guangdong Land Holdings Limited; Sanjay Kothari, Vice Chairman of KGK Group; Lin Qiang, President and Managing Director of the Shanghai Diamond Exchange; Wolfram Diener, Senior Vice President of UBM Asia; Letitia Chow, Chairperson of the JNA Awards, Founder of JNA and Director of Business Development – Jewellery Group at UBM Asia; Kent Wong, Managing Director of Chow Tai Fook Jewellery Group Ltd; and Jim Li, General Manager of Guangdong Gems & Jade Exchange
Pictured from left: Zhao Chunxiao, CEO of Guangdong Land Holdings Limited; Sanjay Kothari, Vice Chairman of KGK Group; Lin Qiang, President and Managing Director of the Shanghai Diamond Exchange; Wolfram Diener, Senior Vice President of UBM Asia; Letitia Chow, Chairperson of the JNA Awards, Founder of JNA and Director of Business Development – Jewellery Group at UBM Asia; Kent Wong, Managing Director of Chow Tai Fook Jewellery Group Ltd; and Jim Li, General Manager of Guangdong Gems & Jade Exchange

Letitia Chow, Pengerusi Anugerah JNA, Pengasas JNA dan Pengarah Pembangunan Perniagaan - Jewellery Group di UBM Asia, menambah, "Ia merupakan enam tahun yang sangat menggembirakan, bekerjasama dengan erat bersama Rakan Kongsi kami untuk mengembangkan Anugerah JNA menjadi salah satu daripada program anugerah yang paling penting dan diiktiraf dalam industri barang kemas global. Kami semua berkongsi komitmen yang teguh untuk meningkatkan taraf sektor yang telah membina asasnya berdasarkan keindahan, keunggulan dan kesucian."

"Anugerah JNA ialah platform yang mengiktiraf inovasi dan kecemerlangan dalam industri barang kemas. Sebagai perintis industri, Chow Tai Fook sangat berbangga untuk kekal sebagai Rakan Kongsi Utama bagi tahun ketujuh berturut-turut, dan berharap dapat bekerjasama dengan rakan kongsi yang berkongsi misi yang sama," kongsi Kent Wong, Pengarah Urusan Chow Tai Fook Jewellery Group.

Honourees marched in to the JNA Awards 2017 Gala Dinner with pride
Honourees marched in to the JNA Awards 2017 Gala Dinner with pride

"SDE berbesar hati sekali lagi dikaitkan dengan Anugerah JNA sebagai Rakan Kongsi Utama. Kami terus menyokong program berprestij ini sebagai pengiktirafan terhadap usaha yang tidak ternilai dalam memacu industri barang kemas ke hadapan. Anugerah JNA juga mencerminkan keinginan kami untuk merangkumi hal ini setiap hari - kecemerlangan merentasi semua aspek perniagaan kami," kata Lin Qiang, Presiden dan Pengarah Urusan SDE.

"KGK Group, yang terus menjadi Rakan Kongsi Kehormat bagi 2018, berbangga dengan perkaitannya dengan Anugerah JNA. KGK gembira untuk mengambil bahagian dengan aktif dalam inisiatif yang merangsang pertumbuhan industri dan mengilhamkan kreativiti," menurut Sanjay Kothari, Naib Pengerusi KGK Group.

The JNA Awards 2017 Ceremony and Gala Dinner, held on 14 September, was a success with 20 Recipients honoured across 11 categories
The JNA Awards 2017 Ceremony and Gala Dinner, held on 14 September, was a success with 20 Recipients honoured across 11 categories

Jim Li, Pengurus Besar Guangdong Gems & Jade Exchange, berkata, "Ia merupakan penghormatan buat kami untuk sekali lagi bekerjasama dengan Anugerah JNA dan menjadi peneraju perubahan positif yang berkesan dalam industri barang kemas. Kami berharap dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada industri barang kemas dan mewujudkan masa depan yang lebih cerah untuk perdagangan."

Zhao Chunxiao, Ketua Pegawai Eksekutif GDLAND, mengulas, "Ia ialah satu keistimewaan yang besar untuk GDLAND menjadi Rakan Kongsi Kehormat Anugerah JNA untuk tahun kelima berturut-turut. Kami berharap dapat meningkatkan pembangunan dan kemakmuran perdagangan barang kemas dan batu permata antarabangsa bersama-sama dengan Anugerah ini."

Most prestigious awards for the international jewellery and gemstone industry
Most prestigious awards for the international jewellery and gemstone industry

Majlis Anugerah JNA 2017 dan Makan Malam Gala, yang diadakan pada 14 September, merupakan satu kejayaan dengan 20 Penerima diberikan penghormatan menerusi 11 kategori.

Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.JNAawards.com/ atau hubungi:

Pemasaran Anugerah JNA
UBM Asia (Hong Kong
+852 2516-2184
marketing@jnaawards.com

 

 

Source: JNA
Related Links:
Keywords: Fashion Jewelry Mining/Metals Precious Metals