omniture

Trinidad La Trova, Persembahan Dunia Habanos S.A. di Asia Pasifik

HABANOS SA
2017-11-16 01:54 779

HAVANA, Cuba, 16 November 2017 /PRNewswire/ --

  • Habanos, S.A. perkenal keluaran baharu ini bersama-sama The Pacific Cigar Co. LTD., pengedar eksklusifnya di Asia Pasifik
  • Produk ini, direka eksklusif untuk kedai "La Casa del Habano", dipamerkan secara serentak di 8 syarikat runcit di beberapa bandar di rantau Asia Pasifik.  

Habanos, S.A bersama-sama pengedar eksklusif Asia Pasifiknya, "The Pacific Cigar Co, LTD" melancarkan Trinidad La Trova (52 tolok gelang x 166mm panjang), pengeluaran yang inovatif dan eksklusif direka khusus untuk jaringan kedai pakar "La Casa del Habano".

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8223951-trinidad-la-trova-habanos-presentation/

Trinidad La Trova (52 tolok gelang x 166mm panjang), dibuat "Totalmente a Mano con Tripa Larga" - Buatan Tangan Sepenuhnya dengan Pengisi Panjang - dan daunnya dipilih khas dari rantau Vuelta Abajo* di Pinar del Río*, Cuba*, kawasan tanah terbaik di dunia untuk menanam tembakau. Bagi mengeluarkan produk ini, pakar torcedor Cubapenggulung cerut- bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk menghasilkan cerut yang teliti dan halus buatannya, yang dapat memenuhi jangkaan perokok Habanos yang paling arif dan mendesak.

Trinidad ialah jenama yang memberi penghormatan kepada bandar Santísima Trinidad, satu tempat unik yang terletak di bahagian pantai selatan Cuba, diisytiharkan sebagai tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Jenama ini tersedia untuk para perokok seluruh dunia pada tahun 1998, sentiasa dalam kuantiti yang amat sedikit. Tidak lama kemudian, Trinidad mengubah imej jenamanya bagi memodenkan dan menyelaraskannya menurut kualiti luar biasa Habanos. Hari ini, cerut premium in dihasilkan di Kilang Francisco Donatién di Pinar del Río*.

Keluaran baharu ini ialah vitola yang belum pernah terhasil untuk jenama tersebut ("Cañonazo Especial"), yang sebelum ini hanya digunakan dalam Edisi Terhad 2011, Cohiba 1966. Menerusi persembahan dunia ini, jenama Trinidad akan terus menunjukkan komitmen jelas bagi mengukuhkan rangkaian tolok gelang berat Habanos, berserta dua tawaran yang lain, Trinidad Vigía (54 tolok gelang x 110 mm panjang) dan Trinidad Topes Edición Limitada 2016 (56 tolok gelang x 125 mm panjang).

Pelancaran global Habanos, S.A. membentuk sebahagian daripada strateginya untuk menawarkan produk yang baharu dan eksklusif setiap tahun yang hanya disediakan di La Casa del Habano, jaringan kedai runcit di bawah francais yang mengkhusus bagi penjualan Habanos. Penubuhan eksklusif ini dapat menyediakan perokok paling arif dengan peluang untuk menikmati dunia yang mengelilingi cerut berprestij ini dan turut menonjol kerana menawarkan perkhidmatan peribadi yang terbaik. Pada masa kini, terdapat lebih 145 kedai mewah yang berada di 65 negara.

Persembahan dunia bagi Trinidad La Trova (52 tolok gelang x 166mm panjang) akan diadakan secara serentak di 8 lokasi jualan berbeza. Lebih khusus, di tujuh kedai Casa del Habano yang terletak di Bangkok dan Chiang Mai, Thailand; Hong Kong, Macau dan Taipei, China; Kuala Lumpur di Malaysia; dan Tokio di Jepun, selain ruang Cohiba Atmosphere di Bangkok.

Untuk maklumat lanjut berkenaan jenama Trinidad, kedai pakar La Casa del Habano atau ruang Cohiba Atmosphere, sila layari: https://eshare.yr.com/fl/1hoaAEahne

*Apelasi Asal Terpelihara

Untuk maklumat lanjut tentang Festival dan Habanos, S.A.:  
http://www.habanos.com     
https://www.instagram.com/habanos_oficial/     
https://twitter.com/Habanos_Oficial      
https://www.youtube.com/channel/UCstGLy96wdZG7eCM4855_DA

Maklumat lanjut dan gambar: https://eshare.yr.com/fl/1hoaAEahne

Young & Rubicam:  press.habanos@yr.com, Tel: +34-609-46-44-05
Carla Lladó , Tel: +34-669-54-69-09        

generated by system

Video: https://www.multivu.com/players/uk/8223951-trinidad-la-trova-habanos-presentation/

Source: HABANOS SA
Related Links:
Keywords: Tobacco New products/services