omniture

Cainiao dan 4PX adakan pembukaan besar-besaran Taman Logistik Pintar Antarabangsa - Terajui masa hadapan baharu logistik

4PX
2017-11-15 19:08 635

SHENZHEN, China, 15 November 2017 /PRNewswire/ -- Cainiao dan 4PX bersama-sama mengadakan pembukaan besar-besaran Taman Logistik Pintar Antarangsa baharu mereka di Dongguan, wilayah Guangdong. Tujuan utama taman logistik ini adalah sebagai pusat penggabungan seluruh negara bagi perniagaan-perniagaan antarabangsa Aliexpress Alibaba dan Taobao/Tmall, dan direka untuk mengendalikan truput tahunan sebanyak 100,000 tan bungkusan, menyokong lebih daripada 500 bilion RMB jualan tahunan perdagangan elektronik rentas sempadan, menyediakan khidmat kepada berjuta-juta pembeli luar negara, ratusan ribu penjual domestik, serta merupakan sebahagian penting daripada usaha 4PX untuk mengoptimumkan rantaian bekalan dan meningkatkan keupayaan pemenuhan keperluan global. Taman logistik ini telah dilancarkan tepat pada masanya untuk mengendalikan lonjakan besar isi padu pada 11.11, pesta membeli-belah sempena hari si bujang di China.

Acara pembukaan Taman Logistik Pintar Antarabangsa Cainiao & 4PX
Acara pembukaan Taman Logistik Pintar Antarabangsa Cainiao & 4PX

Taman Logistik Pintar Antarabangsa Cainiao dan 4PX meliputi kawasan seluas 21,000 meter persegi, dan kini menjadi pusat pemprosesan bungkusan perdagangan elektronik rentas sempadan terbesar dan terpintar di China. Dibina oleh Cainiao dan 4PX, ia termasuk barisan penimbangan dan pengisihan automatik, barisan konveyor teleskopik, dan barisan penyatuan, antara peralatan yang lain. Sistem teras kemudahan logistik pintar ini telah dibina secara dalaman oleh pasukan 4PX terdiri daripada 300 profesional IT, berasaskan pengalaman bertahun-tahun dalam penyelidikan bebas dan pembangunan logistik, tidak hanya menyediakan pengendalian berkesan dan stabil untuk keseluruhan taman ini, tetapi juga menambah baik waktu penghantaran dan pengalaman pengguna.

4PX Memimpin Masa Hadapan Logistik E-dagang Rentas Sempadan

Sebagai salah satu penyedia logistik terbesar untuk import dan eksport e-dagang rentas sempadan di China, 4PX mencari jalan meneruskan inovasi tatkala ia berkembang di persada global. Bermula dengan pengembangan kemudahan pemenuhan antarabangsa yang bersungguh-sungguh, pembukaan Taman Logistik Pintar Antarabangsa Cainiao dan 4PX, penyewaan khas pesawat berskala besar, hinggalah kepada pembangunan global rangkaian penyampaian batuan terakhir "Grid 4PX", 4PX mempercepatkan rangkaian pemenuhan keperluan pesanan global dan rangkaian penyampaian batuan terakhir secara berterusan untuk mengembangkan lagi perniagaan-perniagaan rentas sempadan C2G (China ke Global), G2C (Global ke China) dan G2G (Global ke Global) miliknya. 4PX berusaha untuk mencipta rangkaian logistik global yang lebih pintar bukan hanya untuk e-dagang rentas sempadan China, tetapi juga e-dagang global dengan menyediakan daya saing yang terunggul dan memimpin masa hadapan logistik e-dagang rentas sempadan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171113/1990792-1

Source: 4PX
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology Transportation Corporate Expansion