omniture

Pameran Canton ke-122 Promosi Pengilangan Pintar

Pameran Canton
2017-11-18 00:09 729

GUANGZHOU, China, 18 November 2017 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China ke 122 (Pameran Canton) telah menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak Kejenteraan Pameran Canton 2017 ("Sidang Kemuncak") semasa pameran ini. Bertemakan "Pembangunan Pintar Kejenteraan dalam Persekitaran Ekonomi Baharu", Sidang Kemuncak ini mengumpulkan pemimpin-pemimpin industri untuk meneroka pembangunan dan inovasi dalam pengilangan pintar (IM) dalam industri kejenteraan.

2017 Canton Fair Machinery Summit: Intelligent Development of Machinery in New Economic Environment
2017 Canton Fair Machinery Summit: Intelligent Development of Machinery in New Economic Environment

"Kami berasa teruja menjadi tuan rumah kepada sidang kemuncak ini untuk berkongsi arah baharu bagi para pengilang," kata Maggie Pu, Timbalan Pengarah Pejabat Luar Negeri Pameran Canton. "Dengan ekonomi global semasa berada sekitar USD 70 trilion, yang mana perusahaan global terdiri daripada kira-kira 30%, atau keseluruhan USD 20 trilion, kita akan melihat pertumbuhan permintaan untuk perniagaan industri yang mencari kefahaman lebih mendalam mengenai status semasa industri kejenteraan."

IM Berfungsi sebagai Pendekatan Penyelesaian Masalah

Zhang Qiliang, Ketua Pegawai Eksekutif XCMG Information Co., Ltd., menyampaikan ucapan berjudul "Data Besar Industri Pacu Industri Perkilangan." Beliau menawarkan analisis terperinci mengenai kepentingan teknologi pintar seperti internet dan data besar ke atas pengilangan jentera tradisional dan berkongsi pencapaian XCMG dalam kejenteraan pintar.

"Pengilangan pintar adalah satu cara untuk membenamkan data besar dalam keluaran terkini dan disepadukan kemudian melalui platform awan untuk membolehkan para pengilang mendapat profil yang jelas tentang peralatan, perusahaan dan pelanggan. Profil-profil ini akan sangat berguna dalam pengilangan produk baharu, logistik inventori perusahaan, pengawasan operasi, pemberitahuan risiko, perkhidmatan selepas jualan dan aplikasi pengguna," kata Zhang.

Zhang percaya penggunaan IM boleh menjadi pendekatan penyelesaian masalah bagi mengatasi cabaran lebihan kapasiti, kos tinggi, untung rendah dan kurangnya kawalan mutu yang dihadapi oleh syarikat-syarikat pengilangan tradisional. Beliau menerangkan proses memperkenalkan penyelesaian pintar dalam empat fasa: penyelesaian industri, pengilangan berpacu kepintaran, platform teras dan Internet Komunikasi Benda (IoT) yang terbuka.

Antonio Pinato, Pengurus Besar AMV Design, Itali, turut mendemonstrasikan konsep reka bentuknya bagi peralatan jentera di bawah situasi baharu sementara Liu Yang, ketua saintis Gulee Technology Co., Ltd, menunjukkan dinamik pembangunan alat pengesan IoT dalam rantaian industri kepintaran buatan.

IM Membuka Arah Baharu dalam Perniagaan Industri

Dengan 1,700 pempamer jentera mengambil bahagian dalam Pameran Canton ke 122, jentera masih merupakan kategori produk utama dalam perdagangan antarabangsa. Jumlah urus niaga produk jentera adalah 52.7 peratus daripada keseluruhan perolehan, mencapai USD 15.91 bilion, peningkatan 5.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Liu Jun, Pengarah Kejuruteraan Perkilangan Pintar, Sippr Engineering Co., Ltd., menyatakan bahawa IM telah menjadi satu kejayaan cemerlang yang membolehkan perusahaan perkilangan tradisional mencapai perubahan dan penambahbaikan apabila teknologi pintar membuat kemajuan dengan pantas di seluruh dunia.

Pameran Canton telah membuka pendaftaran untuk pameran ke-123 kepada para pembeli global di:  http://invitation.cantonfair.org.cn/BuyerUser/BuyserLogin

Latar Belakang Pameran Canton

Pameran Import dan Eksport China, juga dikenali sebagai Pameran Canton, telah diadakan dua kali setahun sejak 1957. Ia merupakan pameran terbesar dengan pelbagai produk paling luas, pilihan pembeli paling pelbagai dan perolehan perniagaan tertinggi di China

Untuk maklumat lanjut, lawati: http://www.cantonfair.org.cn/en/index.aspx

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171116/1994779-1

 

Source: Pameran Canton
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Internet Technology Machinery Trade show news