omniture

Makeblock Menang Anugerah Inovasi CES 2018

Makeblock
2017-11-15 03:47 687

NEW YORK, 15 November 2017 /PRNewswire/ -- Makeblock, penyedia penyelesaian pendidikan STEM yang meneraju, mengumumkan ia telah memenangi Anugerah Inovasi CES 2018 untuk Makeblock Neuron. Ini adalah kali kelima Makeblock Neuron memenangi anugerah produk berprestij peringkat antarabangsa, menandakan pengiktirafan serata dunia akan keupayaan inovasi cemerlang Makeblock.   

Makeblock Neuron Penerima Anugerah Inovasi CES 2018
Makeblock Neuron Penerima Anugerah Inovasi CES 2018

Penerima Anugerah Inovasi CES dalam kategori "Teknologi untuk Dunia Lebih Baik" Makeblock Neuron ialah sebuah platform pembinaan blok elektronik yang boleh diprogramkan untuk pendidikan STEM. Ia memiliki lebih daripada 30 jenis blok dengan fungsi berlainan: kuasa, komunikasi, sensor, panel LED, motor, dll.; pengguna boleh mencantumkan blok dengan cepat menggunakan Pogo Pin bagi menghasilkan ciptaan di luar kebiasaan.

Produk ini memiliki ciri-ciri inovatif dan teknologi canggih – Alat-alat termasuk Pemberi Makan IoT, Set Berkebun Virtual dan Pintu Pintar boleh dibina, memberi pengguna keseronokan tatkala memainkan peranan berguna dalam hidup mereka.

"Ia merupakan satu penghargaan besar untuk dinamakan sebagai penerima Anugerah Inovasi CES oleh CTA," kata pengasas dan Ketua Eksekutif Operasi Makeblock, Jasen Wang. "Makeblock sentiasa berbangga dengan usaha-usahanya untuk mencipta produk inovatif terbaik bagi memimpin pendidikan pada masa hadapan. Kami melihat pengiktirafan ini sebagai peningkatan keupayaan R&D maju Makeblock, dan sebagai pengesahan bagi  produk-produk 'Rekaan China'."

Selain daripada mempamerkan Makeblock Neuron di "Pameran Anugerah Inovasi" CES 2018, Makeblock akan mempamerkan produk pendidikan STEMnya yang sangat pelbagai termasuk Makeblock Neuron di CES 2018 yang akan berlangsung pada 9-12 Januari 2018 di Las Vegas, Nevada.

Sebelum Anugerah Inovasi CES, Makeblock Neuron telah memenangi 4 anugerah reka cipta industri yang diiktiraf di peringkat antarabangsa--Anugerah Reka Cipta Produk Red Dot Jerman, Anugerah Emas IDEA Amerika, Anugerah Emas Rekacipta-K Korea dan Anugerah G-Mark Jepun, menerima penghormatan dalam industri teknologi. Kit Inovator Makeblock Neuron akan berada dalam pasaran global menjelang akhir November, 2017.

Latar Belakang Makeblock

Makeblock Co., Ltd, diasaskan pada tahun 2013, merupakan pemimpin dalam penyedia penyelesaian pendidikan STEM. Makeblock menawarkan kit robot yang boleh diprogramkan dengan mudah, platform pembinaan blok elektronik, platform pembinaan robot DIY, aplikasi pengaturcaraan grafik dan kursus-kursus untuk memberi inspirasi kepada kanak-kanak hari ini menyungkil potensi dan kreativiti demi hari esok yang lebih baik. Sehingga hari ini, produk Makeblock telah digunakan secara meluas di bilik-bilik darjah dan di rumah-rumah di lebih 140 buah negara dan wilayah global.

Untuk maklumat lanjut, ikuti @Makeblock di Twitter, Facebook atau http://www.makeblock.com.

 

Source: Makeblock
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Education Toys Awards Trade show news