omniture

Miral Buka Laluan untuk Pengalaman Pengunjung Digital Peribadi di Pulau Yas, Abu Dhabi

Miral Asset Management
2017-11-17 01:00 678

ABU DHABI, UAE, 17 November 2017 /PRNewswire/ --

Semarakkan cita-cita Pulau Yas menjadi destinasi global untuk hiburan dan santai, platform akan hubungkan tarikan bertaraf dunia dengan lancar dan tawar pengalaman destinasi lebih terbuka 

Pemaju yang berpangkalan di Abu Dhabi, Miral memulakan satu projek transformasi digital besar-besaran untuk mencipta destinasi terhubung dengan lancar merangkumi taman tema dan tarikan bertaraf dunia di Pulau Yas. Demi memajukan wawasan Miral untuk mewujudkan pengalaman yang unik dan imersif, projek ini akan membawa pengunjung menuju perjalanan digital yang amat diperibadikan, meningkatkan daya tarikan Pulau Yas kepada pelancong dan pengembara perniagaan global.

generated by system

Infrastruktur tersebut dibangunkan awal tahun ini bagi membolehkan pelancaran aset digital platform dibuat dalam seluruh taman tema di Pulau Yas, Abu Dhabi dan untuk merealisasikan visi pusat peranginan yang lebih terbuka. Projek transformasi digital ini memperlihatkan peringkat seterusnya dalam perancangan Miral yang lebih luas untuk menggabungkan portfolio tarikan uniknya dengan pengalaman pengunjung yang tiada tandingan tatkala ia berusaha menarik pengunjung tempatan, serantau dan juga antarabangsa.

Fasa pertama projek tersebut akan dimulakan pada separuh pertama tahun 2018 dan akan mengubah penglibatan pengunjung dalam talian dan mudah alih menerusi taman tema Dunia Ferrari Abu Dhabi yang ikonik, Taman Tema Air Yas, destinasi Pulau Yas dan taman tema baharu serta tarikan yang dirancang untuk tahun hadapan.

"Dengan menyediakan para tetamu dengan pengalaman lebih terbuka sentiasa menjadi keutamaan dalam visi Pulau Yas," ulas Mohamed Abdalla Al Zaabi, Ketua Pegawai Eksekutif Miral. "Menerusi sokongan daripada rakan kongsi kami, projek ini akan memainkan peranan utama dalam mengukuhkan kedudukan Pulau Yas sebagai destinasi pilihan untuk hiburan dan santai bertaraf global, dan akan membolehkan kami menggabungkan tarikan kami dengan teknologi peribadi didayakan, yang akan menyediakan tetamu dengan pengalaman unik yang tidak akan dilupakan," tambah Al Zaabi.

Sebaik sahaja perjalanan tetamu bermula di Pulau Yas, mereka akan menerima ID peribadi yang menjadi 'kunci' digital mereka untuk membuka pengalaman destinasi 'tanpa dinding' terhubung yang disesuaikan mengikut keperluan mereka.

Pengalaman lebih terbuka ini akan membolehkan pengunjung menikmati pelbagai pengalaman yang imersif dengan lancar melalui telefon pintar mahupun peranti digital mereka, berserta peluang untuk memperibadikan interaksi mereka bersama keluarga sepanjang tempoh penginapan mereka di Pulau Yas.

Projek transformasi digital ini disokong oleh platform berasaskan awan bersepadu yang membolehkan Miral memahami dan dapat memenuhi keperluan pengunjung dan rakan niaga Pulau Yas  dengan lebih baik melalui instrumen pengurusan pengalaman pelanggan.

Miral bekerjasama dengan pakar-pakar yang terkemuka di dunia dalam bidang transformasi digital selain pengurusan pengalaman pelanggan, dan hari ini mengumumkan perkongsian strategiknya dengan SapientRazorfish, yang merupakan sebahagian daripada Publicis.Sapient dan Cognizant yang bersama-sama menjadi tulang belakang projek dengan pasukan pembangunan yang ditempatkan di tapak projek Pulau Yas.

"SapientRazorfish teruja kerana dapat bekerjasama dengan Miral dalam perjalanan transformasi digital ini, yang akan mencipta dan memberi nilai untuk destinasi Pulau Yas dan juga pengunjung globalnya," kata Nigel Vaz, Ketua Pegawai Eksekutif Publicis.Sapient International.

"Dalam dunia yang didorong oleh kadar kemajuan teknologi yang pesat dan jangkaan pelanggan yang berubah-ubah, Miral memperlihatkan cita-cita dan kebolehannya untuk memperbaharui pengalaman taman tema bertaraf dunia untuk masa depan. Dengan membawakan keupayaan pakar kami dalam perundingan perniagaan, kreativiti, teknologi dan sains data, kami berharap dapat membantu Miral untuk benar-benar mengubah pengalaman pengunjung menjadi tarikan yang tiada tandingan melalui pengalaman yang terhubung dan juga imersif," tambah Vaz.

"Kami bersama-sama mewujudkan platform digital yang membolehkan Miral menjadi peneraju dalam pengalaman yang pintar, diperibadikan dan imersif dengan menggabungkan aspek-aspek fizikal dan maya kepada tawaran santai dan hiburannya merentasi saluran. Kami berbesar hati dapat memanfaatkan keupayaan pembangunan analitik, awan dan tangkas kami bagi membantu Miral menggunakan kuasa persekitaran berteknologinya dan memacu pembezaan pasaran berdasarkan pandangan yang unggul dan pengunjung yang gembira," kata Narayan Iyer, Naib Presiden, Asia Pasifik, Timur Tengah dan India, Cognizant.

Platform ini menyediakan Miral dengan peluang yang tidak terhad untuk terus berkembang dan memperluas pengalaman pelanggan dan tetamunya tatkala ia menumpu terhadap usaha untuk mencipta destinasi-destinasi masa depan di emiriah Abu Dhabi.  

Ini merupakan satu lagi projek oleh Miral bagi memperkayakan pengalaman pengunjung di Pulau Yas dan portfolio taman temanya yang semakin berkembang termasuk Dunia Ferrari Abu Dhabi, Taman Tema Air Yas dan juga tarikan tahun 2018 akan datang, Warner Bros. World Abu Dhabi, serta CLYMB, selain taman tema marin generasi seterusnya, SeaWorld Abu Dhabi yang bakal dibuka menjelang tahun 2022. Pulau Yas turut menawarkan pelbagai pengalaman sukan dan hiburan seperti Litar Marina Yas, tujuh buah hotel, acara sepanjang tahun, persembahan secara langsung dan arena konsert, padang golf kejohanan dengan 18 lubang, marina, pantai dan destinasi beli belah yang semakin popular, Pusat Membeli Belah Yas, selain pembangunan guna campur yang diumumkan baru-baru ini, Yas Bay.

Latar Belakang Miral 

Miral ialah pencipta destinasi Abu Dhabi, menyatukan orang ramai dan lokasi menerusi pengalaman yang unik, imersif dan menarik. Bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan Pulau Yas, aset-aset Miral terdiri daripada destinasi hiburan, hospitaliti, santai, sukan, restoran, runcit dan hartanah. Kini, Pulau Yas menempatkan Dunia Ferrari Abu Dhabi, Taman Tema Air Yas, Padang Golf Yas Links, Pusat Membeli Belah Yas, Litar Marina Yas dan juga tujuh buah hotel, termasuk Yas Viceroy yang terkenal. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.miral.ae.

Source: Miral Asset Management
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Banking/Financial Service Computer/Electronics Travel