omniture

Kavalan Dinobat 'Penyuling Terbaik Tahunan' Global oleh International Wine and Spirit Competition

Kavalan
2017-11-21 05:56 990

TAIPEI, Taiwan, 21 November 2017 /PRNewswire/ -- Kavalan, wiski terunggul Taiwan, diberi jolokan "Penyuling Terbaik Tahunan" sempena International Wine and Spirit Competition 2017 (IWSC), penghormatan tertinggi yang diberikan dalam program anugerah berprestij ini untuk mana-mana pengeluar minuman beralkohol di dunia.

King Car Kavalan Distillery menang Penyuling Terbaik Tahunan Global 2017 oleh IWSC
King Car Kavalan Distillery menang Penyuling Terbaik Tahunan Global 2017 oleh IWSC

Penyuling Terbaik Tahunan ialah hadiah tertinggi oleh IWSC dan melibatkan "Pengeluar Minuman Beralkohol Terbaik Tahunan" yang terbesar antara kesemuanya mencakupi gin, vodka, brandi, rum, likur dan juga wiski.

Ketua Pegawai Eksekutif Kavalan En. YT Lee berkata Anugerah Penyuling Terbaik Tahunan IWSC mengiktiraf satu kilang penyulingan minuman beralkohol yang memenangi mata keseluruhan tertinggi dalam semua kategori dan kawasan.

"Kami begitu meminati pembuatan wiski yang bertaraf dunia. Kami dengan rasa rendah hati menerima anugerah ini dan komited untuk menghasilkan wiski yang lebih halus pada masa depan," kata En. Lee.

Pakar Pengadun Ian Chang berkata beliau ingin mengucapkan terima kasih kepada mendiang Dr Jim Swan, pakar teknikal Kavalan dan seorang sahabat, atas inspirasi yang diberikan oleh beliau.

"Dr Swan biasanya akan duduk di sebelah kami. Saya yakin beliau amat berbangga dengan pencapaian ini. Ini merupakan pengiktirafan tertinggi buat Jim," kata Chang.

Kavalan telah meraih Anugerah Pengeluar Minuman Beralkohol Terbaik Tahunan IWSC sebanyak enam kali iaitu pada tahun 2011, 2012, 2013, 2015, 2016 dan kini pada tahun 2017. Solist Ex-Bourbon Kepekatan Tong Tunggal Kavalan turut meraih "Trofi" IWSC 2017 bagi wiski terbaik yang dihasilkan di luar Scotland.

Sebagai perintis wiski Taiwan, Kavalan berjaya memenangi anugerah tertinggi dalam industri ini secara berturut-turut. Solist Amontillado Sherry Kepekatan Tong Tunggal mendapat gelaran "Wiski Malt Tunggal Tong Tunggal Terbaik Dunia" pada tahun 2016 oleh Anugerah Wiski Dunia (WWA) yang berprestij dan Solist Vinho Barrique miliknya memenangi "Wiski Malt Tunggal Terbaik Dunia" 2015.

Latar Belakang Kavalan Whisky

Kilang penyulingan wiski pertama Taiwan telah menjadi perintis dalam seni pembuatan wiski malt tunggal sejak tahun 2006. Kavalan dimatangkan dalam keadaan lembap dan panas yang tinggi, dan turut memanfaatkan bayu laut dan gunung, selain mata air daripada Gunung Salji, yang hasil gabungannya menciptakan rasa berkrim Kavalan yang terkenal. Nama kilang penyulingan ini berasal daripada nama lama Wilayah Yilan, iaitu lokasi kilang tersebut, dan disokong oleh 30 tahun pengalaman dalam pembuatan minuman di bawah syarikat induknya, King Car Group. Kavalan telah mengumpul lebih 250 anugerah emas dan boleh didapati di 60 negara. Layari www.kavalanwhisky.com/EN/main.aspx.

Maklumat Perhubungan Media:

Yvonne Chou 
886-3922-9000#7162 
yvonne@kavalandistillery.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171117/1995973-1 

Source: Kavalan
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages Awards