omniture

Hisense Beli Perniagaan Televisyen Toshiba

Hisense
2017-11-16 00:16 1440

TOKYO, 16 November 2017 /PRNewswire/ -- Hisense Electric Co., Ltd, sebuah anak syarikat senaraian awam Hisense Group, mengumumkan pembelian pengeluaran TV Toshiba, jenama, R&D & perkhidmatan operasinya pada 14 November 2017.

Hisense Beli Perniagaan Televisyen Toshiba
Hisense Beli Perniagaan Televisyen Toshiba

Dengan sejarah berharga selama 142 tahun, Toshiba memiliki teknologi paparan terkemuka di Jepun dengan jenamanya mendapat pengiktirafan tinggi dalam senarai jenama teknologi global antarabangsa.

Hisense akan membeli syer saham Toshiba Visual Solutions Corporation ("TVS"), sebuah anak syarikat milik penuh Toshiba Corporation pada harga 12.9 bilion Yen Jepun dengan Toshiba mengekalkan 5% pegangan syer. Hisense akan mengambil alih perniagaan-perniagaan TVS termasuk pengeluaran, penyelidikan dan pembangunan, dan fungsi jualan serta lesen bagi menggunakan jenama Toshiba selama tempoh 40 tahun untuk rakan kongsi penyelesaian visual yang beroperasi di Eropah, Asia Tenggara dan pasaran lain.

TVS beroperasi terutamanya dalam produk TV dan sampingan yang pelbagai, termasuk produk paparan komersial dan iklan. Pembelian TVS juga termasuk pemerolehan dua buah kilang di Jepun dan ratusan pekerja R&D Toshiba yang berbakat serta portfolio penting IP berkaitan paten perniagaan teknologi TV untuk kualiti imej dan akustik.

En. Liu Hongxin, Ketua Pegawai Eksekutif Hisense Group, berkata bahawa Hisense akan mengoptimumkan sumber-sumber TVS pada R&D, rantaian bekalan atau saluran jualan global, saling bekerjasama serta saling menyokong dalam teknologi paparan, menyediakan perkhidmatan operasi kandungan yang kompetitif bagi TV pintar untuk pasaran global dan mencapai pertumbuhan pesat dalam pasaran Jepun.

Menurut IHS, jualan TV Toshiba berada pada tangga ketiga dalam pasaran Jepun pada tahun 2016 dengan bahagian pasaran TV Hisense di Jepun adalah yang tertinggi antara semua jenama bukan Jepun. Secara kolektif, bahagian pasaran kumulatif kedua-dua jenama mencapai lebih daripada 20% sejak transaksi ini. Perniagaan TV Hisense pada tahun 2016 berada pada tangga ketiga di dunia (IHS) dan berada di kedudukan pertama dalam bahagian pasaran di China selama 13 tahun berturut-turut.

Sebagai Penaja Rasmi Televisyen untuk Piala Dunia FIFA Rusia 2018, Hisense bersedia untuk terus mengembang dan melaksanakan visi dan strategi jenama globalnya. Dengan manfaat pengambilalihan ini, Hisense akan membangun dan membesarkan strategi antarabangsa perniagaan TV dalam R&D, penjenamaan dan pemasaran dengan beroperasi di bawah pelbagai jenama. Kerjasama antara Hisense dan Toshiba akan memacu perubahan ke arah lembaran baharu dalam perniagaan TV.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171114/1992120-1

Source: Hisense
Related Stocks:
HongKong:0921 Shanghai:600060 Shenzhen:000921
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Household Products Household/Consumer/Cosmetics Television Acquisitions, mergers, takeovers