omniture

Cepsa Analisis Trend Dunia dan Model Sosioekonomi dalam Peta Tenaga 2030

Cepsa
2017-11-15 13:19 487

ABU DHABI, UAE, 15 November 2017 /PRNewswire/ -- Tinjauan Tenaga Cepsa 2030 ialah satu hasil penyelidikan yang memperlihatkan rupa bentuk campuran tenaga menjelang tahun 2030. Dokumen ini menjawab persoalan-persoalan seperti negara dan teknologi yang akan memenuhi permintaan bahan api, impak pengukuran kecekapan tenaga yang bakal ditunjukkan atau sejauh mana mobiliti akan berkembang berbanding pemilikan kereta persendirian.

generated by system

Untuk menjalankan kajian ini dari perspektif tenaga, Cepsa menghimpunkan wilayah-wilayah menurut cara tersendiri ke dalam tiga kategori yang mencakupi subjek-subjek seperti pengawalseliaan, pengeluaran dan penggunaan tenaga. Hasilnya ialah pengelompokan Pengawal Selia, Pentenaga dan Pengguna; dan kajian menunjukkan sejauh mana pembangunan mereka akan menjadi elemen utama dalam membentuk peta tenaga masa depan.

Pengawal Selia termasuk semua negara OECD (selain Mexico) yang terdedah kepada pasaran tenaga terkawal dan lokasi yang mana permintaan tenaga diramal rendah berbanding kawasan-kawasan lain. Pentenaga mewakili negara-negara utama dalam eksport tenaga, yang terdiri daripada Amerika Latin, Afrika, Timur Tengah dan bekas Republik Soviet. Akhir sekali, Pengguna terdiri daripada negara-negara Asia, disebabkan oleh penggunaan tenaga tinggi yang bakal dilihat pada masa depan.

Peta tenaga untuk 2030  

Menurut Tinjauan Tenaga Cepsa 2030, kereta elektrik akan terus menjadi lebih berdaya saing dan menguasai bahagian pasaran yang lebih besar, meskipun sekiranya enjin pembakaran akan terus mendominasi dengan bahagian pasaran sebanyak 85%.

Begitu juga permintaan dunia terhadap minyak akan meningkat sebanyak 10%, namun akan berkembang pada kadar lebih perlahan disebabkan oleh peningkatan kecekapan bahan api dan penggabungan sumber tenaga lain dalam campuran tersebut. Permintaan dilihat meningkat berikutan peningkatan ramalan khususnya dalam kelas pertengahan Asia.

Sementara itu, tenaga boleh diperbaharui akan menyumbang lebih separuh daripada peningkatan tenaga elektrik yang akan dijana sepanjang 15 tahun akan datang, satu pertumbuhan di luar jangkaan, yang didorong oleh peningkatan tenaga solar dan angin. Gas asli akan menguasai kedudukan kedua bagi percampuran tersebut, namun hanya akan melihat peningkatan bahagian pasaran sebanyak 1% dalam penjanaan elektrik dunia memandangkan pertumbuhannya akan disekat oleh pertumbuhan tenaga boleh diperbaharui.

Campuran tenaga dunia pada tahun 2030 akan terus dikuasai oleh minyak, gas dan arang batu, meskipun tenaga boleh diperbaharui akan mendominasi bahagian pasaran yang agak besar.

Laporan juga menunjukkan negara-negara seperti China dan India, berserta negara-negara Asia yang lain, akan menerajui permintaan tenaga, melebihi 1,770 tan bahan mentah yang setara.

Untuk maklumat lanjut: http://www.cepsaenergyoutlook.com

Maklumat Perhubungan Media: Cepsa - Komunikasi, comunicacion@cepsa.com, +34-91-337-62-02/60-00

Source: Cepsa
Keywords: Oil/Energy Utilities Survey, Polls & Research