omniture

Program Perantis XCMG Musim 3 Cari Ketua Pegawai Eksekutif Masa Depan

XCMG
2017-11-15 18:49 385

XUZHOU, China, 15 November 2017 /PRNewswire/ -- Ekoran kejayaan besar bagi dua edisi pertama, program Perantis XCMG kini kembali untuk satu lagi musim dengan tema baharu, "Ketua Pegawai Eksekutif Satu Minggu" bermula pada 4 hingga 11 Disember di Xuzhou, China. Permohonan kini dibuka untuk orang ramai seluruh dunia yang ingin mengalami bagaimana rasanya berada dalam pengeluar jentera pembinaan yang terkemuka di dunia, menonjolkan kemahiran kepimpinan mereka dan meningkatkan pembangunan profesional mereka.

Lima pemenang akan diumumkan pada 28 November, dengan setiap pemenang ditawarkan kunjungan percuma ke ibu pejabat XCMG untuk mempelajari tentang kejayaan XCMG dan bagaimana syarikat beroperasi.

Dilancarkan pada Januari 2016, pertandingan Perantis XCMG menawarkan pemohon-pemohon yang berjaya dengan peluang untuk menyertai dalam program imersif selama seminggu yang membolehkan mereka mempelajari tentang XCMG dan teknologi-teknologi inovatifnya, di samping menggalakkan pertukaran perniagaan dan budaya antara industri jentera pembinaan Cina dan seluruh pelosok dunia.

XCMG menerima lebih 10,000 permohonan dari 54 negara dan wilayah bagi musim kedua program Perantis XCMG pada Disember 2016. Lima pemenang bertuah mengikuti mentor mereka dalam satu perjalanan tersuai di seluruh syarikat, mengunjungi bangunan kilang tergabung yang paling besar di dunia, makmal getaran dan hingar terbesar di Asia, stesen pangkalan kimpalan terbesar dan paling automatik, serta barisan pemasangan kren super tan linear yang pertama di dunia.

Memandangkan dua musim terdahulu lebih menumpu pada pembuatan pintar dan pengendalian guna tangan, musim ketiga akan menekankan kepada pembangunan kepimpinan dan profesional, apabila para perantis akan mengikuti Wang Min, pengerusi dan presiden XCMG, selama seminggu.  

"Kami berharap projek 'Ketua Pegawai Eksekutif Satu Minggu' akan menyediakan para perantis dengan pengetahuan tentang pengendalian harian di XCMG dan menggalakkan mereka untuk menjadi pemimpin dalam bidang ini. Para pemenang akan membuktikan mereka mempunyai potensi hebat dalam industri jentera pembinaan dan kami berbangga untuk meluaskan pengalaman mereka dan memperkenalkan budaya pengilangan Cina dan semangat XCMG kepada mereka," kata Wang.

Untuk memohon, sila layari https://www.xcmgapprentices3.com/. Perekrutan dalam talian berakhir pada 27 November.

Latar Belakang XCMG

XCMG ialah sebuah syarikat pembuatan jentera berat multinasional dengan sejarah selama 74 tahun. Syarikat kini berada di kedudukan kesembilan dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat ini juga mengeksport ke lebih 177 negara dan rantau di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.xcmg.com, atau halaman XCMG melalui FacebookTwitterYouTubeLinkedIn dan Instagram.

Source: XCMG
Related Links:
Keywords: Auto Banking/Financial Service Transportation Personnel announcements