omniture

Bloomberg BNEF Tempatkan LONGi Solar No.2 di Dunia dari Segi Kesihatan Kewangan

LONGi Solar
2017-11-15 03:38 528

BEIJING, 15 November 2017 /PRNewswire/ --  Bloomberg New Energy Finance ialah penyedia terkemuka dinamik perniagaan dan maklumat kewangan PV global. Sistem Pemeringkatan Pembuat Modul PV menjadi asas penting bagi penggiat industri PV global membuat keputusan. Dua daripada kriteria penilaian terpenting ialah "kebolehterimaan bank" dan "kesihatan kewangan".

Menurut laporan penarafan suku kedua 2017, LONGi Solar, yang hanya memasuki pasaran modul dua tahun lalu, kini diletakkan dalam senarai "10 jenama global teratas modul PV yang digunakan dalam projek-projek paling tinggi pembiayaan hutang"; dan kesihatan kewangannya adalah No. 2 di dunia dan No. 1 di China dalam kalangan pembuat modul PV.

- LONGi Solar Antara 10 Jenama Global Teratas Modul PV dari Segi Kebolehterimaan Bank

"Kebolehterimaan Bank" merujuk kepada sama ada projek-projek yang menggunakan hasil solar berkemungkinan akan ditawarkan pembiayaan hutang tanpa rekursa oleh pihak bank.

Berdasarkan projek-projek tamat yang dikesan melalui pangkalan datanya, termasuk 5,300 projek PV dalam tempoh dua tahun lepas, Bloomberg New Energy Finance telah membuat pemeringkatan jenama berdasarkan pembiayaan hutang bagi pembuat modul "Tahap 1" global, dan LONGi Solar termasuk dalam 10 TERATAS (berdasarkan projek-projek selepas Jun 2015) dengan cemerlang.

- Kesihatan Kewangan - No.2 di Dunia, No.1 di China

Bloomberg BNEF Tempatkan LONGi Solar No.2 di Dunia dari Segi Kesihatan Kewangan
Bloomberg BNEF Tempatkan LONGi Solar No.2 di Dunia dari Segi Kesihatan Kewangan

Skor Altman-Z ialah penunjuk nisbah yang mencerminkan kesihatan kewangan pengeluar, yang dapat mengagak kemungkinan kebankrapan syarikat dalam tempoh dua tahun dengan berkesan. Skor Z> 2.6 menunjukkan bahawa perusahaan berada dalam kawasan selamat, 1.1<Z<2.6 menunjukkan ketidakpastian dan Z<1.1 menunjukkan kawasan berbahaya.

Hasil laporan Bloomberg menunjukkan pada suku kedua 2017 hanya tiga syarikat modul berada dalam "kawasan selamat", dan LONGi Solar adalah satu-satunya pengeluar modul China, yang menunjukkan kesihatan kewangan yang cemerlang.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171113/1984207-1

 

Source: LONGi Solar
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards