omniture

Temui Individu Berpengaruh Dunia dalam Forum Teknologi Tinggi China yang Diadakan di CHTF 2017

Organizing Committee of CHTF
2017-11-16 21:03 843

SHENZHEN, China, 16 November 2017 /PRNewswire/ -- Forum Teknologi Tinggi China yang dianjurkan oleh CHTF kali ke-19 bakal diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Shenzhen mulai 16 hingga 21 November 2017. Forum ini terdiri daripada lima bahagian berikut: Forum Perasmian Teknologi Tinggi China, Forum Peningkatan Inovasi demi Kualiti Bekalan, Forum Inovasi dan Teknologi Masa Depan, Forum Teknologi Ubah Kehidupan Kita dan Sidang Kemuncak Teknologi Masa Depan. Forum Teknologi Tinggi China akan menyediakan topik-topik mengenai kerjasama antarabangsa dalam sains dan teknologi, Inisiatif Jalur dan Jalan, penstrukturan semula industri yang dipimpin oleh sains dan teknologi, pengaruh sains dan teknologi terhadap gaya hidup, dan topik-topik hangat yang lain.

Temui Individu Berpengaruh Dunia dalam Forum Teknologi Tinggi China
Temui Individu Berpengaruh Dunia dalam Forum Teknologi Tinggi China

Sebagai bahagian penting dalam CHTF, Forum Teknologi Tinggi China terkenal dengan para penceramah jemputan yang berprofil tinggi dan berwibawa. Dengan menumpu pada topik-topik popular, para penceramah jemputan yang terkenal dari dalam dan luar negara diundang tahun ini, termasuk para pegawai kanan dari Nigeria, Argentina, Prof. Dr. Hans Uszkoreit, Ketua Penasihat AI Lenovo, Andrew Chi-Chih Yao, Pemenang Anugerah Turing 2010. Prof. Konstantin Novozolov, Penerima Hadiah Nobel dalam Fizik 2010 akan turut hadir untuk berkongsi kisah-kisah rahsia di sebalik 'graphene'. Sementara itu, para pengurus kanan daripada syarikat-syarikat perusahaan terkenal seperti Google, Huawei, dan wakil-wakil daripada Akademi Kejuruteraan China dan Renmin University of China akan menyampaikan ucapan.

Forum tahun ini bakal menjadi satu pesta untuk bidang teknologi buat para hadirin. Para penceramah daripada syarikat-syarikat perunding dan penyelidikan yang paling terkenal di dunia - McKinsey & Company, Ernst & Young, dan Huatai Securities Institute akan menjalankan penyelidikan yang konklusif terhadap AI dan industri pengilangan pintar untuk Forum Teknologi Tinggi China. Mereka akan membentangkan laporan kajian mereka terhadap industri-industri berkaitan dalam forum tersebut.  

Forum Teknologi Tinggi China mempunyai standard yang tinggi, profesionalisme dan berwibawa. Penafsiran baharu terhadap ekonomi, sains, teknologi dan bakat profesional lain akan mewujudkan pemikiran dan wawasan yang luas semasa acara itu.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171115/1993456-1

 

Source: Organizing Committee of CHTF
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Trade show news