omniture

LKK Health Products Group Diberi Penghormatan Berturut-turut dengan "Anugerah Majikan Rakan Kongsi"

LKK Health Products Group
2017-11-23 11:57 811

HONG KONG, 23 November 2017 /PRNewswire/ -- Pada 17 November 2017, LKK Health Products Group berbesar hati kerana telah menerima Anugerah Majikan Rakan Kongsi daripada Dewan Umum Perniagaan Kecil dan Sederhana Hong Kong bagi tahun 2017 dan 2018 berturut-turut, sebagai pengiktirafan kepada dedikasi Syarikat dalam memberi komitmen kepada  pembinaan masyarakat inklusif dan pelaksanaan tanggungjawab sosial mereka sepanjang tahun lepas.

Lkk Health Products Group telah diberi penghormatan “Anugerah Majikan Rakan Kongsi”bagi tahun 2017/2018 daripada Dewan Umum Perniagaan Kecil dan Sederhana Hong Kong dan Majlis Latihan Vokasio
Lkk Health Products Group telah diberi penghormatan “Anugerah Majikan Rakan Kongsi”bagi tahun 2017/2018 daripada Dewan Umum Perniagaan Kecil dan Sederhana Hong Kong dan Majlis Latihan Vokasio

LKK Health Products Group sentiasa mengambil berat dengan menyokong komuniti dan menggalakkan penyertaan masyarakat selama bertahun-tahun. Syarikat menyediakan latihan industri dan peluang pekerjaan serta latihan untuk pelajar dan graduan universiti tempatan atau institusi vokasional, yang membolehkan mereka membina profesionalisme dan sikap positif ketika bekerja melalui pengalaman bekerja yang sebenar. Selain itu, sebagai sebuah badan korporat yang memikul tanggungjawab sosial, Syarikat turut mengambil para pesara bekerja. Anugerah Majikan Rakan Kongsi mengesahkan usaha Syarikat dalam peranan-peranan di atas. Syarikat menunjukkan hasrat bahawa ia akan terus menjalankan tanggungjawab korporatnya dan menyokong penuh kempen yang bermakna ini.

Anugerah Majikan Rakan Kongsi telah dianugerahkan oleh Dewan Umum Perniagaan Kecil dan Sederhana Hong Kong sejak 2009. Anugerah ini bertujuan untuk menggalakkan usahawan tempatan menunjukkan tanggungjawab korporat mereka dengan mengambil pelajar dan graduan universiti tempatan atau institusi vokasional sebagai pekerja. Ini memberikan mereka pengalaman praktikal dalam pekerjaan dan pada masa yang sama membawakan perspektif baharu bagi pembangunan jangka panjang perusahaan. Sejak 2014 dan 2017, pengambilan bekerja orang kurang upaya, pesalah-pesalah yang telah dipulihkan, etnik minoriti dan para pesara telah dipertimbang setiap satunya bagi penilaian anugerah, mengiktiraf usaha usahawan tempatan untuk bergabung dengan masyarakat dan menggalakkan tanggungjawab sosial.

Latar Belakang LKK Health Products Group (www.lkkhpg.com)

LKK Health Products Group, sebuah badan korporat beribu pejabat di Hong Kong, telah diasaskan oleh Keluarga Lee Kum Kee pada 1992.  Syarikat mengendalikan pelbagai jenis perniagaan seperti keluaran herba kesihatan China, pelaburan hartanah, penanaman dan perdagangan herba China, serta modal teroka untuk perniagaan permulaan. Tanda dagang Syarikat termasuk "Infinitus", "Tianfangjian", dan "Happiness Capital".

Ikuti kami di Facebook dengan membuat carian untuk: lkkhpg

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171122/1998945-1

Source: LKK Health Products Group
Related Links:
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Awards Corporate Social Responsibility