SHENZHEN, China, 15 November 2017 /PRNewswire/ -- Majlis penutup untuk C Blue 2017, program sosial berasaskan latihan anjuran bersama China Merchants Port Holdings Company Ltd. ("CMPort") dan Shenzhen Polytechnic, diadakan di Shenzhen bertempat di CMPort Plaza pada 10 November, mengakhiri bulan persahabatan silang budaya yang membuahkan hasil yang mana golongan profesional perniagaan seluruh dunia dihimpunkan untuk satu tujuan yang sama.
Tujuan yang sama itu, menurut Pengarah Urusan CMPort, Bai Jingtao ialah satu usaha transformatif. "Saya percaya pengalaman latihan ini menawarkan lebih lagi berbanding pandangan berkaitan pelabuhan, penghantaran atau zon bebas perdagangan," kata Dr. Bai dalam satu ucapan tatkala beliau menyertai 28 pelatih dari 13 negara, yang menyertai program ini. "Lebih utama, ia menyediakan platform pembelajaran yang membolehkan pertukaran idea dan perkongsian ilmu pengetahuan."
Sebuah syarikat dagangan awam sejak tahun 1992, CMPort kekal sebagai pengendali pelabuhan awam terbesar di China, yang pernah mengendalikan jumlah kontena tahunan mencecah 95.77 juta TEU pada tahun 2016. Dalam usaha mencapai misi yang diumumkan kepada orang awam untuk menjadi "penyedia perkhidmatan pelabuhan komprehensif yang utama di dunia", syarikat milik kerajaan ini komited untuk mengukuhkan status antarabangsanya.
C Blue, yang mana judulnya mendapat ilham daripada frasa Cina untuk "membentuk impian biru kita", bermatlamat untuk "menawarkan negara-negara asing dengan persekitaran, sumber dan platform yang mereka perlukan untuk memupuk bakat kepimpinan utama," seperti yang dicadangkan oleh bahan promosi program. Dalam majlis penutupnya Jumaat lalu, beberapa peserta melaporkan ketika ditemu ramah bahawa program ini benar-benar menepati janjinya.
"Untuk melihat sebuah negara yang besar mencapai pertumbuhan yang begitu pesat adalah suatu yang mengujakan," kata Kristina Gontier, yang bertugas untuk Kementerian Pengangkutan Lithuania, sewaktu beliau menamatkan latihan.
Sepanjang program C Blue yang berlangsung selama empat minggu itu, para pelatih berpeluang menikmati pengalaman pembelajaran komprehensif, yang menggabungkan teori dan amali. Ceramah perniagaan disampaikan oleh pakar-pakar daripada pelbagai bidang seperti Operasi Pelabuhan, Logistik dan Pembangunan Zon Perdagangan Bebas, disertai dengan lawatan lapangan yang pelbagai dan aktif demi meningkatkan atribut para peserta sebagai pakar industri dan pembuat keputusan umum.
Apabila ditanyakan sama ada perjalanan beliau ke China dapat membantu perkembangan beliau sebagai ahli profesional perniagaan, Zawadia J. Nanyaro, ketua eksekutif firma khidmat runding Tanzania, Lilac Lines Ltd., memuji C Blue kerana dapat mengukuhkan kepercayaan beliau terhadap pelan tindakan negara asal beliau untuk menjadi sebuah negara industri."
"Tanzania kini beralih daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada ekonomi perindustrian dan sejak lima tahun lalu, negara saya memutuskan untuk mengikut inisiatif yang dilaksanakan oleh China demi mencapai matlamat yang sama," kata Cik Nanyaro, juga merupakan rakan kongsi entiti saudara firma tersebut, Lilac Associates. "Kami melaksanakan konsep 'Bandar-Taman-Pelabuhan' China Merchants dan sudahpun mempunyai rancangan induk; Setelah melihat sendiri kuasa transformatif modal khusus ini dan berbincang dengan mereka yang mencetuskan idea ini, saya kini sedia menyokong negara saya untuk melaksanakan visi yang sama."
China Merchants Group, syarikat induk CMPort, melihat tanggungjawab sosial korporat sebagai bahagian penting dalam misi dan strategi perniagaannya. Pada tahun 2009, Syarikat ini menubuhkan Yayasan Amal China Merchants, subsidiari yang menaja C Blue, bagi membiayai dan membangunkan projek-projek sosial luar negara. Ketika ia menyambut ulang tahun ke-145, konglomerat berusia seabad ini pastinya akan berusaha untuk meneruskan kejayaan cemerlang C Blue.
Edisi program serba baharu dijadual kembali pada musim luruh akan datang.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171113/1990695-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171113/1990695-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171113/1990695-1-c