omniture

CHTF 2017, Terangi Impian Bandar Pintar

The Office of CHTF Organizing Committee
2017-11-21 19:37 1104

SHENZHEN, China, 21 November 2017 /PRNewswire/ -- Pameran Bandar Pintar, di bawah naungan Pameran Teknologi Tinggi China, diadakan mulai 16 hingga 21 November 2017, di Pusat Konvensyen dan Pameran Shenzhen, menampilkan penyelesaian Bandar Pintar, produk, teknologi terkini dan idea inovatif dalam sektor ini. Pameran bertujuan untuk menjadikan berita berkaitan sektor ini tersedia untuk semua.

CHTF 2017, Terangi Impian Bandar Pintar
CHTF 2017, Terangi Impian Bandar Pintar

Astaka Bandar Pintar mengibarkan bendera "Gabungan Bersama Pintar, Bandar Pintar" dan mempromosikan konsep utama, kisah-kisah kejayaan dan juga teknologi-teknologi Bandar Pintar dengan penuh bersemangat. Pameran ini mengetengahkan syarikat-syarikat perusahaan terkemuka dari dalam dan luar negara serta mendedahkan hasil inovasi yang canggih dan penemuan penyelidikan berkaitan internet mudah alih, Internet Komunikasi Benda (IoT), data besar, pengkomputeran awan, masing-masing dalam lapan bahagian paparan.

Forum Sidang Kemuncak Pembangunan Bandar Pintar Asia Pasifik 2017
Forum Sidang Kemuncak Pembangunan Bandar Pintar Asia Pasifik 2017

Satu lagi acara yang ditonjolkan dalam Pameran Bandar Pintar berlangsung pada sebelah pagi 17 November 2017. Forum Sidang Kemuncak Pembangunan Bandar Pintar Asia Pasifik 2017 membawakan barisan pemimpin perniagaan ke pentas CHTF, berkongsi secara telus ramalan mereka yang menginspirasikan terhadap masa depan Bandar Pintar menurut perspektif antarabangsa. Gelombang Bandar Pintar dijangka membawa orang ramai menuju dunia baharu yang menarik.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171120/1996647-1
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171120/1996647-1-b  

Source: The Office of CHTF Organizing Committee
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news