omniture

Inisiatif Penjenamaan Jalur dan Jalan China Kweichow Moutai Muncul Julung Kali di Benua Afrika

Kweichow Moutai Co.,Ltd
2017-11-23 02:53 1139

CAPE TOWN, Afrika Selatan, 23 November 2017 /PRNewswire/ -- Tanggal 15 November, satu delegasi daripada China Kweichow Moutai yang berdedikasi untuk mempromosikan budaya likuor Moutai sebagai menyahut inisiatif Satu Jalur, Satu Jalan oleh kerajaan Cina tiba di Afrika, dan disambut mesra oleh ratusan peminat. Ini merupakan kali pertama Kweichow Moutai melancarkan inisiatif penjenamaan rasmi di benua Afrika.

Li Baofang, Setiausaha Parti dan Pengurus Besar Moutai Group, tiba di tempat promosi di Afrika Selatan
Li Baofang, Setiausaha Parti dan Pengurus Besar Moutai Group, tiba di tempat promosi di Afrika Selatan

Nilai pasaran Moutai kini melebihi US$120 bilion, yang tertinggi dalam kalangan pengeluar minuman beralkohol di seluruh dunia. Sejak dua tahun lalu, Moutai melancarkan acara-acara penjenamaan di Moscow, Milan, San Francisco dan Hamburg, dengan setiap acara terbukti berjaya dalam meningkatkan keterlihatan jenama secara meluas. Baru-baru ini, kumpulan ini memperkenalkan satu strategi penjenamaan baharu untuk pasaran-pasaran luar negara. Afrika Selatan dipilih oleh Moutai sebagai destinasi pertama untuk jerayawaranya berikutan persidangan yang diadakan, memperlihatkan kepentingan yang diletakkan oleh kumpulan ini terhadap pasaran Afrika.

"Semakin jelas untuk kami bahawa demi mencapai jalinan kerjasama yang baik, kami tidak boleh bergantung semata-mata terhadap eksport sehala, tetapi turut melaksanakan strategi seimbang dua hala berasaskan faedah bersama, memanfaatkan kelebihan masing-masing dan mencapai matlamat pembangunan yang sama," kata Li Baofang, Setiausaha Parti dan Pengurus Besar Moutai Group serta ketua delegasi. "Bagi tahun 2017, jumlah eksport Moutai dijangka mencecah 2,000 tan, meningkat 15% berbanding tahun sebelumnya. Negara-negara dan wilayah-wilayah sepanjang laluan inisiatif Jalur dan Jalan akan menjadi platform penting yang membolehkan Moutai memperlihatkan keindahan budayanya."

Acara "Pertemuan di Afrika melalui Aroma Unik – inisiatif Penjenamaan Jalur dan Jalan China Kweichow Moutai" diadakan oleh Moutai Group di Pusat Konvensyen Antarabangsa Cape Town pada 17 November turut mengadakan parti yang menakjubkan yang mana setiap tetamu dapat menikmati pelbagai seleksi koktel Moutai dan tertarik dengan kegemilangan budaya likuor Moutai. Moutai menyampaikan likuor peringatan Menembusi Afrika ditempah khas sebagai hadiah bagi menyambut ulang tahun ke-20 hubungan China-Afrika Selatan. Moutai dan berpuluh-puluh syarikat pelaburan Cina yang beroperasi di Afrika, termasuk Huawei, Hisense dan Sinosteel, menandatangani Cadangan untuk Perikatan Pembangunan Bersama "Jalur dan Jalan" Perusahaan Afrika-China.

Pertemuan Perniagaan Perjalanan Afrika Selatan "Jalur dan Jalan" China Kweichow Moutai diadakan pada hari yang sama menghimpunkan beberapa pemimpin kerajaan dan perniagaan Afrika Selatan. Dalam perhimpunan ini, kerajaan Cape Town menyampaikan "Kunci ke Bandar" ("Key to the City"), satu simbol rezeki dan harapan, kepada En. Li. Pada 19 November, Tukwini Mandela, cucu mantan presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengucapkan tahniah kepada delegasi dan menyampaikan botol wain Moutai yang mempunyai tandatangan ibu beliau, Makaziwe Mandela, anak perempuan sulung En. Mandela. Moutai turut menyampaikan botol likuor peringatan kepada beliau sebagai balasan hadiah.

Perjalanan darat Moutai akan diteruskan seterusnya ke negara-negara jiran Namibia dan Mozambique.

Foto  - https://photos.prnasia.com/prnh/20171121/1997962-1

Source: Kweichow Moutai Co.,Ltd
Keywords: Banking/Financial Service Beer, Wine & Spirits Beverages Corporate Expansion Trade show news