omniture

MTS Umum Keputusan Kewangan Suku Ketiga Berakhir 30 September 2017

Mobile TeleSystems
2017-11-15 22:19 427

MOSCOW, 15 November 2017 /PRNewswire/ --

MTS PJSC ("MTS" - NYSE: MBT; MOEX: MTSS), penyedia telekomunikasi yang terkemuka di Rusia dan CIS, hari ini mengumumkan keputusan kewangan IFRS tidak diaudit bagi tiga bulan berakhir pada 30 September 2017.

Andrei Dubovskov, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, mengulas tentang keputusan tersebut:

"Kami berbesar hati melaporkan satu lagi set keputusan kukuh untuk MTS. Bagi tempoh ini, pendapatan Syarikat meningkat 2.1% berbanding tahun sebelumnya kepada RUB 114.6 bilion memandangkan peningkatan yang berterusan dalam perniagaan dan sentimen pengguna membolehkan kami menjana keuntungan daripada pertumbuhan mantap penggunaan suara dan data di Rusia biarpun terdapat sedikit penurunan dari segi bilangan pelanggan berbanding tahun sebelumnya. Kami dapat menyaksikan sumbangan positif daripada subsidiari Ukraine kami, yang mana kadar pertumbuhan turut didorong oleh peningkatan penggunaan data. Pertumbuhan kukuh kami dalam keuntungan diperoleh daripada peningkatan penggunaan produk data bernilai lebih tinggi di Rusia, termasuk peningkatan aktiviti perayauan antarabangsa, selain usaha kami untuk mengoptimumkan operasi peruncitan. Bagi tempoh ini, kami menyedari terdapatnya keuntungan daripada pengurangan kecil dalam outlet runcit, bermula pada awal tahun, selain sedikit pengurangan bagi jualan kad SIM."

Kami bergiat aktif dalam industri digital dengan berkembang ke dalam bidang-bidang yang dapat melengkapi tawaran utama kami. Kami memperoleh LiteBox, penyedia dinamik bagi perkhidmatan daftar tunai dalam talian, bagi meningkatkan ekosistem pembayaran kami dan memperluas platform B2B untuk peniaga dan pelanggan perniagaan yang lain. Kami turut memperoleh kepentingan dalam Sistema Capital Management bagi mempelbagaikan portfolio perkhidmatan kewangan kami. Kami melancarkan produk Data-Besar-sebagai-Perkhidmatan (BDaaS), melancarkan aplikasi baharu, MTS Taxi dan meningkatkan tawaran perkhidmatan TV interaktif kami dengan matlamat untuk menyediakan pelanggan dengan perkhidmatan yang lebih luas dan lebih baik. Kami turut menandatangani satu perjanjian penting bersama Ericsson untuk mempersiapkan rangkaian MTS dengan perkhidmatan 5G dalam beberapa tahun akan datang.

Melihatkan prestasi 9M kami yang kukuh, kami berpendapat bahawa kami dapat meminda panduan kami bagi menonjolkan kedudukan pasaran kami yang semakin bertambah baik. Bagi Pendapatan Kumpulan, kami mengecilkan gambaran pertumbuhan daripada -2/+2% kepada pertumbuhan sebanyak 0/+2%. Bagi OIBDA Terlaras, kami yakin bahawa kami dapat meningkatkan panduan daripada >4% kepada >5% meskipun adanya pembangunan di Turkmenistan, yang memberi impak negatif kepada pendapatan Kumpulan dan OIBDA Terlaras."

Teks lengkap siaran akhbar boleh didapati daripada laman sesawang Syarikat http://www.mtsgsm.com/resources/reports/

Hubungi: Joshua B. Tulgan, Pengarah, Kewangan Korporat & Perhubungan Pelabur, Mobile TeleSystems PJSC, Tel: +7-495-223-2025, E-mel: ir@mts.ru

Source: Mobile TeleSystems
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Earnings