omniture

Profesor UMIT Uwe Siebert Terima Anugerah SMDM dan Dilantik Presiden SMDM

UMIT - The Health & Life Sciences University
2017-11-14 17:43 428

HALL IN TIROL, Austria, 14 November 2017 /PRNewswire/ -- Dalam Persidangan Persatuan Pembuatan Keputusan Perubatan (SMDM) Tahunan kali ke-39 di Pittsburgh, Pennsylvania, Profesor Uwe Siebert meraih Anugerah SMDM atas Perkhidmatan Cemerlang dan dilantik secara rasmi sebagai Presiden SMDM 2017-2018.

generated by system

generated by system

SMDM berusaha meningkatkan tahap kesihatan individu dan masyarakat melalui pendekatan yang sistematik dan bersepadu terhadap pembuatan keputusan klinikal dan formulasi dasar penjagaan kesihatan dengan menghubungkan dan mendidik penyelidik, penyedia, penggubal dasar dan juga orang awam.

Profesor John B. Wong (Tufts University, Boston), Pengerusi Jawatankuasa Anugerah, menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada Uwe Siebert bagi menghargai usaha-usaha luar biasa dan kepimpinan beliau dalam memajukan aktiviti-aktiviti saintifik dan pendidikan Persatuan.

Dalam ucapan penerimaan beliau, Profesor Siebert berkata: "Saya dengan rasa amat rendah diri dan berbesar hati menerima anugerah berprestij ini. Saya melihat anugerah ini juga sebagai pengiktirafan kepada banyak ahli-ahli persatuan yang telah mempengaruhi langkah perjalanan saya dan membantu saya membentuk penyelidikan saya dan juga usaha-usaha pendidikan."

Semasa persidangan yang sama, President Angie Fagerlin (University of Utah, Salt Lake City) yang akan menamatkan perkhidmatan menyerahkan tukul kayu SMDM yang simbolik kepada Uwe Siebert, ketika beliau menjadi Presiden SMDM ke-39.

Berucap tentang rancangan beliau untuk SMDM sepanjang tempoh kepimpinan beliau, beliau berkata: "Saya ingin menggabungkan kepakaran Persatuan kami dalam kaedah-kaedah penilaian analitik dan pembuatan keputusan yang dikongsi oleh pesakit bagi memudahkan usaha mengubah penyelidikan kami menjadi maklumat yang berguna untuk pesakit, penyedia dan penggubal dasar."

Untuk meneruskan matlamat SMDM selanjutnya bagi memupuk dan menggalakkan pertukaran antarabangsa dan sinergi antara para ilmuwan dalam bidang membuat keputusan penjagaan kesihatan dari negara-negara berbeza, beliau menambah: "Setelah menetap dan bekerja di Amerika Selatan, Afrika Barat, Eropah dan Amerika Utara, saya turut mendapati bahawa amat penting untuk memperluas usaha pendidikan sedia ada kami dengan membangunkan program-program pendidikan mudah alih dan berasaskan laman sesawang bagi mendekati dan bertemu mereka yang tidak berpeluang menghadiri persidangan kami dan belajar daripada pengalaman mereka."

Profesor Rektor UMIT Sabine Schindler menyatakan ucapan tahniah beliau: "Anugerah ini mengiktiraf sumbangan luar biasa Uwe Siebert terhadap sains keputusan kesihatan melalui penyelidikan, pengajaran dan perkhidmatan kepimpinan beliau. Kami berbangga kerana beliau akan berkhidmat sebagai Presiden SMDM dan meneruskan aktiviti-aktiviti antara bidang bagi menggalakkan proses membuat keputusan perubatan yang rasional dan berasaskan bukti."

Hubungi: Prof Universiti Dr. Uwe Siebert, MPH, MSc, Ketua Jabatan Kesihatan Awam, Penyelidikan Perkhidmatan Kesihatan dan HTA, public-health@umit.at, +4350-8648-673930

Source: UMIT - The Health & Life Sciences University
Keywords: Education Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Awards