omniture

ET Energy bakal Bina Projek Solar 61MWp di UiTM Malaysia

ET Energy
2017-11-17 23:00 2347

NANJING, China, 17 November 2017 /PRNewswire/ -- ET Energy, sebuah pembangun dan pengendali tenaga bersih terkemuka global hari ini telah mengumumkan syarikat ini bersama-sama rakan kongsinya Northwest Electric Power Design Institute Co., Ltd. ("NWEPDI") dari China Power Engineering Consulting Group, telah menandatangani perjanjian kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) siap guna dengan UiTM Solar Power Sdn. Bhd., sebuah pembangun tenaga solar fotovoltaik terkemuka tempatan.  Di bawah perjanjian ini, kesemua tiga syarikat akan memberi komitmen untuk membina utiliti loji janakuasa solar 61MWp di Malaysia.

ET Energy bakal Bina Projek Solar 61MWp di UiTM Malaysia
ET Energy bakal Bina Projek Solar 61MWp di UiTM Malaysia

Terletak di Gambang, Kuantan, Pahang, lebih daripada 220,000 modul solar akan dipasang di atas 110 hektar tanah. Projek ini telah dianugerahkan pada pusingan pertama program pembidaan projek-projek Skala Besar Solar PV, dan loji janakuasa 61MWp ini dijangka akan disambung kepada Grid pada penghujung tahun 2018. Tenaga elektrik hijau yang dijana oleh loji janakuasa solar ini akan mampu menampung keperluan lebih daripada 80,000 isi rumah.

Bertindak sebagai penyedia penyelesaian tenaga pasang siap, ET Energy akan bekerjasama dengan NWEPDI untuk menyediakan perkhidmatan sehenti bagi kejuruteraan, perolehan, pembinaan, operasi dan penyelenggaraan. Dengan kepakaran dan pengalaman kedua-dua belah pihak dalam penyerahan dan pengendalian projek antarabangsa, projek ini dilihat mempunyai jangkaan tinggi untuk "disiapkan mengikut jadual" dan prestasi sistem yang baik.

"Kami berbangga untuk menyediakan perkhidmatan sehenti untuk salah satu daripada loji janakuasa solar terbesar di Malaysia," kata Dennis She, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ET Energy. "ET Energy telah menyokong projek ini sejak Jun tahun lalu, dan perkhidmatan serta kepakaran kami adalah kunci bagi membantu kami mendapatkan kepercayaan daripada pembangun projek. Saya sangat yakin projek ini akan selesai mengikut jadual dan mematuhi spesifikasi yang dikehendaki oleh pelanggan kami. Kami berdedikasi untuk membawakan aset solar yang lebih menguntungkan dan mapan ke Malaysia serta kepada pelanggan global kami."

En. Azlizan Fadzil, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UiTM Holdings Sdn. Bhd., syarikat pemegang pelaburan UiTM Solar Power, mengulas: "Ianya menjadi objektif utama kami untuk mencipta nilai yang mapan dan cara pelaburan yang cekap dan kami komited untuk menjelmakan idea kami kepada tindakan, serta penjanaan pendapatan kepada penghasilan kekayaan. Sebagai perintis dalam industri tenaga solar skala besar di Malaysia, kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa yang berpengalaman dan berkebolehan seperti ET Energy dan NWEPDI."

Latar Belakang ET Energy

ET Energy adalah sebuah pembangun dan pengendali tenaga bersih terkemuka global. Dengan teknologi solar yang inovatif dan penyelesaian kewangan yang disesuaikan, ET Energy menyediakan penyelesaian sehenti profesional merentas keseluruhan kitaran hidup loji janakuasa solar termasuk pembangunan, kewangan, kejuruteraan, perolehan, pembinaan, dan operasi & penyelenggaraan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ET Energy, sila lawati http://www.etsolar.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Eric Zhang
Tel: +86-25-8689-8098 samb.9011/+86-136-4518-8386 
Faks: +86-25-8689-8097 
E-mel: eric.zhang@etsolar.com / pr@etsolar.com

Foto  - https://photos.prnasia.com/prnh/20171116/1994727-1

Source: ET Energy
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities