omniture

Jumlah Pengunjung Pecah Rekod, Pameran Lampu Antarabangsa China (Guzhen) ke-20 Labuh Tirai Dengan Jayanya

China (Guzhen) International Lighting Fair
2017-11-21 19:41 927

ZHONGSHAN, China, 21 November 2017 /PRNewswire/ -- Pada 3 November 2017, Pameran Lampu Antarabangsa China (Guzhen) kali ke-20, yang menampilkan begitu ramai pengunjung, pelbagai pameran, pempamer berkualiti tinggi dan juga perkhidmatan cemerlang, melabuhkan tirai dengan jayanya di Pusat Konvensyen dan Pameran Guzhen, Zhongshan, Guangdong. 

Mengetengahkan reka bentuk lampu, menekankan pembuatan pintar, berganding bahu dengan 7 sub tempat (pusat beli belah lampu besar di bandar) bagi menyediakan kawasan pameran seluas lebih 1,500,000 meter persegi dan menghimpunkan lebih 2,000 pempamer, pameran tersebut menyajikan pesta perolehan lampu yang profesional dan berorientasi pasaran.

Jumlah pembeli perdagangan dan pempamer cipta rekod baharu

Jumlah pembeli perdagangan mencecah paras baharu sempena GILF kali ke-20 ini. Setakat 13:00 p.m. pada 3 November, GILF mencatatkan 301,000 pengunjung dari 118 negara dan kawasan, termasuk 89,552 pembeli perdagangan di lokasi utama, meningkat 7.1% berbanding tahun sebelumnya. Pameran ini menjadi semakin terkenal dalam kalangan pembeli luar negara dengan sejumlah 4,526 warga asing dicatatkan menghadiri pameran. Suasana bersoal jawab, memberi sebut harga dan membuat tawaran boleh dilihat di seluruh tempat dalam pameran.

Susun atur saintifik jamin pameran berkualiti tinggi

Lokasi utama mengguna pakai susun atur saintifik dengan 5 dewan dan 8 kawasan bagi mempamerkan penyelesaian dan reka bentuk lampu, lampu hiasan, lampu kediaman, produk elektrik dan elektronik, lampu komersial, lampu luar, jentera & peralatan serta aksesori & komponen lampu sewajarnya.

Forum dan aktiviti bantu pengunjung lebih terlibat

Pelbagai persidangan dan forum profesional seperti 'Majlis Penyampaian Anugerah Reka Bentuk Lampu Antarabangsa China', 'Mesyuarat Perangkaian Festival Lampu Antarabangsa Guzhen', 'Sesi ke-2 Persatuan Majlis Industri Lampu China kali ke-8' dan 'Sidang Kemuncak Modal Lampu ke-18' diadakan semasa pameran. Penggiat industri turut berhimpun bagi membincangkan tentang isu-isu hangat dan peluang-peluang dalam industri selain mencari jalan untuk membantu pembangunan dan penaiktarafannya. Di samping itu, 'Pempamer Disegani GILF dan Pengenalan Produk Canggih' turut dianjurkan bagi memberi ganjaran kepada pempamer jangka panjang GILF dan mereka yang memiliki produk berkualiti tinggi atau teknologi pengeluaran termaju, serta menawarkan mereka dengan platform untuk memperkenalkan item-item terkini mereka.

GILF ke-20 terbukti melakar kejayaan yang hebat dari segi keluasan, jumlah pengunjung dan pempamer serta perkhidmatan. Tidak dinafikan lagi masa depan GILF akan menjadi lebih cerah. GILF ke-21 akan datang bakal diadakan pada 18-21 Mac 2018 di Pusat Konvensyen & Pameran Guzhen, Zhongshan, Guangdong.

Source: China (Guzhen) International Lighting Fair
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news