omniture

Pameran Global Grad Show 2017 Buka Tirai di Dubai dengan 200 Prototaip Inovatif dari 43 Negara

Global Grad Show
2017-11-14 22:27 516

DUBAI, UAE, 14 November 2017 /PRNewswire/ -- Pameran Global Grad Show 2017 membuka tirainya di Dubai dengan 200 prototaip yang inovatif dari 43 negara berbeza. Tahun ini merupakan edisi ketiga bagi pameran tahunan yang terkenal ini melibatkan hasil ciptaan yang mengubah kehidupan daripada para siswazah universiti-universiti reka bentuk dan teknologi yang terkemuka di dunia. Dikuratorkan oleh penulis dan pereka tersohor, Brendan McGetrick, Global Grad Show mempamerkan 200 projek inovatif yang dipilih daripada lebih 470 penyertaan global. Pemilihan akan dipamerkan dalam Global Grad Show hingga 18 November 2017 sempena Minggu Reka Bentuk Dubai.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
https://www.multivu.com/players/uk/8222651-global-grad-show-exhibition-dubai/ 

Satu inisiatif bukan untung, Global Grad Show mengalu-alukan para siswazah daripada 92 universiti ke Dubai bagi mempamerkan prototaip berpandangan jauh bertemakan pemerkasaan, hubungan dan kelestarian. Para siswazah ini dating dari universiti-universiti seluruh dunia, termasuk institusi-institusi terkemuka seperti Design Academy Eindhoven (Belanda), Massachusetts Institute of Technology, (AS), Royal College of Art (UK), dan National University of Singapore. Selain itu, hasil ciptaan daripada pasaran-pasaran baru muncul yang jarang dilihat pada skala global turut dipamerkan, termasuk projek-projek daripada para pereka yang berpangkalan di Serbia, Uganda, Peru, Malaysia dan juga New Zealand.

McGetrick mengkuratorkan projek-projek ini menurut penafsiran peribadi beliau terhadap reka bentuk yang menekankan empat kategori: inovasi yang melangkaui teknologi dan wujud tanpa unsur kekayaan; kesaksamaan tanpa hierarki antara universiti-universiti, rantau dan pereka; rekaan sejagat yang terbuka untuk semua jenis projek; dan impak terhadap dunia secara keseluruhan melalui penyelesaian untuk beberapa masalah yang paling mendesak di dunia.

"Kami menganjurkan Global Grad Show bagi meraikan idea-idea yang hebat," jelas McGetrick. "Ia menampilkan projek-projek yang direka untuk terus memberi manfaat kepada usaha-usaha sosial dan alam sekitar. Dengan mempamerkan keratan lintang program-progam reka bentuk dari seluruh dunia, kami berusaha untuk menunjukkan sejauh mana minda paling cerdas membentuk masa depan. Kepelbagaian program menawarkan pandangan unik terhadap cara-cara yang dilakukan oleh para pereka dari tempat berbeza, dengan anggaran perbelanjaan berbeza, konteks budaya dan peralatan membangunkan penyelesaian terhadap masalah dan peluang pada masa kini."

Global Grad Show diadakan di Daerah Reka Bentuk Dubai (d3) dan bakal diumumkan, buat pertama kalinya tahun ini, Hadiah Kemajuan sulung, yang akan dianugerahkan untuk satu projek pameran. Prototaip yang berjaya akan dipilih oleh juri antarabangsa daripada bidang kewartawanan, reka bentuk, pembuatan, inovasi dan pelaburan serta menonjolkan keaslian idea, impak sosial, perkaitan antarabangsa dan kebolehlaksanaan.

     (Foto: http://mma.prnewswire.com/media/602583/2017_Global_Grad_Show.jpg )

Source: Global Grad Show
Keywords: Art Construction/Building Trade show news