omniture

Alpinion Medical Systems Perkenal Sistem Diagnostik Ultrabunyi Baharu, E-CUBE 8

Alpinion Medical Systems
2017-11-15 09:00 539

E-CUBE 8 ialah penyelesaian terpintar untuk amalan harian anda.

SEOUL, Korea Selatan, 15 November 2017 /PRNewswire/ -- Salah satu pengeluar peralatan perubatan global Korea Selatan, Alpinion Medical Systems memperkenalkan E-CUBE 8 baharunya, tambahan terkini dan terakhir dalam rangkaian E-CUBE. E-CUBE 8 ialah produk pintar dan andal yang menjamin prestasi tinggi dengan kualiti imej luar biasa serta kebolehgunaan yang serbaguna yang dapat meningkatkan tahap produktiviti para doktor.

E-CUBE 8: Kepintaran untuk amalan harian anda
E-CUBE 8: Kepintaran untuk amalan harian anda

E-CUBE 8 menggunakan platform gred model yang utama bagi menyediakan resolusi, kontras dan keseragaman yang bertambah baik pada imej-imej 2D dan menerusi penambahan Pendenyut berkembar, data Doppler yang jelas dan tepat boleh dipaparkan tanpa menjejaskan kualiti imej 2D.

E-CUBE 8 turut didatangkan dengan pemindah arus tatasusunan cembung dan berfasa yang baru dibangunkan daripada teknologi PowerView™. Teknologi PowerView™ menyebarkan haba yang terhasil dan meningkatkan tahap kecekapan gelombang ultrasonik.

E-CUBE 8, dengan reka bentuk dan aliran kerja ergonomik, membolehkan golongan profesional penjagaan kesihatan dan pesakit memperoleh pengalaman individu yang positif. Bagi pengalaman sedemikian, monitor LED HD penuh 21.5-inci dan reka bentuk UI yang intuitif berserta skrin sentuh kapasitif 10.4-inci yang amat sensitif disertakan bersama. Kunci panel kawalan dan papan kekunci diatur dengan cara yang paling cekap dan intuitif bagi mengurangkan tugasan yang tidak diperlukan dan memendekkan tempoh pemeriksaan.

E-CUBE 8 menggunakan perkakas berkualiti tinggi dengan SSD, meningkatkan kestabilan penggunaan dan masa boot yang pantas menjadikan persediaan pemeriksaan lebih pantas. Gabungan antara reka bentuk luaran yang padat dengan bateri yang dipasang menjadikan E-CUBE 8 lebih mudah diangkut tanpa mengalami masalah sekatan ruang. Pemanas gel dengan 3 langkah kawalan suhu disediakan sebagai pilihan, bagi membantu meningkatkan keselesaan pesakit.

Sistem ini menawarkan ciri-ciri untuk menghasilkan visualisasi yang dipertingkat dan analisis pintar, menjadikannya sistem serbaguna yang dapat dimanfaatkan dalam bidang kepakaran yang memerlukan pengimejan ultrabunyi. Teknologi 3D/4D diperkukuh oleh Volume Advance™, ciri-ciri yang lebih canggih untuk mengendalikan data volum: Free Angle MSV, AnySlice™, dan Volume Analysis. Maklumat klinikal bagi data volum boleh disampaikan dengan lebih tepat dan terperinci. Needle Vision™ Plus juga berguna untuk menunjukkan jarum dengan lebih jelas dengan menyelaraskan sudut alur dalam tiga langkah semasa prosedur berpandukan ultrabunyi.

Menerusi platform dan ciri-ciri berkualiti tinggi berkenaan, E-CUBE 8 dijangka memulakan era baharu untuk sistem ultrabunyi jarak sederhana dengan menawarkan tahap kecekapan dan produktiviti serba baharu.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171019/1970216-1

Source: Alpinion Medical Systems
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment New products/services