omniture

Black Desert Online Bakal Mulakan Ujian Beta Tertutup di Asia Tenggara Tidak Lama Lagi

Pearl Abyss
2017-11-17 08:09 790

SEOUL, Korea Selatan, 17 November 2017 /PRNewswire/ -- Ikat tali pada kasut but anda, ambil tanjul anda dan bersiap sedia untuk mengikuti pengembaraan epik dalam Black Desert! Beta tertutup bermula pada 22 November (Rabu) di Asia Tenggara.

Black Desert Online Bakal Mulakan Ujian Beta Tertutup di Asia Tenggara Tidak Lama Lagi
Black Desert Online Bakal Mulakan Ujian Beta Tertutup di Asia Tenggara Tidak Lama Lagi

Beta tertutup Black Desert Online dimulakan secara rasminya pada 22 November dan Pearl Abyss, pembangun bagi MMORPG yang amat dinanti-nantikan, ingin memastikan semua pengembara di Asia Tenggara bersedia melalui perjalanan pertama mereka. Pengguna yang belum memohon untuk menjadi pengembara beta, bertuah kerana tempoh permohonan dilanjutkan sehingga 19 November. Para pengembara yang berminat, yang ingin memulakan langkah pertama mereka dalam Black Desert World, perlu memastikan mereka mendaftar.

Klik untuk MENDAFTAR CBT

"Ujian beta tertutup ini adalah amat penting buat kami kerana kami sedia maklum bahawa pengembara kami di Asia Tenggara telah lama bertanyakan tentang permainan ini," kata James Heo, Ketua Pegawai Operasi Pearl Abyss. "Kami ingin semuanya berjalan lancar buat semua pengguna kami dan percaya ujian beta adalah amat penting demi menjamin kejayaan pelancaran."

Para pengguna boleh melayari laman sesawang rasmi dan mendaftar untuk CBT, mencipta watak mereka sendiri pada pelayan penyesuaian dan membuat prapesanan pakej. Pemain-pemain boleh memilih daripada pelbagai pakej prapesanan dengan setiap pakej mengandungi pelbagai item dan bonus yang membantu mereka untuk bermula. Setiap pakej akan menyediakan permainan, yang bukan berasaskan langganan, agar pengguna boleh terus menikmati permainan selepas hanya satu pembelian. Pakej ini turut menawarkan kenderaan dan item unik yang direka untuk meningkatkan kualiti hidup dan juga haiwan peliharaan eksklusif. Kelebihan membuat prapesanan termasuk tempat yang dijamin dalam CBT dan akses awal kepada permainan. Kelebihan-kelebihan lain termasuk peluang untuk menyimpan nama keluarga dan watak pilihan. Pakej-pakej peringkat lebih tinggi menawarkan judul dalam permainan istimewa yang bertujuan untuk memperingati penyertaan dalam CBT.

Untuk maklumat lanjut dan berita terkini tentang Black Desert Online -- SEA, pengguna boleh mengikuti halaman rasmi Facebook: https://www.facebook.com/playblackdesertSEAsia

Latar Belakang Black Desert Online 

Black Desert Online ialah MMORPG aksi dunia terbuka dengan visual yang canggih dan pertarungan berasaskan kemahiran yang akan menentukan semula cara kita melihat genre. Black Desert Online mempunyai sistem penyesuaian watak terbaik berbanding permainan lain yang kini terdapat dalam pasaran. Ciri ini membolehkan pengguna memecah kebiasaan dan menghasilkan watak baharu yang benar-benar menggambarkan setiap pemain. Kawalan intuitifnya, dunia yang dicipta dengan indah dan peribudaya yang luas akan mengujakan pemain baharu dan pemain lama permainan MMO dan RPG aksi secara umumnya. Permainan ini berjaya dilancarkan di lebih 100 negara dan mempunyai lebih 8 juta pengguna berdaftar.

Untuk maklumat lanjut tentang Black Desert Online atau untuk mendaftar CBT https://www.sea.playblackdesert.com/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171115/1993478-1

 

 

Source: Pearl Abyss
Keywords: Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services