omniture

Pelanggan Huawei Menang Anugerah Berprestij sempena Kongres Dunia Ekspo Bandar Pintar 2017

Huawei
2017-11-17 23:59 887

Shenzhen menang Anugerah Bandar Selamat, Yanbu rangkul Anugerah Data dan Teknologi

BARCELONA, Sepanyol, 17 November 2017 /PRNewswire/ -- Empat pelanggan Huawei mendapat pengiktirafan atas pencapaian Bandar Pintar mereka yang luar biasa dan turut memenangi atau menjadi finalis bagi anugerah terhormat sempena Kongres Dunia Ekspo Bandar Pintar 2017 (SCEWC). Shenzhen di China memenangi Anugerah Bandar Selamat menerusi projek Pengangkutan Pintarnya, manakala Yanbu di Arab Saudi meraih Anugerah Data dan Teknologi menerusi projek Bandar Pintarnya. Selain itu, Weifang di China merupakan salah satu finalis bagai Anugerah Bandar menerusi projek Bandar Pintar 3.0, manakala Cameroon dicalonkan untuk Anugerah Idea Inovasi menerusi projek tenaga solarnya. Bandar-bandar ini kesemuanya memanfaatkan penyelesaian Bandar Pintar Huawei yang disesuaikan mengikut keperluan pengurusan bandar merentasi wilayah berbeza dan tahap pembangunan yang berbeza. Penyelesaian ini memacu usaha transformasi digital demi meningkatkan pentadbiran bandar, mewujudkan ekonomi mampan dan mendayakan perkhidmatan awam yang cekap.

Menerusi 309 penyertaan dari 58 negara bagi Anugerah Bandar Pintar Dunia tahun ini, pertandingan ini dilihat lebih hebat berbanding sebelum ini, dan turut memperlihatkan kepelbagaian serta inovasi pembangunan Bandar Pintar di serata dunia.

Yan Lida, Presiden Huawei Enterprise Business Group berkata: "Matlamat utama Bandar Pintar adalah untuk mendayakan tadbir urus yang baik, menggalakkan pembangunan industri dan memberi manfaat kepada orang ramai. Bersama-sama pelanggan dan rakan kongsi, kami berusaha mencapai matlamat ini dengan meningkatkan tadbir urus bandar dan keupayaan perkhidmatan, membantu membangunkan ekonomi tempatan dan merangsang inovasi serta menjadikan bandar-bandar lebih baik untuk didiami. Dengan melihat amalan Bandar Pintar yang terbaik di dunia, kami mendapati bahawa kejayaan didorong oleh pembangunan Bandar Pintar yang menjadi keutamaan pihak kerajaan, mempunyai pasukan projek Bandar Pintar yang kukuh dan berkebolehan, pelaburan jangka panjang dan stabil serta bekerjasama dengan rakan kongsi digital utama yang dapat membantu menghasilkan rancangan berkualiti tertinggi bagi memenuhi keperluan kerajaan selain mempunyai ekosistem yang terbuka dan tangkas. Kami berbesar hati apabila Huawei mendapat kepercayaan daripada pelanggan kami dan menjadi rakan kongsi pilihan mereka untuk pembangunan Bandar Pintar. Memanfaatkan ICT baharu yang terkemuka seperti pengkomputeran awan, Internet Komunikasi Benda (IoT) dan Kepintaran Buatan untuk membangunkan platform IoT yang seragam, platform komunikasi, pusat data awan dan pusat arahan pintar, Huawei mencipta sistem saraf untuk Bandar Pintar, yang membolehkan Bandar Pintar menjadi organisma hidup yang tumbuh secara berterusan dan sentiasa berkembang. Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Shenzhen dan Arab Saudi atas penerimaan Anugerah Bandar Pintar Dunia 2017, dan kami berharap dapat bekerjasama dengan lebih banyak bandar untuk membantu bandar-bandar tersebut merealisasikan impian Bandar Pintar mereka."

Pemenang Anugerah Bandar Selamat: Polis Trafik Shenzhen - Penyelesaian Pengangkutan Pintar Semua-Senario-Pertama-Global Bantu Bangunkan "Otak Lalu Lintas" untuk Bandar-bandar

Polis Trafik Shenzhen bekerjasama dengan Huawei untuk mencipta sistem lalu lintas bandar yang menjamin keselamatan bandar. Huawei membantu Polis Trafik Shenzhen dengan menghasilkan rekaan berkualiti tertinggi dan pelan yang komprehensif bagi meningkatkan kapasiti pengangkutan bandar, mengurangkan kemalangan lalu lintas dan menjamin keselamatan pemandu.

Polis Trafik memanfaatkan platform Data Besar yang mengandungi himpunan sumber data dan sistem pembelajaran mendalam bagi membangunkan "otak lalu lintas" bandar, yang dapat menambah baik keterlihatan aliran lalu lintas bandar dan kawalan adaptif lampu isyarat, meningkatkan kapasiti jalan raya sehingga 8%. Platform Data Besar seragam memproses data trafik secara berpusat untuk meningkatkan penggunaan data sebanyak 200%, manakala aplikasi Kepintaran Buatan (AI) dapat membantu penguatkuasaan undang-undang, meningkatkan kadar pengecaman imej kepada 10 kali ganda demi meningkatkan pemprosesan pelanggaran lalu lintas. Ini amat mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di bandar, seraya meningkatkan pengalaman perjalanan pemandu.

Safe City Award winner: Shenzhen Traffic Police - Global-First All-Scenario Intelligent Transportation Solutions Helps Building "Traffic Brain" for Cities
Safe City Award winner: Shenzhen Traffic Police - Global-First All-Scenario Intelligent Transportation Solutions Helps Building "Traffic Brain" for Cities

Pemenang Anugerah Data dan Teknologi: Projek Bandar Pintar Suruhanjaya Diraja

Pada tahun 2016, Arab Saudi melancarkan strategi Wawasan 2030, yang dibangunkan sekitar tiga tema: masyarakat yang bersemangat, ekonomi yang berkembang maju dan negara yang bercita-cita tinggi. Khususnya menjadikan pembangunan bandar yang mampan merupakan salah satu matlamat utamanya. Bagi menyokong transformasi digital Yanbu menjadi Bandar Pintar pertama negara tersebut menerusi Wawasan ini, Huawei menggunakan rangkaian optik yang komprehensif bagi meliputi kesemua komuniti kediaman, kampus perusahaan dan kawasan awam utama di bandar tersebut. Selain itu, Huawei bekerjasama dengan rakan-rakan kongsinya untuk menawarkan Yanbu dengan banyak aplikasi pintar, seperti tempat letak kereta pintar, timbangan pintar, tong sampah pintar, pengurusan tenaga pintar, lampu jalan pintar, analisis khalayak stadium, dan penutup lurang pintar. Aplikasi-aplikasi ini meningkatkan dengan ketara kecekapan pengurusan bandar, contohnya, mengurangkan kos penyelenggaraan jalan sebanyak 20%, merendahkan kos lampu awam sebanyak 30% dan meningkatkan kecekapan pembuangan sampah sebanyak 30%. Selain itu, Suruhanjaya Diraja Yanbu bekerjasama dengan Huawei untuk membangunkan Platform Komunikasi Bersepadu (ICP), iaitu sistem pengurusan bandar. Sistem ini mengandungi platform data IoT, platform Data Besar, platform penyepaduan maklumat dan pusat arahan tertumpu. ICP membantu Yanbu dalam pengurusan infrastruktur awam pintar, tindak balas kecemasan dan pengawasan pintar, bagi mengoptimumkan pentadbiran bandar.

Data and Technology Award winner: Royal Comission Smart City Project
Data and Technology Award winner: Royal Comission Smart City Project

Finalis Anugerah Bandar: Weifang Pintar Inovatif Tingkatkan Kesejahteraan Sosial

Berdasarkan prinsip "Mengutamakan Manusia dan Dipacu oleh Inovasi," Bandar Weifang memanfaatkan Data Besar, pengkomputeran awan, Internet mudah alih dan teknologi baharu yang lain untuk melancarkan projek Weifang Pintar 3.0. Projek ini mencipta "mata" untuk mengesan status masa sebenar berhubung operasi bandar, dan "otak" untuk penghantaran pintar. Beberapa inovasi, seperti aplikasi "WeiV", pas bandar VPai dan pusat operasi bandar pintar menyediakan perkhidmatan awam serta fungsi-fungsi pengurusan bandar pada masa sebenar, halus dan pintar. Weifang bekerjasama dengan Huawei untuk membangunkan rangkaian kesedaran bandar IoT berasaskan teknologi NB-IoT. Rangkaian ini menggunakan model pembangunan "Satu Rangkaian, Satu Platform dan Aplikasi N" untuk membolehkan akses terminal IoT, pengurusan peranti dan pengumpulan data yang seragam. Weifang memanfaatkan rangkaian ini untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan inovatif untuk penduduk dan perusahaan, seperti kejururawatan pintar, lampu jalan pintar, tempat letak kereta pintar dan pertanian pintar. Aplikasi-aplikasi ini menyatukan dengan berkesan data IoT yang terkini dan bernilai tinggi dari seluruh bandar pada masa sebenar, seraya bertindak sebagai sumber penting Data Besar untuk bandar tersebut.

Finalis Anugerah Idea Inovasi: Loji Solar Mikrogrid Bantu Cameroon Tingkatkan Punca Pendapatan dan Rangsang Pembangunan Ekonomi

Cameroon mengguna pakai penyelesaian Loji Solar Mikrogrid inovatif daripada Huawei bagi menggantikan penyelesaian bekalan kuasa tradisional yang melibatkan pembangunan grid kuasa voltan sederhana dan tinggi serta stesen hidrokuasa. Penyelesaian loji kuasa baharu ini menyokong penggunaan yang pantas, memerlukan kos pelaburan yang rendah dan membantu pihak kerajaan tempatan menyediakan bekalan elektrik untuk luar bandar. Projek ini mendorong pembangunan pelbagai industri tempatan, seperti pendidikan, rawatan perubatan, komunikasi dan pembuatan. Setakat ini, projek ini amat meningkatkan pembangunan masyarakat setempat, dengan menyediakan bekalan elektrik kepada 166 kampung luar bandar, menyediakan perkhidmatan kepada 120,000 penduduk, meningkatkan kadar kemasukan ke sekolah dalam kalangan kanak-kanak tempatan, dan mencipta lebih 1,000 peluang pekerjaan. Sistem pemeteran kuasa luar grid Huawei turut membantu pengendali kuasa menyelesaikan masalah bagaimana untuk mengutip bayaran elektrik, seraya mencapai operasi yang berterusan.

Sebagai satu-satunya penyedia penyelesaian ICT yang dapat menawarkan penyelesaian awan-paip-peranti hujung-ke-hujung, Huawei komited untuk menghubungkan dunia fizikal dan dunia digital di bandar-bandar dan membangunkan sistem saraf Bandar Pintar. Huawei mengambil bahagian secara aktif dalam membangunkan platform dan ekosistem terbuka demi mendorong inovasi, terus berkembang maju bersama-sama rakan kongsi dan pelanggan, menyediakan pelanggan dengan rekaan Bandar Pintar berkualiti tertinggi dan membantu pelanggannya melaksanakan penyelesaian Bandar Pintar. Setakat ini, penyelesaian Bandar Pintar Huawei berkhidmat kepada lebih 40 bandar di lebih 120 negara seluruh dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171116/1994656-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171116/1994656-1-b

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Awards