omniture

Editage Hantar Editor Jurnal Asia ke Eropah

Editage
2017-11-22 09:00 801

LONDON, 22 November 2017 /PRNewswire/ -- Editage menaja geran perjalanan untuk editor jurnal dari Asia bagi menghadiri persidangan Persatuan Editor Urusan dan Teknikal Antarabangsa (ISMTE) Eropah di London, United Kingdom. Michael Willis, Presiden, ISMTE mengucapkan tahniah kepada para pemenang Geran Perjalanan Editage daripada jurnal-jural di China, Korea Selatan dan Nepal semasa persidangan.

Menerusi pengalaman persidangan beliau, Shanshan Xie daripada jurnal Genomics, Proteomics & Bioinformatics, iaitu jurnal akses terbuka rasmi Akademi Sains Cina (CAS) berkata, "Ini merupakan kali pertama saya menghadiri persidangan editor jurnal antarabangsa di luar negara. Saya banyak belajar dalam persidangan ini, menjalin hubungan antarabangsa, bertukar-tukar idea dan pastinya akan membawa pulang amalan terbaik yang boleh dilaksanakan dalam jurnal milik saya di China."

Suk-Gyeong Kim, Editor Urusan, Journal of Astronomy and Space Sciences, diterbitkan oleh Persatuan Sains Angkasa Korea, berkata, "Selaku editor urusan, menjalin hubungan dan berinteraksi dengan rakan-rakan sejawat antarabangsa adalah penting. En. Nikesh Gosalia daripada Editage berperanan sebagai penghubung hebat antara para hadirin Eropah dengan para pemenang geran dari Asia."

Pravin Chhetri, Editor Urusan, Birat Journal of Health Sciences dari Nepal berkata, "Persidangan ini membantu saya memperoleh pemahaman tentang perkembangan terkini dalam dunia penerbitan saintifik. ISMTE dan Editage menyediakan peluang hebat untuk para Editor Urusan dari seluruh Asia melalui pemberian geran perjalanan ini. Saya berharap agar setiap Editor Urusan dari Asia memohon untuk mendapatkan geran pada masa depan."

Clarinda Cerejo, Ketua Editor, Editage Insights, melahirkan rasa gembira beliau dengan berkata, "Geran ini memainkan peranan penting dalam menghubungkan para editor jurnal dari Asia dengan rakan-rakan sejawat antarabangsa mereka. Tinjauan pengarang mendalam kami, yang akan berakhir pada 20 Disember, ialah satu lagi inisiatif yang akan merapatkan jurang antara pengarang dan penerbit."

Editage Insights baru sahaja menyambut ulang tahun keempatnya November ini dan terus menerajui inisiatif yang bertujuan untuk mendidik pengarang dan memupuk keakraban dalam komuniti saintifik global.

Latar Belakang Editage 

Ditubuhkan pada tahun 2002, Editage (sebahagian daripada Cactus Communications) ialah sebuah syarikat komunikasi ilmiah bertaraf global yang mempunyai pejabat-pejabat di Jepun, China, Korea Selatan, India, United Kingdom, dan Amerika Syarikat. Menggaji tenaga kerja dalaman global seramai lebih 750 kakitangan, Editage menyediakan perkhidmatan untuk lebih 215,000 pengarang dan menyunting lebih 800,000 hasil penulisan mencakupi 1,200 bidang setakat ini. Di samping menawarkan penyelesaian komunikasi saintifik yang berkualiti tinggi, Editage terlibat secara aktif dalam pendidikan pengarang melalui laman sumber pengarang yang komprehensif Editage Insights. Sila layari http://www.editage.com untuk mengetahui lebih lanjut.

 

Source: Editage
Keywords: Publishing/Information Service Trade show news