omniture

EV Hive: Ruang Kerja Bersama Terbesar di Asia Tenggara Teruskan Peluasan Pesat di Indonesia, Sasar 100 Lokasi Seluruh Rantau

- EV Hive bergabung dengan Clapham Collective dalam penggabungan & pengambilalihan (M&A) perniagaan kerja bersama rentas bandar Indonesia yang pertama
- EV Hive masuki fasa pelancaran pesat, berkembang daripada 2 kepada 10 lokasi dalam tempoh 6 bulan dan sasarkan 100 lokasi di seluruh Asia Tenggara
PT Evi Asia Tenggara
2017-11-21 09:30 914

JAKARTA, Indonesia, 21 November 2017 /PRNewswire/ -- EV Hive, ruang kerja kolaboratif yang terbesar di Asia Tenggara, mengumumkan penutupan penggabungannya dengan Clapham Collective ("Clapham"), ruang kerja komuniti yang terletak di tengah-tengah kawasan Medan, Sumatera Utara, Indonesia. En. Chris Angkasa, pengasas Clapham, akan turut menyertai Lembaga Penasihat EV Hive.

JSC Hive, Jakarta, Indonesia
JSC Hive, Jakarta, Indonesia

Dibangunkan oleh East Ventures pada tahun 2015, EV Hive bermatlamat untuk menjadi hab komuniti bertaraf dunia kepada para usahawan dan syarikat-syarikat baharu bagi memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka. Sebagai langkah pertama dalam usaha peluasan rentas bandar EV Hive yang lebih luas di seluruh Indonesia, EV Hive akan menghubungkan usahawan, karyawan bebas dari pelbagai bandar, serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan menyediakan hab komuniti di bandar ketiga paling padat di Indonesia. Menerusi penggabungan ini, anggota-anggota Clapham akan mendapat akses serta merta kepada ekosistem EV Hive, khususnya badan-badan kerajaan, pelabur modal usaha niaga dan rakan niaga, selain acara berasaskan kemahiran, bengkel dan ruang kerja anjal di seluruh negara.

Chris Angkasa berkata, "Medan ialah bandar ketiga terbesar di Indonesia dan merupakan pintu masuk utama bagi memulakan perniagaan di Sumatera. Melalui kolaborasi ini, kami akan memenuhi wawasan para pengasas EV Hive untuk menggunakan ruang kerja bersama sebagai platform untuk menggalakkan pertukaran silang budaya di samping mengukuhkan perniagaan dalam kalangan usahawan di Jakarta dan Medan."

Setelah pasukan kepimpinan baharu melabur dan menyertai EV Hive pada bulan Mei 2017, syarikat berkembang sebanyak 1,200%, memperoleh lebih 1,300 ahli aktif kediaman merentasi 10 lokasi. Ia berjaya mengukuhkan EV Hive sebagai ruang kerja bersama yang terbesar di Asia Tenggara hari ini. Menjelang Suku Pertama tahun 2018, EV Hive akan mengurus lebih 34,000 meter persegi ruang kerja kolaboratif di 16 lokasi.

"Hebat rasanya dapat melihat permintaan kukuh yang tidak dizahirkan terhadap perkhidmatan kerja bersama dan platform komuniti, khususnya daripada PKS dan syarikat baharu di rantau ini. Sebagai pemimpin komuniti dan pelabur tidak rasmi, Chris ialah seorang yang sangat dihormati, dan kami berasa teruja dapat menjadikan beliau sebagai penasihat kami. Tatkala kami memperluas pengaruh kami menjadi 100 lokasi kerja bersama di seluruh rantau, kami akan berusaha meneruskan sebarang strategi yang mungkin untuk bekerjasama erat dengan rakan komuniti tempatan, selain untuk menghubungkan setiap individu dalam ekosistem kami," tambah Carlson Lau, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif EV Hive.

Latar Belakang EV Hive:

EV HIVE ialah ruang kerja bersama di Indonesia yang menawarkan perkongsian ilmu pengetahuan dan pembangunan komuniti sebagai nilai asasnya. Melalui acara dan bengkel oleh jaringan usahawan dan komuniti teknologi kami, kami dapat membantu PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) serta syarikat-syarikat baharu mengembangkan perniagaan mereka. http://evhive.co/

Latar Belakang Clapham Collective:

Clapham Collective ialah ruang kerja bersama untuk para usahawan dan komuniti kreatif di Medan yang diasaskan oleh Chris Angkasa. Clapham Collective menakrif semula tempat kerja bagi memperkasa syarikat tempatan dan komuniti kreatif untuk memenuhi potensi sebenarnya. https://clapham.spaces.nexudus.com/en/

Hubungi:

Carlson Lau 
Ketua Pegawai Eksekutif
Telefon: +62-812-8999-1872
carlson@evhive.co

Devina Mahendriyani
Eksekutif Perhubungan Awam & Pemasaran Kandungan Digital
WhatsApp: +62-822-6165-6506
Emel: devina@evhive.co

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171120/1996690-1

Source: PT Evi Asia Tenggara
Keywords: Banking/Financial Service Household/Consumer/Cosmetics Office Products Workforce Management/Human Resources Corporate Expansion